[PART 5] Bertemu si dia, masa yang sama berulang, tetapi kali ini berbeza?

226 17 6
                                    


Siapa Haikal, siapa Faiz, apa kaitan dengan Sofia?

Berpuluh tahun, beratus tahun, beribu tahun, kisah ini berulang, pengakhiran tetap sama.


Siapa Haikal, siapa Faiz, apa kaitan dengan Sofia?

Berpuluh tahun, beratus tahun, beribu tahun, mereka berdua mencari pengakhiran yang berbeza.


......


Hujan lebat.


Sejuk hujan mengejutkan Haikal. Dia cuba untuk duduk. Jarinya menyentuh lantai, lantai batu. Tiba-tiba dadanya semput. Terasa padat paru-parunya.


Terbatuk Haikal. Haikal cuba menarik nafas perlahan-lahan. Sejuk. Tubuh Haikal menggigil.


Pandangan matanya kabur. Yang pasti, dia berada di tengah-tengah kawasan agak lapang. Hujan lebat mengaburi matanya. Haikal menyapu lelehan air hujan di kelopak matanya. Pedih. Dia memejam rapat matanya untuk menahan kepedihan. Selepas membuka kembali matanya, penglihatannya menjadi lebih jelas.


Terkejut Haikal apabila melihat tiga orang lelaki berdiri di depan, memandangnya dengan penuh tanda tanya.


Ketiga-tiga mereka tidak berbaju, bertengkolok, berseluar senteng.


Mereka seolah-olah tanya sesuatu, tetapi sukar untuk Haikal memahami tutur kata mereka. Ya, Haikal tahu mereka bercakap di dalam bahasa Melayu, tetapi ada sesuatu yang menyukarkan Haikal untuk menangkap kata-kata mereka.


"Aku kat mana?" tanya Haikal.


"Melaka..." jawab mereka.


Haikal cuba lihat sekeliling, sejauh yang mungkin. Hujan lebat membatasi penglihatan. Dia berdiri. Baru dia sedar dia di atas sebuah jambatan batu. Archbridge. Sungai yang mengalir di bawah jambatan ini pula agak lebar.


Di seberang sungai sana ada perkampungan. Entah mengapa Haikal rasa sayu melihat titisan-titisan hujan ditiup angin kencang 'menari' di sekeliling rumah papan beratapkan jubin ini. Haikal kemudian melihat ke arah sebelah satu lagi.


Terkejut Haikal, apabila melihat dinding batu berskala gergasi. Dinding yang sangat tinggi, sangat besar, sangat panjang, sepanjang-panjang alam, dari pantai hingga ke kaki bukit.


Sruuus... Sruuus... Sruuus...


Hujan lebat, mengalir, membasahi setiap inci dinding putih kelabu. Jelas kelihatan ukiran rumpai laut yang mengarisi bahagian atas dinding kota batu ini.


Uuu...uuuu... Uuu...uuuu...


Bunyi angin yang menyentuh permukaan batu-bata yang membentuk dinding kota ini seolah-olah bunyi tangisan, tangisan seorang lelaki. Aneh.


"Korang kata aku kat mana tadi?"


Ketiga-tiga lelaki tadi sudah hilang. Tetapi diganti pula dengan seorang gadis, berdiri tidak jauh dari Haikal. Di bawah payung, memerhatikan Haikal dengan tenang. Gadis yang cantik berambut merah.


Comel, bibirnya kecil sahaja. Putih kulitnya, kilauan matanya, seperti seorang gadis dari Russia. Gadis ini payungnya aneh, beropol-ropol. Hitam dan merah. Gothic. Itulah perkataan pertama yang terdetik di hati Haikal apabila melihat payung gadis ini.



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






Bertemu dengan KatarinaWhere stories live. Discover now