PETANG itu Edlina pulang ke rumah awal untuk membeli barang dapur yang sudah berkurangan. Dia membelek-belek buah anggur kemudian diletakkan semula apabila buahnya tak sesegar yang Edlina mahukan. Dia berjalan terus, tak jadi hendak membeli buah anggur. Troli ditolak ke bahagian buah epal yang berlonggok.
"Edlina !" namanya dipanggil.
Edlina berpaling melihat gerangan yang memanggil namanya.
"Hi, Assalamualaikum. Edlina, kan ? Ingat abang lagi tak ?" Kata lelaki itu.
Hampir 10 saat dia merenung wajah lelaki itu. Masakan dilupa wajah ini. Wajah yang dulunya dibelai dengan penuh manja. Wajah yang menjadi penyeri hidup Edlina suatu ketika dahulu.
"Khalid, kan ? Mestilah ingat," balas Edlina.
"Shopping barang dapur, ya ? Sorang je ke ?"
"Ha'ah, sorang. Awak ?" Tanya Edlina pula.
"Abang pun sorang saja,"
"Oh ye ke ?"
"Eh, Ina duduk area sini ke ?"
"Ya, Jalan Bahtera 4 tak juah pun dari sini," balas Edlina.
"Lah iya ke ? Rumah abang dekat Villa Aman. Sebelah taman bahtera je,"
"Kecilnya dunia. Rumah saya selang 3 lorong je dari villa tu. Besar rumah awak,"
Khalid hanya membalas dengan senyuman.
"Banyak shopping ya," kata Edlina melihatkan barangan yang memenuhi troli.
"Ada birthday party anak abang esok. Eh, nanti jemputlah, ya,"
"Abang nak nombor telefon Ina boleh ?" Tanya Khalid, bimbang kalau nombornya tak diambil, tak dapat bertemu lagi.
"Boleh," Edlina memberikan nombornya pada Khalid.
"Saya minta diri dulu,"
"Jangan lupa datang, ya. Bawa suami, anak-anak sekali,"
Edlina mempamerkan senyuman ikhlas lalu mengangguk dan meminta diri.
***
EDLINA bersiap-siap ke majlis hari lahir anak Khalid. Nombor telefonnya telah dimasukkan ke group whatsapp kelas semasa di sekolah menengahnya. Edlina dan Khalid sebaya. Tapi disebabkan sudah lama bercinta dan sudahpun berhasrat untuk membina masjid bersama, dia jadi terbiasa memanggil Khalid dengan panggilan abang. Biasalah, orang bercinta zaman-zaman dulu. Tak macam sekarang macam-macam panggilan ada.
Dia memarkir kereta di hadapan rumah banglo tak berpenghuni. Kereta dikunci. Dia berdiri di sebelah kereta. Teragak-agak untuk masuk.
"Ina ke ni ?"
"Makcik ?"
"Ina ! Ya Allah lama tak jumpa Ina," Puan Habibah memeluk erat Edlina.
Hampir seminit juga mereka berpelukan. Lalu dilepaskan Edlina selepas puas melepas rindu.
"Ina, makin cantik ya Ina. Rindu Umi nak tengok muka Ina," tak semena-mena Puan Habibah mengalirkan airmatanya.
"Yam mana ?" Tanya Puan Habibah.
"Makcik, Mama dah tak ada....," Edlina tersenyum pahit.
"Mama dah meninggal 5 tahun lepas,"
Puan Habibah yang sebak berjumpa bekas bakal menantu lamanya terus berderai airmatanya.
"Maaf, Ina. Umi tak tahu, takziah ya, Ina. Kalau Umi tahu mesti Umi dah pergi. Allahu, kawan yang Umi rindu,"
Khadijah, kakak kepada Khalid mengusap belakang ibunya yang sebak.
"Sabar, Mi. Takziah ya, Ina,"
"Terima kasih, Kak Jah,"
"Jomlah kita jalan," kata Khadijah yang dari tadi masih di sisi kereta Edlina.
