EDLINA meluruskan pinggang yang terasa sengal dek kerana mesyuarat besar yang memakan masa selama 3 jam itu. Mesyuarat yang melibatkan tiga syarikat. Selaku seorang Ketua Pegawai Kewangan di syarikatnya, Edlina memainkan peranan penting dalam mengawal perbelanjaan syarikatnya. Mesyuarat kali ini sedikit mendebarkannya kerana melibatkan 3 buah syarikat yang bakal bersatu dalam sebuah projek yang besar. Setiap syarikat masing-masing mempunyai peranannya. Dia membetulkan pakaiannya sebaik dia keluar daripada bilik mesyuarat. Sepulangnya dia ke pejabat, Intan memasuki bilik untuk bertanyakan tentang mesyuarat terbabit.
"Welcome back, Ed. How was the deal ?" Tanya Intan.
"Great. Might as well need to work harder," Edlina tersenyum letih.
"I know right. Rest-lah dulu, jangan push sangat diri tu,"
"Ya lah," balasnya.
Edlina berehat sebentar di sofa dalam biliknya selepas seminggu bersusah-payah menyiapkan slide untuk dibentangkan tadi. Hampir saja dia terlelap namun disedarkan oleh bunyi ketukan pintu. Edlina bangun semua lalu kembali ke tempat duduk nya.
"CEO dari Syarikat Rhombus nak jumpa Cik Ed," kata Mona, setiausaha Edlina.
Edlina pelik namun membenarkannya masuk. Pelik kerana setahunya, jika ada apa-apa hal perlu dirujuk dengan Encik Rahman selaku Ketua Pegawai Operasi bukan dengannya atau dengan CEO sendiri. Setelah itu, baru mereka akan berbincang dengannya.
"Assalamualaikum," balasnya.
"Waalaikumussalam, silalah duduk," pelawa Edlina.
Mona datang membawa dua cawan air teh.
"Maaf bertanya, ada hal yang perlu dibincangkan ke ?"
"Eh, saya datang menyinggah je. Baru lepas berjumpa Syahrin kat pejabat dia," bilang lelaki itu.
Edlina mengangguk. Lagilah pelik bila CEO syarikat Rhombus berjumpa dengannya atas dasar menyinggah. Sungguh tak masuk akal. Mungkin sekadar mahu menyapa kerana bakal berjumpa dengan lebih kerap selepas ini.
"Maaflah, datang mengejut. Saya tengok awak present tadi. Sangat competent. Saja datang nak bertegur sapa. Lepas ni kita akan banyak berjumpa. Boleh saya minta kad awak ?" Katanya.
"Boleh. Kejap ya saya ambil kad saya," Edlina ke mejanya dan membuka laci di mejanya.
Mereka saling bertukar kad dan lelaki yang bernama Afiq Mukhriz itu pun pulang.
***
SUASANA riuh di rumah Khalid. Semenjak kematian isterinya, Sarema, Puan Habibah menawarkan diri untuk menjaga anak-anak Khalid yang seramai dua orang. Khadijah pula tidak membantah. Kisah pengasuh yang mendera anak majikan sering sekali diutarakan di stesen-stesen radio dan televisyen membuatkan Khadijah bersetuju walaupun Khalid menolak sekerasnya. Justeru, Khalid mengupah pembantu rumah untuk menguruskan rumah dan menyediakan makanan emak dan anak-anaknya, jadi, Puan Habibah hanya perlu memantau cucu-cucunya sahaja.
"Umi ada jumpa Ina masa birthday Qalif, kan ?" Tanya Khalid sebaik dia mengambil tempat di sebelah Puan Habibah yang tekun menonton televisyen.
"Ada. Kenapa kau tanya ?"
"Saja. Umi, dia masih single rupanya," bilang Khalid.
"Kenapa kalau dia single ?" walaupun mengerti dengan kata-kata Khalid, Puan Habibah terus menafikan kata-kata yang muncul di benak fikirannya.
"Kalau Lid.... kembali dengan dia semula, Umi setuju tak ?"
Lantas Puan Habibah menoleh.
"Apa kau cakap ni, Lid ? Kau dah tinggalkan dia, sekarang mahukan dia semula. Cukuplah dia tanggung derita dahulu. Umi taknak dia teringat kenangan lama," kenyataan Umi sedikit menyinggung Khalid.
"Kenapa Umi cakap macam tu kat Lid ? Umi taknak tengok Lid bahagia ke ? Perkara yang Umi sebut tu benda lama tau,"
"Memang benda lama, tapi memori hitam akan terus kekal sampai bila-bila. Lid, Umi pun perempuan, Umi pun pernah rasa sakit ditinggalkan dan Umi pun tak sanggup menanggung sakit bila cinta yang kita harap akan kekal tapi terhenti takat itu. Lagi-lagi bila orang tu ada kekasih baru,"
"Betul, Sarema jodoh mati kau tapi, apa yang Ina rasakan tu, Umi pun dapat rasakannya. Kau nak cari pengganti Sarema, kau carilah orang lain. Umi pun malu nak berjumpa Ina," sambung Puan Habibah.
"Umi, jangan kaitkan Ema dalam hubungan Lid dan Ina. Lid cintakan Ema sepenuh hati Lid tapi Ina juga masih ada tempat dalam hati Lid,"
"Tapi memang sebab Sarema pun engkau putus dengan Ina,"
"Umi, sampai hati Umi cakap arwah Ema macam tu. Mesti kecil hati dia kalau dia dengar mak mentua kata begitu pasal dia," tegur Khalid.
"Maaf, Umi tak berniat. Tapi Umi cakap perkara yang logik sebab Umi pun perempuan. Apa-apapun, Umi tetap tak setuju kalau kamu nak kembali dengan Ina. Biarlah Ina cari kebahagiaan dia sendiri. Tak payahlah kamu sibuk nak penuhkan kehendak dia,"
Puan Habibah terus memadam televisyen dan ke biliknya. Khalid menyandarkan badan ke sofa sambil jari jemarinya mengurut lembut dahinya yang seakan penuh dengan perkara tak diduga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Detik Yang Hilang
RomanceSEBELAS tahun menyulam cinta, Khalid dan Edlina bakal disatukan sejurus selepas Khalid pulang ke Malaysia. Namun siapa sangka, dalam masa yang singkat Khalid berubah hati. Takdir menemukan mereka selepas hampir dua belas tahun Edlina membawa diri. C...