"Nakamoto Yuta, sila ke office saya. SEKARANG! "
satu pengumanan dibuat. Hansol menoleh ke sisinya. Kelihatan Yuta sedang tertidur dalam kelas. Air liur meleleh keluar dari sudut bibir. Hansol menepuk lembut bahu Yuta.
"Yuta, bangun... "Ujar Hansol,Yuta mengeliat dan dengan perlahan membuka matanya. Dia menguap kecil sambil menggosok matanya.
"Kau nak apa? "Tanya Yuta yang masih mamai. Hansol menggeleng kepala melihat Yuta. 'Masa pensyarah mengajar pun berani tidur. 'Desis hati Hansol.
"Tadi ade pengumanan. En.Kris nak berjumpa dengan kau di office dia. "Ujar Hansol. Yuta mengangkat alisnya. Dia mendengus perlahan dan kembali membenamkan wajahnya atas meja.
Sambung tidur.
"NAKAMOTO YUTA!!! SILA KE OFFICE SAYA SEKARANG ATAU SAYA AKAN BUANG KAMU DARI KOLEJ NI!!! KALAU KAMU BELUM SAMPAI DALAM HITUNGAN 10,SIAP KAMU!!! "
Yuta terbangun, dia terus berlari keluar dari kelas tanpa meminta kebenaran dari pensyarah yang mengajar. Hansol terkekeh melihat Yuta yang kelam kabut keluar dari kelas.
"Comel. "Ujar Hansol sambil meneruskan kegiatannya iaitu menulis nota. Tanpa dia sedar, seorang pelajar lelaki memerhatikan kegiatan mereka.
"Diorang nampak mesra... "Ujarnya sambil mengusap dagunya. Seolah olah dia mempunyai misai.
"Couple ke? "Tanyanya kepada dirinya.
"Taklah, Yuta memang pelajar bermasalah di dalam kelas ni"ujar seatmate-nya. Seorang gadis tersenyum manis memandang lelaki itu.
"Yuta bf aku ok. Dan tak mungkin menjadi milik Hansol,Yuto"Ujar gadis itu. Lelaki yang dipanggilnya Yuto mengerut dahi.
"Jangan nak melawak la. Aku tau Yuta takkan pandang kau, Mina-san. "Ujar Yuto sambil tersenyum sinis. Mina memutar matanya geram. Mina sudah lama menyimpan perasaan dengan Yuta, cuma dia tak nak luahkan pada Yuta.
Sejak Yuta pindah ke Nct kolej, dia terus menyukai Yuta. Lelaki itu kacak baginya.
"Aku yakin dia pun sukakan aku juga. "Ujar Mina sombong.
"Uhuk! "Lantas Yuto dan Mina memandang ke arah seorang gadis yang berjalan lalu depan mereka. Gadis itu tersenyum manis memandang mereka.
"Yakin sangat ke Yuta sukakan kau? "Sengaja gadis itu bertanya. Mulut Yuto ternganga sedikit mendengar ayat gadis itu. Mina berdiri dan menghadap gadis itu.
"Eh, memangnya dia suka kau ke? Kau tu cantik tak. Jangan berangan nak ambik Yuta la, Hina. "Ujar Mina. Gadis yang dipanggilnya Hina tertawa sinis.
"Well, aku memang tidak berminat dengan Yuta. Tapi aku tidak suka kalau kau minat dengan Yuta. Nak tahu kenapa? "Hina mendekatkan wajahnya dengan wajah Mina dan itu membuatkan Mina menjauhkan wajahnya dari Hina.
Yuto yang ternampak hanya mampu ternganga. "Sebab Yuta dah berpunya dan jangan jadi orang ketiga. "Ujar Hina, dia berjalan menuju tempat duduknya yang berada di belakang kelas. Dia duduk sendirian di belakang itu.
Dia sudah biasa dan tak kisah kalau dia sendirian.
~
"Masuk. "Arah satu suara di dalam office. Yuta memulas tombol pintu dan masuk ke dalam office.
Mulutnya ternganga apabila dia melihat seorang lelaki yang sangat dia kenal.
"Papa?!? Apa yang kamu buat kat sini?!? "Tanya Yuta. En. Kris berdehem.
"Nakamoto Yuta, sila duduk. "Ujar En. Kris. Yuta menutup mulutnya, dia duduk disebelah En. Nakamoto.
"Tujuan saya memanggil kamu ke sini kerana saya hendak memberitahu papa kamu tentang result kamu yang semakin merosot. "Ujar En. Kris. Yuta menelan air liurnya. Dia dapat merasakan ayahnya memandangnya dengan pandangan tajam.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...