Yuta terus menghempaskan tubuhnya di atas katil Hansol tanpa mempedulikan tuan punya katil. "Lembutnya katil kau. "Ujar Yuta.
Hansol menutup pintu sambil menggeleng kepala melihat kelakuan Yuta. Dia mengambil tempat duduk dan duduk di tepi Yuta.
"Aku nak tidur sini, boleh? "Tanya Yuta. Wajahnya dibenamkannya pada bantal.
"Boleh. "Ujar Hansol sambil menggosok hidungnya. Yuta bangun dan memposisikan dirinya duduk. Dia duduk menghadap Hansol. "Tapi kau tidur kat mana kalau aku tidur atas katil ni? "Tanya Yuta.
"Atas katil la. "Ujar Hansol. Yuta hanya mengangguk kepala sambil menatap wajah Hansol. Tiba tiba Yuta menanggalkan cermin mata Hansol dan itu membuatkan Hansol terkejut.
Yuta melihat cermin mata tersebut. Dahinya berkerut hairan. "Kenapa cermin mata ni takde degree? "Tanya Yuta, Hansol berusaha mencapai cermin matanya tetapi Yuta mengangkat cermin matanya tinggi.
"Cakaplah, kenapa kau pakai cermin mata tiada degree? "Tanya Yuta. Hansol berusaha mencapai cermin matanya tetapi dia hilang keseimbangan dan tertindih tubuh kecil Yuta.
Cermin mata Hansol terus tercampak ke arah lain. Kini posisi mereka ialah Hansol menindih Yuta. Tatapan mata mereka bertemu. Yuta merasakan jantungnya berdegup dengan kencang apabila dia menatap tatapan tajam Hansol.
"Weiii! "Seseorang membuka pintu apartment Hansol secara tiba tiba dan itu membuatkan Yuta mendorong dada Hansol. Hansol terjatuh dari katil.
Hansol mendongak, kelihatan seorang lelaki terkaku melihat mereka. "Kau nak apa? "Tanya Hansol sambil mengusap bontotnya.
Lelaki itu tersentak dan tersengih memandang Hansol. "Aku ganggu moment korang ke? "Tanya lelaki itu.
Pipi Yuta memerah apabila lelaki itu berkata demikian. Bukan Yuta sahaja merona merah, Hansol pun merona merah.
"Kau nak apa Ten?!? "Tanya Hansol dalam nada sebal.
"Okok, aku just nak bagitau yang Johnny invite kau ke party dia malam ni. "Ujar Ten sambil tersenyum.
"Oh, malas. "Ujar Hansol lalu berdiri. Dia mengambil cermin matanya yang berada di atas lantai. Hansol memakai cermin mata tersebut dan menuju pintu.
"Dah, pergi balik. Aku tak nak pergi party ni. "Ujar Hansol. Ten memanyunkan bibirnya. "Takkan kau nak mereput dalam bilik ni dan berkepit dengan boyfriend kau tu. "Ujar Ten. Pipi Hansol dan Yuta terus memerah apabila Ten berkata demikian.
Hansol memandang ke belakang sekilas, dimana Yuta sedang duduk di atas katil. "Dia bukan boyfriend aku. "Ucap Hansol.
Ten mengangkat alisnya. "Betul ke? "Sengaja Ten berkata demikian sambil tersenyum sinis. Tanpa membuang masa, Hansol terus menutup pintu tanpa menghiraukan Ten yang memanggil namanya.
"Kau tak lapar ke? "Tanya Yuta tiba tiba. Dia memandang gerak geri Hansol. Hansol masuk ke dapur dan kembali ke bilik dengan membawa sepaket makanan kucing.
"Nah. "Hansol memberi makanan kucing untuk Yuta. Yuta menyambut makanan kucing itu dengan bibir dijuih. "Kenapa bosan dengan makanan kucing? "Tanya Hansol.
Yuta mengangguk kepala perlahan. "Aku nak real food"
"Tapi kalau kau tak makan makanan kucing, kau akan jadi kucing kembali. "Ujar Hansol.
"Fine. "Hansol tersenyum melihat Yuta yang sedang memakan makanan kucing.
~
Yuta sedang berjalan dengan santai menuju cafeteria. Langkahnya terhenti apabila dia ternampak seorang pelajar perempuan dikepung oleh sekumpulan pelajar lelaki.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...