Bab 3

45 1 0
                                    

HAMPIR seminggu berlalu sejak majlis hari lahir anak Khalid. Dia mengeluarkan beg pakaian daripada kereta. Rasanya semua sudah sampai awal tadi, kecuali dia yang terlewat kerana menyiapkan kerja di pejabat. Hari pun sudah malam, dia mendaftar masuk ke bilik dan keluar berkumpul bersama rakan-rakan kelas yang sudah duduk menikmati makanan barbeku dan beberapa hidangan lain yang dibawa. Edlina meletakkan kek cawan yang sempat dibeli semasa perjalanannya dari Kuala Lumpur. Masing-masing sedang menikmati makanan.

"Lambat sampai," kata Rashidah.

"Siapkan kerja kat ofis dulu," kata Edlina.

"Kau datang sorang lagi ke ?"

"Datang soranglah. Aku mana ada laki," Edlina tergelak melihat riak wajah kawan-kawannya.

"Eh, ya ke ? Sorry, Ina. Aku ingat kau cakap kau sorang kau tak bawa family hari tu," Adelia rasa bersalah.

"Tak apa," balas Edlina.

"Jap lagi ada karaoke, hiiii, tak sabo nak nyanyi lagu-lagu zaman kita sekolah dulu-dulu," kata Rashidah.

Edlina hanya tersenyum dan mereka menyambung menjamah makanan. Set karaoke sudah tersedia oleh pihak resort yang disewa sepenuhnya untuk mereka. Edlina difahamkan, Khalid menjadi penyumbang dana terbanyak dalam majlis kali ini.

"Assalamualaikum, okay, malam dingin tepi pantai ni. Apa lagi nak dibuat kalau bukan karaoke, ye dak ? Jadi, malam ni kita karaoke sampai muntah !!!" Kata Mamat, dia inilah penyeri kelas mereka sebelum ini.

Seorang demi seorang menyanyi di hadapan. Semuanya lagu-lagu kenangan sewaktu mereka bersekolah dari tahun 1995 hingga ke tahun 1999. Giliran Khalid pula tiba.

"Fuh, lama sangat tak nyanyi lagu ni, lagu zaman cinta monyet dulu," Khalid memandang Edlina sekilas.

"Hihi, terimalah lagu Slam, Kurnia daripada Khalid Kacak,"

"Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu penzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia

Ini kisah yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Ayuhlah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga

Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu penzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia

Ini kisah yang tidak terbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Ayulah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga.

Sekian, terima kasih," Khalid memberikan mikrofon kepada Rashidah merangkap penyanyi seterusnya.

"Aku gi toilet jap," bilang Edlina.

Adelia menoleh sekilas lalu mengangguk. Edlina berlalu ke tandas. Hampir 15 minit ditandas, baru dia kembali.

"Woi, lamanya ke tandas. Tak dengar pun aku nyanyi," bebel Rashidah.

Detik Yang HilangWhere stories live. Discover now