"Hansol... Aku rasa aku dah bosan dengan makanan kucing. "Ujar Yuta, dia sedang baring di atas katil, memandang Hansol yang sedang belajar di meja belajar.
"Dah tu kau nak makan apa? "Tanya Hansol tanpa memandangnya. Yuta memposisikan dirinya meniarap. "Kalau boleh aku nak cuba makanan lain. Aku bukannya kucing betul pun nak makan makanan kucing ni. "Ujar Yuta. Hansol memusingkan kerusinya dan menghadap Yuta.
"Kalau kau tak makan makanan kucing, kau tidak akan jadi manusia kembali. "Ujar Hansol. Yuta memanyunkan bibirnya. Dia membenamkan wajahnya pada tilam.
"Mungkin kau kena makan ikan untuk kau kekal jadi manusia. "Yuta mengangkat kepalanya. Hansol hanya memandangnya. Tatapan mata mereka bertemu dan itu membuatkan Yuta merona merah. Lantas dia memandang ke arah lain.
Hansol hanya tersenyum sinis melihat Yuta. Dia suka dengan wajah Yuta yang merona merah. Lantas dia bangkit dari tempat duduknya dan duduk di sebelah Yuta.
Yuta merasakan tempat di sebelahnya ada penghuni. Dia pun menoleh ke sisi. Alangkah terkejutnya apabila dia bertemu dengan wajah Hansol.
Sangat dekat dengan wajah dirinya. Tatapan mata mereka bertemu. Anak mata Hansol menatap tajam anak mata Yuta. Tiba tiba Yuta merasakan satu perasaan yang pelik dalam dirinya.
Sudah lama dia tidak merasakan perasaan ni setelah kekasih lamanya meninggalkannya dulu. Tiba tiba tangan Hansol memegang pipi Yuta. Dengan perlahan pipi Yuta merona merah.
"Pergi tukar pakaian sekarang, kita pergi supermarket beli ikan untuk kau. "Ujar Hansol.
Belum sempat Yuta menjawab, sesuatu yang terjadi dengan Yuta.
POP!
Hansol menutup mulutnya dan ketawa secara senyap. Yuta berasa geram. Apa yang berlaku?
"Aku tak sangka dapat jumpa manusia yang ada empat telinga. HAHAHHAHA"akhirnya Hansol pun ketawa. Yuta mendengus perlahan, nampaknya tidak lama lagi dia bakal berubah menjadi kucing.
Terdapat dua telinga kucing di atas kepalanya. Itu tandanya dia dah nak jadi kucing. Yuta pun turun dari katil dan menuju dapur untuk mencari makanan kucing.
Hansol menggeleng kepala melihat Yuta. Tiba tiba...
"MEOW!!!! "Hansol sekali lagi menggeleng kepala, dia dah agak dah yang Yuta akab jadi kucing sebelum dia sempat makan makanan kucing. Hansol pun bangun dari katil dan menuju dapur.
"Coming... "
~
"Hmm... Beli ikan ni ke? "Tanya Yuta kepada Hansol. Kelihatan dia sedang memeganh seekor ikan dan ditayangkannya kepada Hansol.
Hansol mengangguk kepala. "Tengok harga dulu. Nanti habis duit aku sebab beli makanan kau. "Ujar Hansol. Yuta mencebik dan dia meletakkan seekor ikan ke dalam troli.
Hansol menolak troli dan mengikut Yuta ke mana sahaja. Dah macam pasangan dah berkahwin pula mereka.
Kahkahkah...
Tanpa mereka sedar, seorang kanak kanak ternampak mereka. Budak itu ternampak ada sesuatu di bawah baju hoodie Yuta. Matanya bersinar dan mendekati Yuta..
Yuta terkejut apabila seseorang memegang ekornya. Lantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan seorang budak sedang memain ekornya.
Yuta merampas ekornya dari budak itu. 'Kenapalah sekarang aku nak berubah jadi kucing. Nasib belum lagi berubah sepenuhnya'desis hati Yuta.
Disebabkan Yuta menarik ekornya dengan kasar, budak itu mula merengek dan menghentakkan kakinya. "WARGHHH!!! AKU NAK EKOR TU!! "jerit budak itu. Lantas Hansol dan Yuta menutup telinga mereka.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...