EDLINA menjemput Afiq duduk.
"Duduklah,"
"Thanks,"
Suasana kembali sunyi. Ketegangan terasa. Afiq semakin gelisah. Tidak tahu bagaimana untuk berkata.
"I actually nak minta maaf pasal hari tu," akhirnya terluah sudah kata-kata yang memberikan bebanan ke bahunya.
Edlina membalas dengan senyuman kecil.
"Saya pun nak minta maaf sebab halau awak hari tu even though awak dah tolong saya. And thanks for being there. I appreciate it,"
"Tak apa. Kebetulan I nak datang," kini senyuman Afiq tidak janggal.
"Luka awak...,"
"Okay je. Dia pukul tak kuat pun. I lagi kuat," balas Afiq sambil memaparkan otot lengannya.
Edlina melihat gelagat Afiq dan terus ketawa. Afiq turut ketawa. Hatinya kini lega apabila keadaan sudah kembali normal.
***
EDLINA meratakan gincu di bibirnya lalu tersenyum di hadapan cermin. Wangian disembur ke bajunya. Hari ini dia akan bertemu dengan Rashidah dan Adelia. Lagipun sudah agak lama juga sejak dia berjumpa mereka di perjumpaan kelas dulu. Dia mencapai kunci kereta dan terus bergerak ke destinasi.
Rashidah dan Adelia sudah menunggu di Pizza Hut. Mak buyong Adelia mengidam pizza jadi mereka pun turutkan saja. Dia bersalaman dengan rakan-rakannya.
"Cantiknya," puji Adelia.
"Korang pun cantik juga," balas Edlina.
"Susah betul nak jumpa bertiga ni. Ina asyik busy je manjang," bebel Rashidah
"Membebel je Idah ni. Eh, Adel kau bila due?" kata Edlina.
"Lagi 3 bulan," balas Adelia.
"Kau nampak ceria eh, Ina. Ada sesuatu ke?" usik Rashidah.
"Tulah, macam makin berseri je. Mesti ada sesuatu ni. Dah ada boyfriend ke?"
"Eh korang ni. Mana adalah. Aku dah tua ni memang malas dah nak bercinta ni semua. Nak focus diri sendiri and akhirat je," balas Edlina.
"Apa salahnya, Na. Nanti dah tua tak adalah bosan sorang-sorang, kan?" kata Rashidah pula.
"Itupun kalau hidup sampai tua,"
"Eh, apa cakap macam tu. Baby aku dengar nanti," Adelia memeluk perutnya.
Mereka menghabiskan masa bersama dengan berbual tentang kehidupan masing-masing dan membeli-belah.
"Eh, tu Khalid, kan?" Rashidah menunjuk ke suatu arah dan yang lain memandang.
"Ha'ah. Jom tegur, kang tak tegur dia kata apa pula," balas Adelia.
Edlina baru hendak menahan namun mereka lebih cepat mendekati Khalid.
Rashidah memanggil Khalid dengan suara lantangnya dan suaranya pula didengar Khalid.
"Lid, sorang ke?" tanya Adelia.
"Sorang je ni. Korang tengah ni lepak ke ni?" tanya Khalid.
"Haah, lepaklah lama tak jumpa," balas Rashidah.
Edlina hanya diam membisu.
"Jomlah duduk sekali," pelawa Rashidah.
Khalid diam untuk seketika dan matanya memandang Edlina sekilas.
"Takpalah, lagipun aku beli pizza untuk anak-anak kat rumah. Okaylah, enjoy. Aku gerak dulu. Assalamualaikum,"
Mereka menjawab salam Khalid lalu kembali berbual.
"Ina, kau tak teringin ke nak get back dengan Khalid macam dulu?" soal Rashidah lalu lengannya dipukul oleh Adelia.
"Eh, haha. Ignore je soalan tu. Ish lambat pula pizza ni sampai," Rashidah menggenggam tangannya, berharap agar Edlina tidak terasa dengan soalan sensitif tadi.
"There's no space for him in my life anymore," lambat-lambat Edlina menjawab juga.
"Aku ingat selama 12 tahun ni, aku tak boleh move on sebab aku sayangkan dia. Tapi bila aku jumpa dia balik, hati aku tak rasa apa-apa pun. Maybe selama ni, bukan cinta yang buatkan aku susah nak lupakan dia, tapi disappointment," Edlina memandang kawan-kawannya.
"Aku kecewa sangat sampai aku tak boleh nak let go dia, sampai hari hari aku doa dia tak bahagia until aku jumpa dia balik, hati aku tak berbunga pun, tapi lagi sakit,"
Tangan Edlina digenggam erat oleh Rashidah dan Adelia.

YOU ARE READING
Detik Yang Hilang
RomanceSEBELAS tahun menyulam cinta, Khalid dan Edlina bakal disatukan sejurus selepas Khalid pulang ke Malaysia. Namun siapa sangka, dalam masa yang singkat Khalid berubah hati. Takdir menemukan mereka selepas hampir dua belas tahun Edlina membawa diri. C...