Bab 10

34 2 0
                                    

BINGKAI gambar dibalut kemas. Kotak-kotak disusun satu persatu. 11 tahun hidup di masa silam, mungkin ini masanya untuk Edlina lupakan kekasih lama. Walaupun melihat gambar tersebut menggamit pilunya, namun kehidupan harus diteruskan juga. Mungkin agak terlambat untuk memulakan hidup baru tapi mungkin ada kebahagiaan yang menanti Edlina di masa akan datang.

"Ina ?"

Edlina mengangkat wajahnya. Tak tahu sudah berapa lama dia duduk di situ, namun kehadirannya membuatkan Edlina tidak selesa.

"Ina masih simpan gambar kita ?"

"Ya, and Ina nak buang dah pun gambar ni. Lama terperuk dalam stor. Kenapa abang datang ni ?" Tanya Edlina.

"Abang ingat nak ajak Ina keluar makan ? Tapi, Ina. Bagi abang simpan gambar tu boleh ?" Tanya Khalid.

"Bukan abang ada satu copy gambar ni ke ?" Tanya Edlina semula, mustahil Khalid masih simpan gambarnya.

"Ada, tapi......,"

"Abang dah buang, kan ? Sebab abangkan dah ada isteri masa tu,"

Khalid hanya menggosok lehernya. Lambat-lambat dia mengangguk.

"Tak payah simpanlah, buat semak rumah je nanti,"

"Dalam kotak tu ada apa ?"

"Ada kenangan pahit yang Ina nak buang jauh-jauh,"

"Ina, janganlah cakap macam tu. Bukan semua kenangan kita pahit,"

Edlina hanya tersenyum sinis. Lelaki memang beginikah ? Bila mahu dibelai, bila tak mahu dibuang bagai sampah.

"Betullah tu, tapi kenangan pahit terus membayangi kenangan manis tu. Ina memang dah tak nampak kemanisannya. Sampai bila Ina nak hidup dalam kelam, kan ?"

"Ina,"

Edlina tak menoleh, sebaliknya hanya menunggu Khalid menghabiskan kata-katanya.

"Ina, pandang abang," suara Khalid sedikit tegas.

Edlina langsung tak menghiraukan Khalid. Dia menyambung pula menyiram pokok bunga selepas menutup tong sampah.

"Edlina," tangan Edlina ditarik kasar.

Edlina mencuba untuk meleraikan pegangan tangan Khalid.

"Apa ni Khalid ?! Lepaskan tangan aku," marah Edlina namun semakin kuat genggaman tangannya.

"Kenapa awak taknak cuba buka hati awak untuk terima saya balik ?!" bentak Khalid.

"Benda dah lepas, Khalid. Saya taknak ingat sikit pun," Edlina mencuba sedaya upaya untuk menarik pergelangan tangannya.

Khalid merenung mata Edlina dengan tajam. Entah mengapa amarahnya terus mara. Apatahlagi melihat gambar mereka dibuang begitu.

Sekelip mata saja, tangan Edlina terlepas dari genggaman Khalid. Afiq melepaskan tumbukan di pipi kiri Khalid. Afiq yang berkemeja biru menghempap tanah sebaik Khalid membalas tumbukannya. Edlina terkaku di tempatnya. Tak pernah terlintas di akalnya akan melihat suasana seperti ini berlaku di depan matanya. Afiq membalas tumbukan demi tumbukan dan Khalid juga begitu.

"STOP !" jerit Edlina.

Pergaduhan terhenti. Masing-masing sudah berlumuran darah.

"Ed, are you okay ?" Tanya Afiq manakala Khalid hanya diam membisu.

Edlina tidak menjawab, sebalik terus menghalau mereka keluar dari laman rumahnya. Dia berlari ke dalam sambil airmata berjuraian menyembah bumi. Tekanan terus dirasai.

Tak sangka dirinya akan terjerat dengan masalah ini. Tak sangka dirinya perlu menghadapi situasi ini.

***

ISNIN datang menyapa. Kejadian dua hari lepas masih segar diingatan. Mona mengetuk pintu bilik Edlina.

"Morning, Cik Ed,"

"Morning," jawab Edlina malas.

"Okay ke ? Macam tak je. Ada masalah ke ?" Tegur Mona.

Edlina membalas dengan senyuman lalu menggelengkan kepala walau yang sebenarnya kepalanya sedang kusut.

"By the way, Cik, boss suruh jumpa dia pukul 8:30 ni. Nak discuss pasal report yang Cik suruh saya hantar tu,"

Edlina mengangguk. Hari ni terasa sungguh malas hendak bekerja. Tapi, kalau tak bekerja apa nak makan. Dia menikmati nasi goreng yang dibawa dari rumah sementara menyemak fail-fail projek besar tu. Tepat jam 8:30 pagi, Edlina sudah terpacak di depan pintu Syahrin. Pintu bilik diketuk sebanyak tiga kali, lalu terdengar sahutan Syahrin dari dalam.

"Okay, apa-apa nanti please inform saya," kata Syahrin selesai sahaja sesi perbincangan dengan Edlina.

"Morning," Bilangnya selepas memasuki bilik Syahrin.

"Oi, apasal muka kau ?" Tanya Syahrin risau.

"Oh, haha. Gaduhlah apa lagi,"

Edlina tidak menegur, dia meminta diri dahulu. Tak mahu bersemuka dengan Afiq.

Detik Yang HilangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang