Cat 1

450 47 53
                                    

Yuta bersembunyi di bawah katil Hansol. Dia sangat marah dengan Hansol.

"Pinky, ni makanan kau, minuman dan tempat tidur kau. Kalau lapar makan ye. "Ujar Hansol. Yuta buat buat tidak dengar, dia menyilangkan lengan kecilnya pada dada.

Dia merajuk.. Hahaha

"Aku pergi kelas dulu. Nanti aku balik . Bye Pinky. "Hansol keluar dari apartment. Yuta pun tersenyum sinis dan berjalan keluar dari bawah katil.

Dia ternampak makanan, minuman dan tempat tidur tersedia untuk dia. Yuta mendekati mangkuk makanan, lalu menyepak mangkuk makanan tersenyum.

"Dia ingat aku akan makan makanan kucing? Sorry brader.. Haha"ujar Yuta.

Tiba tiba...

Perutnya membuat bunyi. Yuta terkaku. "Aku tak akan makan makanan kucing. Walaupun aku mati kelaparan. "Ujar Yuta.

Dia menoleh ke belakang, melihat makanan kucing yang bertaburan di atas lantai.

Air liur mula meleleh dari sudut bibirnya. Dia menggeleng kepala keras.

Masih enggan memakan makanan kucing. "Aku manusia, bukan kucing. Kenapa aku harus makan makanan Kucing!?!? "Ujar Yuta kepada dirinya.

~
"Bruh~ah.. Kenyang. "Ujar Yuta sambil baring atas tempat tidur kucing. Kenyang rasanya dah makan makanan kucing.

"Aku mengantuk, mungkin makan terlalu banyak. Tidur la. "Yuta membenamkan wajahnya atas tempat tidur yang empuk.

Dia mula teringat bagaimana Hansol boleh menyelamatkan dia. Nasiblah papa dia pergi bussiness trip selama tiga tahun, taklah dia risau pasal Yuta.

Kalau papa dia tahu, mesti papa dia buat laporan polis.

Yuta membuka matanya apabila merasakan tempat tidur tidak cukup untuk dirinya. Dia memegang pipinya.

"Eh? "Lantas Yuta menyentuh wajahnya. Dia menatap tangannya.

Dia menjadi manusia kembali!!

Yuta memposisikan dirinya berdiri. Dia menari nari di dalam bilik sambil menyebut, "aku menjadi manusia kembali!!!! "

Dia menghempaskan dirinya di atas katil Hansol. Tidak menghiraukan dirinya sedang berbogel.

"Lantaklah, budak Hansol tu lambat lagi nak balik. "Ujar Yuta. Tiba tiba dia terdengar bunyi kunci disebalik tombol pintu.

Wajah Yuta mula pucat. Lantas dia bangun dan mendekati pintu. Dia mengintai disebalik lubang yang ada pada pintu.

"Alamak!!! Dia balik!! "Jerit Yuta. Dia ternampak Hansol cuba membuka pintu.

Disisi lain pula, Hansol berusaha membuka pintu. "Kalau aku tahu kelas batal, aku tak akan turun tadi"Hansol memulas tombol pintu.

Dia cuba membuka pintu tetapi pintu masih tidak mahu dibuka. Dia juga terdengar seseorang bercakap disebalik pintu.

"Eh? Ade orang di dalam"ujar Hansol. Dia mula terfikir orang di dalam ialah pencuri.

Pencuri yang pecah masuk rumah. Dia cuba menolak pintu itu tetapi pintu itu tetap tidak dapat dibuka.

Kita kembali ke sisi Yuta, dia sedang menahan pintu daripada dibuka. "At least bagi aku pakai pakaian dulu bongok. "Ujar Yuta.

"Siapa tu? Apa kau buat dalam bilik aku?!? "Tanya Hansol dari luar. Yuta mengigit bibirnya, perlukah dia bagitau Hansol.

Kalau dia bagitau pun, percayakah Hansol?

Tiba tiba.....

Begitulah Hansol menendang pintu dan Yuta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Begitulah Hansol menendang pintu dan Yuta... Hmmm...

"AGHHHHHHH!!!!! "Pintu sudah terbuka, Hansol masuk ke dalam bilik dan memijak pintu yang dah rosak.

"ARGHHHHHHHHHHHHHH! "Jerit Yuta disebalik pintu yang dipijak oleh Hansol. Lantas Hansol mengangkat pintu itu dan ternampak seekor kucing warna pink.

