Bab 8

35 2 0
                                    

TELEFON berdering, Edlina berlari-lari anak mendapatkan telefon bimbitnya di atas meja kopi di bilik tidurnya. Dia melihat nombor pemanggil yang tak dikenali.

"Hello, siapa ni ?" tanya Edlina.

"Ni Khalid. Ina tak save number abang ke ?"

"Oh, Khalid. Sorry, saya lupa nak save. Ada apa, ya ?"

"Abang nak tahu keadaan Ina je,"

"Saya okay je. Saya rasa tak perlu kot awak telefon nak tanya keadaan saya,"

"Abang cuma risau. Abang nak jumpa Ina boleh ?" Khalid mencuba nasib.

"Nak buat apa ?"

"Rindu,"

Edlina mengerut dahi mendengarkan kata-kata Khalid. Lalu dia mengeluh, seakan-akan penat dengan permainan Khalid. Dia menoleh wajahnya ke kanan, memandang sebingkai gambar yang tergantung kemas sejak dari dulu. 

"Sudah sudahlah tu, Khalid. Awak ingat dengan semua benda ni boleh ubah segalanya ke ?"

"Edlina, kita masih boleh start semula,"

"Khalid, no. It won't be the same anymore,"

"Ina dah lupa ke segala kenangan kita ? Ina cakap Ina tak mampu hidup tanpa abang dulu,"

"Awak sendiri cakap yang saya dah tak ada tempat dalam hati awak. And, for your information, I'm doing fine without you. Itu semua dah lebih 11 tahun yang lepas. Saya tak lupa kenangan kita pun awak, tapi awak kena ingat, saya pun tak lupakan apa yang awak cakap masa perpisahan kita. Tak gunalah awak nak merintih sekarang. Saya dah tinggalkan semuanya 11 tahun yang lalu," panggilan terus dimatikan.

Edlina menekan dadanya menahan sebak di hati. Sungguh dia masih cintakan Khalid, namun dia tak mampu untuk menerima Khalid semula. Kali ini dia nekad, Khalid harus dibuang jauh dari hidupnya. Ya, itulah yang sepatutnya dia lakukan sejak dari dulu. 

***

MEREKA hanya tersenyum sejak daripada tadi. Lelaki di hadapannya sedang merenung muka Edlina. Rasa seriau namun dia terus tersenyum dengan senyuman yang janggal.

"Encik.....,"

"Lokman," dia menolak rambutnya ke belakang.

"Encik Lokman, kawan Rashidah, ya," Edlina menggosok-gosok tangannya.

Bertuah betullah Rashidah ni. Ada ke patut dia temukan Edlina dengan intern di tempat kerjanya.

"Umur berapa ?" Tanya Edlina.

"Saya baru 22 tahun,"

Edlina mengurut dahi. Aduhai, Rashidah pun.

"Awak tahu umur saya berapa ?"

"28 ?" Bilang Lokman.

"Ha lepastu tambah 8," balas Edlina.

Mata lelaki itu seakan-akan terkejut. Walaupun Edlina sedikit bangga dengan muka 'baby face' miliknya menjadikannya 8 tahun lebih muda gitu.

"Oh, akak nampak muda. Akak janda ke ?"

Giliran Edlina pula terkejut dengan soalan Lokman itu.

"Kenapa ? Nampak macam muka janda ke ?"

"Saya tanya je," balasnya sambil mengurut tengkuk, mungkin malu dengan soalannya tadi.

"Tak boleh harap betul Rashidah tu. Takpelah, dik. Kita borak-borak jelah,"

Akhirnya mereka hanya berborak tentang tips pengurusan pejabat dan Edlina memberikan kata-kata semangat kepada budak itu.

Dia kembali ke pejabat sejurus selepas menghantar budak yang datang menggunakan teksi tadi pulang ke pejabat. Pintu bila dibuka.

"Hi,"

Edlina terperanjat dengan kehadiran lelaki itu. Apa pula yang Afiq mahukan daripadanya ?

"Encik Afiq, ada apa ya ? Ada hal urgent ke ? Kenapa tak minta Mona inform saya ?"

"Eh, takdelah. I tunggu you. Kan kita nak lunch sama hari ni,"

Edlina terpaku sebentar. Sangkanya kata-kata Afiq di bilik Syahrin itu hanya gurauan. Tak sangka pula Afiq benar-benar maksudkannya.

"Sorry, Encik. Saya tak dimaklumkan pula tentang lunch sama-sama. Encik dah lama tunggu ke ?"

"Tak apa. I nak jumpa you dulu before balik pejabat. Since I tak dapat lunch dengan you hari ni, how about dinner tonight ?"

"Dinner ?"

"Come on, don't reject me,"

Edlina rasa bersalah. Sungguh tak selesa bercakap tentang perkara yang remeh ini bersama rakan bosnya.

"8:30 ?"

"Sure, boleh send alamat rumah you ?" Minta Afiq.

"Encik Afiq, saya boleh pergi sendiri. Just send me the address and I'll be there," tolak Edlina.

"No, I yang ajak you dinner so I yang akan ambil you,"

Edlina ragu-ragu. Hendak beri alamatnya atau tidak. Ish, kenapalah dia harus tersekat dalam situasi begini.

"Fine. Nombor Encik yang dalam kad tu kan ?"

"Yes, apa-apa I will text you later, okay. I pergi dulu. See you tonight,"

Edlina hanya menemani Afiq hingga ke lif lalu dia balik semula ke pejabat.

"Amboi, selalu pula Encik Afiq datang singgah ya," tegur Intan yang baru keluar dari pejabatnya.

"Sibuk je. Tak tahulah. Encik Afiq tu,"

"Sebab kau single, sebab tu dia cari kau. Kalau tak dia dah pergi kat aku,"

"Eh, eh. Melebih pulak kau,"

Edlina memasuki pejabat dan menyambung kerjanya yang tertunggak.

Detik Yang HilangWhere stories live. Discover now