Bab 9

32 2 0
                                    

GINCU berwarna merah jambu dicalit sedikit ke bibirnya lalu diratakan sendiri menggunakan jarinya. Edlina membelek dirinya di hadapan cermin. Dah macam Neelofa pun ada juga. Dia membetulkan kedudukan tudungnya. Minyak wangi disembur ke pakaiannya dan juga sedikit di tangan lalu digosok perlahan kedua tangannya itu. Setelah puas dengan penampilannya, barulah dia turun ke bawah. Jam menunjukkan pukul 8:15 minit. Dia bermain telefon bimbitnya sebentar. Tak lama kemudian, sebuah kereta berjenama Kia berhenti betul-betul di depan pagar rumahnya. Panggilan daripada Afiq diterima, dia tak menjawab sebaliknya terus keluar daripada rumah.

"Good evening," ucap Afiq.

"Waalaikumussalam," balas Edlina.

"Oops, Assalamualaikum. Dah ready ?" Tanya Afiq.

Edlina hanya mengangguk tanda dia sudah bersedia.

"You look nice," kata Afiq sebaik keretanya meluncur ke jalanraya.

"Thank you. And you look nice too....with that suit," ujar Edlina.

Arif nampak segak dengan suit berwarna merah gelap itu.

"Actually, we're going to my friend's wedding," kata Afiq memecahkan kesunyian malam itu.

Terus Edlina menoleh.

"Eh, kenapa Encik Afiq tak bagitahu saya ?"

"Just drop the Encik please, panggil I Afiq je. I nak bagitahu you tapi, I takut you taknak pergi pula,"

"Oh, so Encik-"

"Just Afiq. Or sayang pun boleh," Afiq melawak.

"Sorry. But, Encik, eh, awak bawa saya ni mesti sebab awak tak nampak lonely nanti, kan ?" Edlina menebak.

"Eh, how do you know ? Bijaklah you ni. That's why I suka you. I suka perempuan genius,"

"Thank you for that sarcastic compliment," balas Edlina.

"Thanks for reminding me that I'm single and also lonely," balas Afiq pula.

Rasa hilang sedikit kegusaran dihatinya. Sekurang-kurangnya Arif banyak bercakap. Tak adalah dia terasa bosan dan janggal nanti.

"Wedding kawan awak, means Encik Syahrin pun ada ke ?"

Afiq memandang Edlina sekilas lalu mengangguk.

"Dia tahu ke kita pergi sekali ?"

"Tak,"

Edlina mula gelisah. Bimbang pula bila terjumpa dengan Encik Syahrin nanti hubungan disalah erti pula. Sepanjang perjalanan, dia hanya membuang pandangan ke luar. Memikirkan perkara yang harus dilakukan dan apa yang perlu dikatakan nanti.

"You takyah risau lah. I tahu apa nak buat," ujar Afiq melihatkan keadaan Edlina yang seperti cemas.

Mereka tiba di hotel Concorde di Kuala Lumpur. Nasib baik pakaiannya bersesuaian dengan majlis, kalau tak mahu disuruhnya Afiq patah balik ke rumahnya.

Edlina membetulkan pakaiannya setelah keluar daripada kereta. Afiq menawarkan lengannya. Edlina teragak-agak, namun dipegang juga lengan Afiq. Mereka bersilang tangan sambil memasuki pintu dewan dan disambut oleh penyambut tetamu.

"Tahniah, Auntie Ros and Uncle Lan dapat menantu,"

"Terima kasih, ha jemput-jemput. Cantiknya girlfriend kamu,"

Edlina hanya mampu memberi senyuman seikhlas hati walaupun rasa seperti hendak menafikan segalanya.

"Thanks, Aunty. Saya masuk dulu ya," jawab Afiq.

Afiq meninggalkan Edlina sebentar, mahu berborak dengan rakan sekolahnya yang lama tidak berjumpa. Tak lama kemudian, Syahrin duduk di meja itu bersama isterinya. Edlina menggelabah namun masih mampu menyembunyikan perasaannya.

"Ed, you jadi partner Afiq for tonight ? You look good. Kenalkan my wife, Ziana," ujar Syahrin.

"Edlina. Saya staff Encik Syahrin," Edlina kenalkan dirinya.

Edlina bersalaman dengan Ziana dan bertanyakan soalan-soalan yang lazim sambil bersembang tentang pekerjaan masing-masing. Afiq dan Syahrin pula sudah berborak dengan rancaknya.

Edlina mengajak Afiq pulang setelah hampir sejam berada di majlis. Maklumlah, jumpa kawan-kawan, kan ? Masing-masing berborak panjang, lepas tu sesi bergambar ramai-ramai dengan pengantin. Kemudian, bersembang lagi.

"How's tonight ?" Tanya Afiq.

"Great, cuma pelik. Kenapa buat majlis hari Rabu ?"

"Entahlah, I pun tak pasti. Lagipun, it's supposed to be a private event. Lelaki dia public figure,"

"Really ? Orang macam saya pun boleh masuk, eh ?"

"Eh, why not ? You datang as my girlfriend so tak ada problem pun,"

"Saya dah tak tahu macam mana nak hadap muka Encik Syahrin esok. You were boasting here and there about me,"

"Haruslah. I taknak nampak macam I ni orang paling lonely kat situ. Can't you see ? All my friends are married kecuali I. Boleh dikatakan I ni dah achieved semua goal I, except for one thing, untuk berkeluarga. By the way, this might be a little personal to ask, but you pernah berkahwin ke ?"

Edlina menoleh ke arah Afiq. Mukanya nampak tenang walaupun luahan hatinya tadi serba sedikit menunjukkan sisinya yang lain.

"Tak pernah. I've been in love before. Lama juga, 11 tahun. Dia study di UK for 7 years, and dia janji akan kahwin dengan saya lepas dia balik dari UK. Kitorang dah engaged pun. Tapi, dia suka perempuan lain kat sana, so balik Malaysia dia putuskan pertunangan dengan saya,"

"Wow, lama tu. 11 tahun. Macam mana you overcome that phase ? Lepas putus dengan orang yang kita sayang ?"

"Saya tak tahu, Afiq. Saya rasa sampai sekarang saya still sukakan dia. Dia classmate saha masa sekolah dulu, kalau ada reunion kelas pun saya tak boleh avoid daripada jumpa dia. Saya lost contact dengan kawan-kawan sekolah, nak dekat 12 tahun baru jumpa balik sebab saya terserempak dengan ex saya dekat supermarket,"

"You terserempak dengan ex you ? Kalau I, I dah lempang muka lelaki tu sebab tinggalkan orang yang perfect macam you," Afiq meluahkan pendapatnya.

"Benda dah lepas. Lagipun, saya nak lupakan dia,"

"Betul, itu yang you patut buat,"

Terlalu asyik mereka bersembang hingga tak sedar, Afiq sudah terlepas simpang masuk ke rumah Edlina. Lepas membuat U-Turn barulah Edlina selamat tiba di rumahnya.

"I'll call you later. Jangan tak angkat call I pula. Bye, Ed. Will miss you tonight. See you. Assalamualaikum,"

Edlina menjawab salam Afiq dan mengiyakan kata-kata Afiq. Dia melambai kereta Afiq yang menjauh.

Detik Yang HilangWhere stories live. Discover now