Edlina memasuki khemah dan bersalaman dengan kenalan dari zaman sekolahnya kemudian bersalaman dengan saudara-mara Khalid yang sudah dikenali rapat sejak dulu. Usai bersalaman, dia kembali ke meja yang menempatkan rakan-rakan sekelasnya dahulu.
"Ina ! Lama tak jumpa weh," yang perempuan semua berpelukan bersama Edlina.
"Berapa tahun, weh ? Nak dekat 12 tahun juga kan ?"
Edlina mengangguk sambil ketawa.
"Aduhai, makin tua ya korang semua,"
"Aduh, stress kerja, rumah, anak-anaknya mahu tak dimakan usia, ye dak ?" Balas Rashidah.
"Betul sangatlah, Dah. By the way, Ina, kau kenapa tak nampak tua ?!" Kata Adelia.
"Hahaha, memandailah kau ni, Adel,"
Rashidah dan Adelia itulah teman rapat Edlina sepanjang zaman persekolahannya. Namun terputus hubungan sejak putusnya dia bersama Khalid.
"Kau datang sorang ke ?" tanya Adelia.
"Haah, sorang je. Aku ada wedding kawan ofis lepas ni. Kau ?" Tanya Edlina kembali.
"Tu laki aku," Adelia memuncungkan bibir menunjukkan suaminya yang bersembang bersama rakan-rakan lelaki kelasnya.
"Eh, by the way, kitorang ada family day 3 hari 2 malam kat PD next week, kau tahu kan ? Kali ni kau memang tak boleh tak datang sebab kau dah 11 tahun missed event kelas kita !" Adelia menampar lembut bahu kawannya.
"In sha Allah," balas Edlina.
"Ni pun baru first time buat event tidur resort so special sikit, kau dah ada ni lagi complete,"
"Hahaha, yelah kau ni pun. Aku datang. Nak kena bayar enam puluh kat siapa ?"
"Oh, tu bayar kat Khalid dia yang handle,"
"Oh, okay-okay,"
Edlina masuk ke dalam rumah untuk meraikan majlis anakanda bongsu Khalid yang ketiga. Ramai saudara-saudara Khalid menegurnya walaupun sudah 12 tahun sejak mereka memutuskan tali pertunangan.
"Khalid, isteri awak mana, ya ?" Tanya Edlina selepas puas melilau mencari isteri Khalid.
"Isteri abang dah tak ada, dia dah meninggal masa lahirkan Qalif tiga tahun lepas," balas Khalid.
"Innalillah, Khalid. Saya minta maaf, ya. Saya tak tahu, takziah ya," Edlina membalas dengan jujur.
"Takpe. Terima kasih, Ina. Ina dah jumpa Umi ?"
"Um–Makcik ? Sudah, tadi masa turun dari kereta kebetulan terserempak dengan Makcik dan Kak Jah," hampir sahaja tersasul nasib tak didengari Khalid.
"Oh, jap ya, Ina," Khalid bangun menuju ke anak sulung yang memanggil.
Edlina melihat kemesraan Khalid dan anak-anaknya. Kasihan anak-anak ini, perlu membesar tanpa kasih sayang ibu.
"Ina, abang ada hal pulak. Ina layan diri dulu ya," kata Khalid sambil mendukung anaknya yang bongsu.
"Eh, Khalid. Saya minta diri dulu, nanti kirim salam Kak Jah dan Makcik, ya ?"
"Cepatnya nak balik,"
"Ada wedding kawan pejabat," balas Edlina.
"Oh ya ke ? Nanti datanglah lagi ya, jumpa Umi,"
Edlina mengangguk. Khalid melambai Edlina dari kejauhan sambil menggamit kenangan lampaunya.
YOU ARE READING
Detik Yang Hilang
RomanceSEBELAS tahun menyulam cinta, Khalid dan Edlina bakal disatukan sejurus selepas Khalid pulang ke Malaysia. Namun siapa sangka, dalam masa yang singkat Khalid berubah hati. Takdir menemukan mereka selepas hampir dua belas tahun Edlina membawa diri. C...