Mungkin Kiff silap pada satu hal. Dia tidak benar-benar menyiasat latar belakang Hayla. Sangkanya dia tahu semua. Hari ini, dia silap besar.
Hayla berada di dalam perut kereta, di tempat duduk pemandu. Jemari lembutnya diletakkan di atas stereng kereta penuh keyakinan.Kiff toleh ke kirinya. Dia tak pernah tahu yang Hayla punyai sebuah kereta sport. Melihatkan riak wajah isterinya itu, dia tahu gadis itu yakin dengan apa yang dia pertaruhkan. Siapa sangka gadis elegan sepertinya juga meminati sukan lasak seperti ini.
Tapi iye ke sukan? Ke suka buat secara haram?
Deruman enjin mula kedengaran. Pembantu Kiff duduk di tengah antara Mustang GT milik Hayla dan 458 Italia yang dipandu Kiff.Hayla pandang tepat ke depan. Dalam kepalanya sudah dibentang route yang mereka berdua persetujui. Dari gudang kosong ini, hingga ke gudang 17. Mereka tidak akan memandu di jalan kosong, tapi di jalan raya biasa yang digunakan orang awam lain.
Siapa sampai dulu, dia menang.
Isaac angkat kedua belah tangan ke atas.
Tangan kiri Hayla sudah masuk gear undur. Bunyi kereta mula mengaum bila padel minyak dari kereta Kiff dipijak lagak seorang juara.
Handbrake dilepaskan Hyla.
Dalam kiraan tiga.. dua.. satu! Go!
458 Italia Kiff laju meluncur ke hadapan sedangkan Hayla sengih senget bila kaki kiri dan kanannya memainkan peranan untuk menginjak clutch dan padel minyak.
Keretanya mengundur laju ke belakang. Bunyi decitan dari keretanya membuatkan Kiff tersentak seketika bila melihat cermin pandang belakang.
Dia menuju ke arah lain, dan Hayla pula menuju ke arah lain. Untuk keluar dari gudang lapang itu, ada dua jalan. Jalan depan dan juga belakang. Nampak gayanya, Hayla lebih tahu mana jalan yang lebih singkat. Kiff ketap gigi.
Kedua mobil itu kini berada di atas jalan raya. Dalam sekelip mata sahaja, Mustang GT berada di hadapan 458 Italia. Kaki Kiff memijak lebih kuat padel minyak untuk menyaingi Hayla.
Mereka tiba di simpang tiga dan Hayla tanpa henti terus membelok, membuatkan tubuh kenderaan itu terseret hingga tayar mengeluarkan asap. Kiff di belakang jelas terkejut melihat skill Hayla. Bunyi hon dari kereta lain tidak dihiraukan Hayla.
Patutlah dia berani bertaruh untuk ini. Jelas, Hayla memang arif dengan lumba kereta. Kereta Hayla melepasi beberapa biji kereta lain yang memandu secara normal. Tiba di simpang empat, lampu isyarat bertukar dari hijau ke oren, oren ke merah.
Kaki kiri Hayla laju menekan clutch dan kaki kanan menekan brek. Hand brake ditarik dan stereng dipusing ke kiri membuatkan keretanya meluncur laju menukar laluan. Hayla masih tenang ditempat duduknya. Kelibat kereta Kiff di belakang masih kelihatan. Hampir rapat.
Bila mereka tiba di jalan lurus, kelajuan kereta dinaikkan. Dari 60km/j menjadi 80km/j. Orang awam yang sedang berjalan kaki terkejut dengan melihat dua buah kereta yang dipandu laju. Kiri kanan kereta dipotongnya.
Mereka muncul lagi dipersimpangan dan Hayla buat helah yang sama hingga tayar kereta berasap. Kali ini Kiff mampu memotongnya dan dari kerlingan Hayla, dia boleh lihat senyuman sinis lelaki itu.
Ah. Dia takkan kalah.
Mereka masuk di belakang lorong kecil di tempat lori memunggah barang. Kenderaan Kiff sudah jauh ke depan bila munculnya sebuah lori yang hendak keluar dari tempatnya.
Kaki Hayla serentak keduanya menekan clutch dan brek. Hand brake ditarik. Kereta membelok ke ruangan kosong bagi mengelak keretanya bertembung dengan lori. Dia kembali ke trek.
YOU ARE READING
NYCTOPHOBIA
RandomHayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain. H...