Bab 11

29 0 0
                                    

"INA,"

"Ina, please. Cakap dengan abang,"

"Khalid, I think you should go now,"

"Abang minta maaf pasal hari tu,"

"Tolonglah, Khalid. Saya malaslah nak menghadap awak hari-hari. Awak tak ada kerja ke datang rumah minta saya kembali kat awak ?" Bilang Edlina.

"Tak. Abang sanggup berpanas, berhujan duduk sini sampai Ina terima abang balik,"

"Pergilah balik. Anak-anak kat rumah tercari-cari mana awak. Pergi spend time dengan keluarga awak lagi bagus dari awak terkejar-kejarkan saya,"

"Abang bawa dorang datang jumpa awak. Kalau anak-anak abang suka awak, kita kahwin. Please,"

"Takpelah, Khalid. Saya tak cukup hebat nak gantikan tempat isteri awak. Pergi sebelum saya call polis,"

Bimbang dengan gertakan Edlina, Khalid terus berlalu. Semakin hari semakin pusing. Edlina seperti mahu melarikan diri ke tempat yang tiada siapa tahu. Jauh dari realiti.

***

EDLINA hanya membaringkan kepala di atas meja. Semangatnya sudah lari jauh daripadanya. Tiada kudrat untuknya berinteraksi hari ini. Yang dia mahu hanyalah pulang ke rumah dan berehat.

Intan melintasi biliknya dan sempat juga dia menoleh ke dalam. Risau pula melihat keadaan kawannya. Niatnya mahu terus ke bilik, namun tangannya laju menolak pintu pejabat Edlina.

Edlina mengangkat kepalanya untuk melihat orang yang masuk lalu memberikan senyuman kepada Intan.

"Ed, kau okay ke tak ?" Tanya Intan.

"Okay je," balas Edlina.

"Ye ke ? Macam tak je. Lunch pun tak turun,"

"Aku makan dalam bilik. Ni roti," dia menunjukkan plastik roti yang tidak terbuang.

"Tu roti pagi tadi, kan ? Roti cinonet pun tak habis, lagi-lagi kau. Kau memang tak okay! Kenapa? Cakap dengan aku,"

Edlina mengeluh. Pandai pula Intan meneka.

"Aku tengah serabut," jawab Edlina.

"Serabut pasal apa ? Projek tu ?"

"Kalau serabut pasal projek ni, aku bersyukur sangat-sangat. Masalahnya, bukan sebab projek pun. Kau ingat tak ex yang aku cerita dulu ?"

"Mestilah. Yang trash tu. Kau jumpa dia balik, kan ? Time reunion,"

Edlina tak menjawab sebaliknya mengangguk mengiyakan kata-kata Intan.

"Kau tahu tak, wife dia dah meninggal. Sekarang ni, dia sibuk nak kejar aku balik. Nak get back. Aku dah cakap elok-elok pun dia taknak dengar. Kau bayangkan pagi-pagi aku kena hadap muka dia, rayuan dia yang entah apa-apa tu,"

Edlina menongkat kepala sambil menghembus nafas panjang.

"Seriuslah, Ed?" Intan tercengang.

"Seriuslah. Dah tak tenang aku nak balik rumah tau tak? Aku dah tak tau nak buat macam mana, takkan aku nak report polis pulak. Dia ada anak-anak, ada mak, ada kerjaya. Aku serabut betullah," balas Edlina.

"Report jelah. Dia yang kena tanggung untuk action dia," balas Intan pula.

"Tak boleh, Tan. Arwah mak aku and mak dia kawan baik. Even mak aku tak ada, aku tak sanggup nak buat macam tu. Lagipun, aku baik je dengan family dia," Edlina bersandar ke kerusi.

"Aku ada idea. Tapi, tak sure-lah kau akan terima ke tak idea aku ni,"

"Apa dia?"

"Kau cari boyfriend. Bila kau dah ada boyfriend mesti dia takkan kacau kau sebab kau dah berpunya," Intan tersenyum lebar dengan ideanya yang disangka bernas itu.

"Intan kau tak ada idea elok sikit ke? I thought I've made it clear that I won't accept anyone anymore," Edlina mengetuk lembut jari Intan.

"Yelah, kau taknak report polis. Tu idea bernas juga kot,"

"Hish, dahlah Intan. Pergi bilik kau. Aku nak sambung kerja,"

"Hm, yelah. Bye, makcik," Intan keluar dari bilik Edlina.

***

AFIQ berjalan di hadapan bilik Edlina. Dia berpatah ke belakang semula selepas melepasi bilik Edlina. Lalu dia bermundar-mandiri di hadapan bilik itu. Tengkuknya diusap sebentar. Resah dan gelisah.

"Kau kenapa, Fiq?"

Syahrin memegang bahu Afiq lalu Afiq terkejut.

"Kau ni, bagi salam dululah," marah Afiq.

"Sorry-lah. Dah 5 minit aku tengok kau jalan depan bilik ni. Apa yang gelabah sangat?"

Terus Syahrin mengetuk pintu bilik Edlina.

"Weh, tak payahlah!"

Tak sempat Afiq menghalang, Syahrin terlebih dahulu membuka pintu.

Mata mereka bertautan.

Afiq tersenyum kelat lalu Edlina membalas.

"Ada apa ya, Encik Syahrin?"

"Tak ada apa. Saja nak tengok you buat apa. Anyway, Afiq ni dari tadi dekat depan bilik you. Okay, I pergi dulu," Syahrin menolak Afiq ke dalam lalu menutup pintu.

Edlina terkaku dengan situasi yang berlaku sepantas kilat itu. Mindanya mengambil masa untuk memproses peristiwa itu. Hampir seminit juga mereka berpandangan antara satu sama lain. Keduanya diam membisu dan berharap ada antara mereka yang akan memulakan perbualan.


Detik Yang HilangWhere stories live. Discover now