15

17.1K 874 67
                                    

*Because I love you guys. Thanks for commenting. I take every comment, compliment, critics and so on untuk improve my writing skill and ideas. I hope you guys can help me. :D So this week kinda special. 3 bab in a week!

***

"Saya rasa, orang yang culik Hayla tu sengaja nak main-mainkan bos." Kata si pembantu. Carl sedut paip kayu di mulut. Siapa yang berani main-main dengan Carl ni?

"Macam mana Kiff boleh jumpa Hayla?" tanya Carl dengan lagak tenang.

"Itu saya tak tahu."

"Macam mana orang bawahan kau buat kerja? Benda simple pun tak boleh nak manage?" kening Carl terjungkit sebelah. Mukanya berubah tegang.

"Maafkan saya, bos." Pembantunya itu menunduk.

Carl kerut dahi bila memikirkan tentang itu. Dia terus mendail nombor Kiff.

"Bawa Hayla balik rumah papa." Kata Carl kepada Kiff.

Talian dimatikan.

"Macam mana urus niaga kita dekat Mexico?" Carl ubah tajuk. Kerja adalah lebih penting kepadanya.

"Berjalan lancar bos."

Carl bangun dari kerusinya dan mengancingkan blazer hitam. "Aku tak nak dengar masalah. Kalau ada masalah, better kau settlekan awal-awal. Jangan serabutkan kepala aku. Aku ada urusan lain." Carl terus pergi meninggalkan pembantunya terkebil-kebil sendirian.

"KAK HAYLA! Oh my God. Are you okay?" Elena orang pertama yang memeluk tubuh Hayla. Terkejut dipeluk sebegitu kuat, Hayla tepuk perlahan bahu Elena, minta dilepaskan.

"Sakit, Ely." Kata Hayla.

"Oh, sorry." Elena melepaskan. Melihatkan wajah Hayla yang luka sedikit, dia tahu kakaknya itu pasti melalui masa-masa yang sulit ketika diculik.

"Dia orang pukul akak?" tanya Elena.

"Apa lagi yang dia orang buat dekat akak? Kita kena buat report akak.." Elena becok.

Hayla senyum nipis. "I'm fine, El."

"Fine apa macam ni? Tengok muka tu bengkak! Luka!" Elena naik berang. Lily yang baru turun dari biliknya juga khuatir melihat keadaan Hayla.

Terus tubuh Hayla dipeluk rapat. Hayla hanya diam. Kiff di sebelahnya hanya memerhati.

"Papa mana?" tanya Hayla.

"Office. Tapi dia on the way balik." Kata Lily. Hayla mengangguk dan mengambil tempat di sofa.

"Kak, apa dia orang buat dekat akak?" Elena masih tak puas hati bila soalannya tidak dijawab.

Belum sempat Hayla buka mulut, kelibat Carl kelihatan.

"Baby." Carl terus memeluk tubuh Hayla. Entah kenapa, hati Hayla meruntun lemah. Air matanya bergenang. Pelukan dilepaskan.

"No-no-no. No crying. Papa ajar apa?" Carl tarik muka tegang. Hayla tahan air mata. Situasi itu diperhatikan Kiff. Dia agak terkesima. Mungkin kerana itu Hayla tidak pernah menangis.

Tapi hari tu...

"You tahu siapa yang culik you?" tanya Carl.

Hayla menggeleng. "Dia orang pakai topeng."

"Berapa orang?"

"I'm not sure. 4 lelaki, 1 perempuan."

Carl tarik nafas dalam-dalam. Pandangannya beralih kepada Kiff.

"Macam mana you jumpa Hayla?" soalan itu diaju kepada Kiff.

"I had my man to find her." Jawab Kiff tanpa riak.

NYCTOPHOBIAWhere stories live. Discover now