Bab 1

106 2 0
                                    

SETIAP baris ayat kususunkan dengan perkataan syahdu. Setiap coretan kutuliskan dengan penuh sayu. Untuk setiap detik kita yang sirna, kucatatkan semuanya dalam jurnal cinta kita yang sepi.

***

5 April 2000....

"Ina wajib tunggu abang tau," Khalid menggenggam erat tangan gadis yang bertakhta dihatinya.

"Selamanya, Ina akan tunggu abang," balas Edlina kembali.

Hujung rambut Edlina dipintal-pintal lalu ditolak rambut yang menutupi mukanya ke belakang telinga.

"Abang jangan lupa hantar surat pada Ina,"

"Baik, Ina. 7 tahun saja, Ina. Abang harap Ina boleh tunggu kepulangan abang. Nah, bekal jika rindukan abang nanti,"

Edlina mengambil walkman di tangan Khalid lalu mengangguk. Airmatanya jatuh. Tak mampu menahan sebak harus berpisah dengan kekasih hati selama 7 tahun, bukan suatu perkara yang mudah. Daripada keduanya berumur 14 tahun menyemai kasih, cinta monyet Edlina dan Khalid masih kukuh berdiri.

"Abang balik dari UK nanti, kita kahwin,"

"Fokus belajar, ya Lid. Umi akan jagakan Ina untuk Lid, ya ?" Kata Puan Habibah, ibu kepada Khalid.

"Betul tu Khalid. Kami jagakan Ina untuk Khalid," sambung Puan Mariam, ibu Edlina

Khalid tersenyum mendengarnya. Panggilan terakhir ke United Kingdom diumumkan. Khalid mencium tangan Puan Habibah dan Puan Mariam.

Khalid melambai buat kali terakhir sebelum melepasi pintu pelepasan tanpa mengetahui perubahan yang bakal berlaku dalam hidupnya.

***

"HA ! Berangan !"

Edlina mengusap dadanya. Terkejut dengan tetamu yang tak diundang itu.

"Tak balik ke ?" Tegur Intan, rakan sejawatnya.

"Ish, Intan, terkejut aku. Kenapa tak ketuk dulu ?" Bebel Edlina.

"Eh, aku dah ketuk, bagi salam, buka pintu dan kau masih termenung,"

"Oh, iya ke ? Sorry, berfikir jap,"

"Berfikir apa ? Jomlah, semua dah balik. Aku nak ajak kau turun sekali je dah pukul 8 ni. Rasa seram pulak nak turun sendiri," kata Intan.

Edlina mengangguk lalu mengemas barangannya. Mereka menaiki lif bersama dan mereka berjalan ke kereta masing selepas bersalaman. Jalan masih sesak walaupun selepas waktu maghrib. Banyak orang yang pulang lewat untuk mengelak kesesakan lalulintas namun masih penuh. Hampir 20 minit, dia tiba di rumahnya. Badan dihempas ke sofa sambil menanggalkan pin tudung satu persatu. Walaupun selepas 10 minit, lelah bekerja masih terasa.

Dia membancuh Nescafe dan membawa airnya ke bilik. Selesai mandi dan solat, seperti biasa dia akan duduk di mejanya dan menyiapkan kerja yang ada sambil menatap wajah lelaki yang dicintainya sepenuh hati.

Detik Yang HilangWhere stories live. Discover now