Bab 7

46 2 0
                                    

RASHIDAH sudah menunggu di restoran. Ini kali pertama mereka berjumpa selepas dua bulan sejak perjumpaan di resort dulu. Masing-masing sibuk dengan hidup masing-masing. Hari ini baru berpeluang untuk berjumpa.

"Assalamualaikum," tegur Edlina.

"Waalaikumusalam," jawab Rashidah.

"Dah lama tunggu ke, Shida ?" soal Edlina, bimbang rakannya sudah lama menunggu.

"Taklah, aku baru sampai tadi. Kau selalu makan sini ke ?"

"Hahaha, aku sebenarnya jarang turun lunch. Bawa nasi goreng makan dalam pejabat. Lagipun , banyak kerja,"

"Eh, kau ni. Orang lain kerja juga, tapi taklah sampai tak turun makan. Jaga kesihatan tau, Ina," bebel Rashidah.

"Ya, Shida. Aku still makanlah, cuma tak turun je,"

Pelayan datang untuk mengambil pesanan.

"Asal ajak aku makan sekali ni ? Bukan kau dengan husband kau satu office ke ?" tanya Edlina.

"Oh, aku sebenarnya nak kenalkan kau dekat someone," balas Rashidah.

"Someone ? Siapa pulak ?"

"Dengan...kawan pejabat aku,"

"Bila kau free ?"

"Tak sure-lah. Aku busy sikit sebab ada new project. So, mungkin aku weekend pun kena kerja,"

"Kau nak jumpa dia tak ?" Rashidah meminta kepastian.

Edlina berfikir sejenak.

"Sekali je boleh tak ?"

"Ala kenapa sekali ? Kalau kau suka, keluar jelah dengan dia. Ke kau dah berpunya sebenarnya ?" Rashidah mengagak.

"Yelah, hari Sabtu ni boleh ? Suruh dia decide tempat. And then kau bagitahu aku. Oh, and send gambar dia sekali, eh ?"

Pelayan tiba membawa makanan yang dipesan.

***

PINTU bilik bosnya diketuk lalu dibuka selepas dibenarkan masuk. Edlina menyerahkan fail yang diminta oleh Syahrin. Dia menunggu Syahrin selesai membelek fail itu jikalau ada perubahan yang Syahrin mahukan.

"Rin !"

Mereka memandang orang menerjah masuk bilik Syahrin.

"Oh, sorry. Did I disturb you guys ?" 

"Ya, Afiq. Bilalah kau nak sedar yang mengetuk pintu itu satu amalan mulia. Duduklah dulu, aku ada hal jap," bebel Syahrin.

"Hey, awak. We meet again. Edlina, right ?"

"Afiq, jangan sibuklah. Ed nanti you suruh Intan send in slide dia yang haritu,"

"Bos nak sekarang or later ?"

"Ah, later eh ? Sebab ada tetamu tak diundang kat sini," Edlina mengambil semula fail itu dan berjalan keluar.

"Edlina, esok lunch dengan I nak ?" kata Afiq sebelum Edlina membuka pintu.

"Afiq, oh my gosh kau ni. Sorry, dia ni memang tak betul," Syahrin meminta maaf bagi pihak Afiq.

Edlina hanya mengukir senyuman. Dia kembali ke biliknya namun sempat menyampaikan pesanan Syahrin tadi.






Detik Yang HilangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang