Talian dibiarkan sepi sebentar sementara Hayla melihat bayang siapa yang baru masuk ke dalam rumah. Jantungnya berdegup agak laju. Takkan pencuri? Macam mustahil sebab rumah Kiff berteknologi tinggi. Memang susah sangat orang nak pecah masuk rumahnya.
Aroma ini seperti dia kenal. Tapi dia tak ingat, siapa?
Kiff lempar kot hitamnya ke sofa. Dia langsung tak memandang Hayla yang terkebil-kebil di sofa dengan telefon di tangan.
"Adel, aku call kau nanti. Bye." Terus talian dimatikan. Hayla angkat punggung dan mengekori langkah Kiff ke dapur.
"Semalam bukan you kata you pergi New York ke?" Hayla masih tidak percaya apa yang dia lihat di hadapannya.
Kiff hanya pandang sekilas sebelum meneguk setengah botol air mineral sambil bersandar di bar dapur.
Mulutnya dikunci. Dia langsung tidak menjawab apa-apa soalan dari Hayla. Dia anggap Hayla tiada. Setelah hilang hausnya, dia simpan semula botol air dan terus melangkah laju ke bilik.
Hayla terpinga-pinga. Aku kat depan dia ni. Tapi dia buat aku macam tak wujud! Hayla ketap gigi. Salah ke apa yang dia tanya? Atau sebenarnya, silapnya dari mula adalahdengan bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki asing ini?
Hayla tidak mengaku kalah. Dia ekori jua Kiff hingga ke bilik tapi belum sempat dia masuk ke dalam bilik, pintu sudah terlebih dahulu terkatup kuat betul-betul di hadapan mukanya. Hayla tambah bengang. Lelaki ini, sumpah biadab!
Gadis itu tolak daun pintu dengan kasar dan kakinya terpaku sebentar. Tubuh lelaki itu sudah terdedah menayang six pack yang setiap lelaki idamkan. Tubuh lelaki itu jelas maskulin.
Hayla jadi teringat kesan yang masih berbekas pada lehernya. Gulp.
Kiff buat tidak endah dengan Hayla yang masih gugup. Dia capai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Hilang aje Kiff dari pandangan, Hayla hela nafas lemah. Kenapa tadi dia rasa seperti nafasnya disekat?
Hayla raup wajah. Ini semua silap. Ini bukan kehidupan yang dia inginkan. Mungkin dia terlalu banyak menonton drama yang acapkali menyatakan bercinta selepas berkahwin itu indah. Ah! Itu pun kena tengok pasangan jenis macam mana!
Dia masih ingat ketika dia masih di Dublin, panggilan dari ayahnya cukup mengejutkannya. Hampir dua bulan dia tak dapat tidur dengan lena hanya kerana apa yang diusulkan bapanya.
"Hay, do you want to get married?" tanya Carl.
"Kahwin? Semua orang nak kahwin pa."
"What if papa arrange everything for you? You balik sini and just get married. You don't have to worry about anything, including documents."
Hayla terdiam sejenak.
"Hay?"
"Hm?"
"Macam mana? Okay?"
"But.. why? What's with the rush?"
"Papa dengan mama rasa, dah sampai masa. Bukan you seorang, tapi Ely pun akan join you."
Hayla serabut dengan apa yang baru diberitahu.
"Dengan siapa?"
"Well, someone yang seangkatan dengan kita."
Hayla tarik nafas dalam-dalam. Macam mana dia nak beritahu papanya yang dia ada suka pada seseorang?
"Balik sini nanti, papa kenalkan." Sambung Carl.
"Boleh kasi Hay masa untuk fikir?" Hay bersuara selepas beberapa saat terdiam.
"Sure."
YOU ARE READING
NYCTOPHOBIA
RandomHayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain. H...