Bab 4

39 1 0
                                    

EDLINA duduk menikmati angin pantai yang nyaman. Masa yang berjalan terasa perlahan. Matanya menangkap matahari yang mula mengundurkan diri. Langit yang senja nan merah mengimbau kenangan lalu. Meskipun 12 tahun berlalu, melihat kehadiran Khalid cukup membuatkannya terbayangkan kenangan mereka. Hari terus berlalu namun kenangan kekal abadi.

"Termenung jauh nampak,"

Edlina menoleh memandang gerangan yang bersuara di belakangnya.

"Mana adalah. Cuma menikmati keindahan ciptaan Tuhan," Edlina cuba untuk berdalih.

Keadaan menjadi sepi. Bunyi desiran ombak terus kuat kedengaran. Khalid terus mendiamkan diri. 

"I'm sorry," ucap Khalid.

Edlina hampir terlupa dengan kehadiran Khalid di belakangnya.

"Untuk apa ?" Soal Edlina pelik.

"Untuk semuanya. Sesaat pun abang tak pernah lupakan apa yang abang buat pada Ina. Dah lama abang cari Ina. Hari-hari abang berdoa berharap Ina kembali. Abang nak minta maaf dengan Ina,"

"Awak cakap apa ni ?"

"Ina tahu apa yang abang cakapkan," ujar Khalid.

"Awak, yang lepas biarkan berlalu. Kita sebagai manusia perlu terus melangkah ke hadapan. Tiada gunanya menoleh, semuanya adalah suratan dan takdir Tuhan,"

"Tak pernah sekalipun abang lupakan Ina. Percayalah, dalam doa abang sentiasa ada nama Ina,"

"Abang, dah-dahlah abang taburkan madah tak bermakna tu. Ina taknak disakiti lagi," Edlina menjauhkan diri daripada Khalid.

Dia tahu, dia tak mampu melawan perasaannya. Yang berlalu cuma masa, namun bukan perasaannya. Sekeras manapun dia menafikan perasaannya, Khalid tetap ada diingatannya. Cintanya bersama Khalid bukan suatu masa yang singkat, bukan juga cinta monyet seperti yang digembar-gemburkan oleh Khalid. 11 tahun penantian untuk membina rumahtangga, terus lenyap dengan serta-merta.

"Yang tinggal dalam diri abang cuma simpati. Bukan cinta seperti yang abang fikir. Dahlah, saya tak mahu bercakap pasal ni. Lupakan masa lalu. Kenangkan saja arwah isteri awak dalam doa awak. Saya bukan sesiapa lagi,"

Edlina berlalu pergi. Pintu bilik ditutup rapat. Terasa mahu pulang. Tak mampu melihat wajah Khalid. Apa yang dilaluinya selama ini bukan mudah. Rindu yang ditanggung juga bukan sekejap. 12 tahun Edlina cuba melupakan, namun kenangan terus menariknya ke masa silam. Edlina tewas lagi kali ini dalam airmata yang jatuh kerana Khalid untuk kesekian kalinya.

Detik Yang HilangWhere stories live. Discover now