"Kau rupanya? Kenapa aku dengar ada orang bercakap tadi? "Mendengar Hansol berkata demikian, lantas Yuta menatap tangannya.

Dia kembali jadi kucing....

"ARGGHHHHHHH!!!! KENAPA AKU JADI KUCING KEMBALI!!!!! "Hansol berasa seram apabila dia melihat seekor kucing sedang frus, gaya seperti manusia.

Kalau manusia menarik rambut, tetapi kucing ni menarik narik telinga.

Nampak sangat kucing tu frus. Hansol mengangkat tubuh Yuta dan automatik Yuta berhenti meragam.
Hansol menatap wajah Yuta dan tatapan mata mereka bertemu.

'Apa yang dia nak buat ni?'desis hati Yuta. Tiba tiba Hansol mengucup dahi Yuta.

Dan itu membuatkan Yuta meragam lagi. Dia melompat keluar dari pegangan Hansol.

Hansol tertawa melihat telatah Yuta. "MIANG!!!! KUCING PUN KAU NAK CIUM!!! "ujar Yuta.

Namun apa yang Hansol dengar hanyalah bunyi kucing. Yuta meragam lagi, kali ini dia berguling guling atas katil apabila dia mengingatkan dirinya kembali menjadi kucing.

Hansol menggeleng kepalanya dan berjalan menuju balkoni biliknya. Yuta berhenti meragam apabila Hansol tidak mengendahkannya.

"Dia tidak kisah dengan aku. Aku meragam lagi la. "Ujar Yuta dan dia mula melompat lompat di atas katil.

Meragam ke tu?

Ke kau nak berseronok.

Tiba tiba, satu selimut terbang ke arahnya dan menyelimuti seluruh tubuhnya.

"WEIIII!!! APE NI!!! GELAPLAH BABI!!! "ujar Yuta dan berlari sana sini di dalam selimut. Hansol hanya menahan ketawa melihat telatah Yuta.

"Comel... "Ujar Hansol lalu mendekati katilnya. Dia duduk di samping katil dan mengangkat selimut.

Yuta berhenti berlari, dia menatap Hansol tajam. Dia mengeluarkan bunyi marahnya. Hansol menguap, dia masih mengantuk sebab semalam dia tidur lambat.

~

Setelah pintu selesai dibaiki, Hansol menghempaskan dirinya di atas katil. Yuta yang berada di bawah katil pun keluar. Dia naik ke atas katil. Dia selesai memakan makanan kucing yang diberi oleh Hansol tadi. Tapi dia makan di bawah katil.

Melihat wajah tidur Hansol. Dia menjelirkan lidahnya kepada Hansol. Sengaja dia berbuat demikian.

"Hahahaha... Kau buduh! "Ujar Yuta sambil menepuk nepuk pipi Hansol dengan tangan kecilnya.

Tiba tiba Hansol menangkap tubuhnya dan memeluknya. Yuta terkejut, dia ingat Hansol dah tidur. Rupanya belum.

Sekarang dia berada di dalam pelukan Hansol. Yuta berusaha memberontak,  dia tidak mahu dipeluk.

Kenapalah Hansol miang sangat, ingat tak, sebab budak nerd dan pandai. Rupanya aku salah, desis hati Yuta.

Dia mengigit lengan Hansol dengan lembut sebab dia tidak mahu Hansol berasa sakit.

Tetapi sedikit pun Hansol tak bergerak. Yuta akhirnya mengaku kalah dan membiarkan Hansol memeluknya.

Biarlah, dia masih kucing. Bukan manusia sekarang. Yuta pun ikut Hansol tidur.

Tidak lama kemudian, dia merasakan pelukan tadi dileraikan.
"Wuarghhh!! Sedapnya aku tidur. "Ujar Yuta sambil meregangkan ototnya.

Dia memandang Hansol. Hansol kelihatan terkejut melihat dirinya. Yuta mengangkat alisnya, hairan kenapa Hansol memandangnya begitu.

Lantas Hansol mengambil cermin kepad Yuta. Dengan niat ingin tahu, dia menatap wajahnya pada cermin.












"AKU KEMBALI JADI MANUSIA!!!!! TAPI SIALNYA AKU BERBOGELLLLL!!!! "

To be continue...

Cat {√}Where stories live. Discover now