Yuta dan Hansol baru sahaja balik dari kolej Nct. Sekarang mereka menuju ke apartment. Langkah Hansol terhenti apabila dia ternampak ada high heels depan pintu apartmennya. Yuta yang perasan Hansol menghentikan langkah pun ikut berhenti.
Dia berasa hairan, dia memandang anak mata Hansol dan perasan Hansol memandang sesuatu, lalu dia pun mengikut arah mata Hansol.
Oh, ternyata dia melihat high heels depan pintu apartmen. Tapi siapa punya high heels itu?
"Siapa punya kasut tinggi tu? "Tanya Yuta, Hansol memandangnya sekilas. Tanpa membuang masa dia pun masuk ke dalam apartmen.
"Oh, kamu dah balik. "Sapa seorang wanita yang lingkungan 40. Dia sedang duduk di atas kerusi yang menghadap katil Hansol. Memandang kan bilik Hansol tak ada ruang tamu.
Sebenarnya bilik Hansol ada ruang tamu, cuma dia pindahkan katil ke ruang tamu. Television pun dia tak ada sebab dia jarang tengok tv. Dia buatkan ruang tamu tu seperti bilik tidur dan bilik belajar.
Bilik tidur jadi bilik tetamu la.
"Mama? "Wanita itu tersenyum memandang Hansol, dia bangkit dari tempat duduknya dan memeluk anak lelakinya. Yuta yang berdiri sebelah Hansol hanya memandang mereka hairan.
Mrs. Ji perasan dengan kehadiran Yuta pun meleraikan dakapan mereka. Matanya terus memandang tajam ke arah Yuta. Seolah olah Yuta telah melakukan dosa yang besar pada dirinya.
"Kamu siapa? "Tanya Mrs. Ji. Hansol mendengus perlahan, dia paling tidak suka dengan sikap protective ibunya. Hansol menarik lengan Yuta agar Yuta mendekat dengan Hansol.
"Ni Nakamoto Yuta, housemate aku. "Ujar Hansol kepada Mrs. Ji. Mr. Ji menatap Yuta tajam sambil mengangguk kepala. Dia beralih memandang Hansol dengan tatapan lembut. "Maaf sayang sebab eomma datang tiba tiba. Sebenarnya eomma datang ni nak bincang sesuatu dengan Hansol. "Ujar Mrs. Ji.
Hansol mengangkat alisnya. Mesti ada sesuatu. Mrs. Ji membawa Hansol ke dapur dan mereka pun duduk di atas kerusi dapur. Yuta hanya memandang mereka. Jauh di sudut hatinya dia merasakan sesuatu berita yang tidak bagus bakal di sampaikan oleh ibu Hansol.
Yuta mendengus perlahan lalu dia pun menutup pintu apartmen.
🐈
Yuta sedang melihat bulan penuh di beranda. Fikirannya melayang. Dia sudah agak semua ini akan berlaku. Dia tahu berita yang ibu Hansol sampaikan.
"Sayang? "Yuta menoleh ke belakang. Kelihatan Hansol mendekatinya dari belakang dan memeluknya dari belakang. Hansol membenamkan wajahnya pada bahu Yuta.
"Eomma kau dah balik? "Tanya Yuta. Dia dapat merasakan Hansol mengangguk kepala. Dia mendengus perlahan. Tangannya memegang tangan Hansol yang melingkar pada pinggangnya.
"Jom masuk, sejuk kat luar. "Ujar Hansol. Dia mengangkat wajahnya, dia memusingkan badan Yuta agar Yuta berdiri menghadapnya. Dia terkejut apabila air mata Yuta mula bertakung.
Lantas dia menangkup kedua dua pipi Yuta. "Sayang, kenapa ni? "Tanya Hansol. Yuta cuba untuk tersenyum tetapi akhirnya dia tersenyum dalam tangisan. "A-aku ok.. Percayalah. "Ujar Yuta dalam sebak. Hansol mengerut dahi.
"Sayang cuba bagitau apa yang buat sayang menangis ni? "Tanya Hansol. Yuta hanya tersenyum memandang Hansol sambil menggeleng kepala, air matanya berterusan mengalir pada pipinya.
"Semestinya kau ikut cakap eomma kau kan. "Ujar Yuta. Hansol dapat tangkap apa yang Yuta cuba sampaikan. Mesti Yuta dengar perbualan dia dan eomma dia. Hansol mendengus perlahan. Dia mengesat air mata Yuta dengan ibu jarinya.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...