"Aku nak jumpa Cikgu Lay. "Ujar Yuta, dia bangkit dari katil. Hansol mengerut dahi, dia sedang belajar di meja belajar.
"Kenapa pula? "Tanya Hansol. Yuta menuju rak kasut. Dia mengambil sepasang kasut lalu dipakainya. "Aku nak minta tolong Cikgu Lay, dia mungkin boleh tolong. "Ujar Yuta.
Hansol bangkit dari tempat duduknya dan berdiri menghadap Yuta. "Kau yakin Cikgu Lay dapat tolong kau? Jangan jangan dia bocorkan rahsia kau pula. "Ujar Hansol.
Yuta memutarkan bola matanya. "Cikgu Lay rapat dengan aku, dia uncle aku. "Ujar Yuta. Hansol mengerut dahi, kenapa dia baru sekarang tahu? Ala.. Kau ni Hansol, kenapa tak selidik lebih lanjut lagi latar belakang Yuta.
"Aku ikut kau. "Ujar Hansol. Kali ini Yuta yang mengerut dahi. "Kenapa pula? "Tanya Yuta.
"Luar bahaya dan kau bila bila masa boleh jadi kucing. "Ujar Hansol. Yuta tertawa terbahak bahak. Dia menepuk bahu Hansol berkali kali. "Nak cakap kau bodoh, tak pula sebab selalu dapat no satu dalam ujian. "Ujar Yuta sambil mengesat air matanya akibat ketawa.
"Sayang, Hina pernah bagi aku rantai ni. Kalau bead ni dipusing, aku jadi kucing. Aku dapat control kuasa aku dah. "Ujar Yuta. Hansol mendengus perlahan.
Dasar uke tidak peka.
Hansol perasan yang Mina cuba mendekatinya. Hansol tidak suka dengan semua itu. Yuta hanya miliknya.
Hansol menggeleng kepala. "Tak kira juga, aku kena ikut kau. "Ujar Hansol. Yuta mengeluh.
"Tak payah. "Ujar Yuta, dia hendak memegang knob pintu tetapi Hansol menahannya. Hansol memusingkan badan Yuta dan menghimpit Yuta pada pintu. Hal itu membuatkan Yuta terkejut dengan kelakuan Hansol.
Hansol menatap tajam anak matanya. Yuta merasakan jantungnya berdegup dengan kencang apabila tatapan tajam itu menatap anak matanya. Hansol mendekatkan wajahnya dengan Yuta dan itu menbuatkan Yuta memejamkan matanya.
Hansol berhenti, hujung hidung mereka bersentuhan. "Aku nak ikut juga. "Bisik Hansol, dia mengucup bibir Yuta sekilas. Pipi Yuta memerah, dia mengangguk kepala dengan perlahan.
Hansol tersenyum dan mereka pun keluar.
🐈
"Jadi macam tu cerita nya. "Ujar Cikgu Lay, dia mengusap dagunya. Dia beralih memandang Yuta. "Kelas apa masa tu? "Tanya Lay dalam bahasa Jepun.
"Ntahlah tak ingat. "Ujar Yuta dalam bahasa Jepun juga. Hansol yang mendengar mereka berbicara dalam bahasa Jepun hanya mampu mengerut dahi.
Kini Lay beralih pada Hansol. "Apa kelas terakhir masa tu, hari kau jumpa Yuta jadi kucing? "Tanya Lay dalam bahasa korea pula. Hansol memandang ke atas. Cuba mengingati kembali kejadian itu.
"Kelas kimia. "Ujar Hansol. Lay terdiam, dia mula terfikir. Dia beralih pada Yuta pula. "Kau ada minum cecair apa apa tak dalam makmal? "Tanya Lay dalam bahasa Jepun pula.
Yuta menggaru mukanya yang gatal sebab nyamuk baru sahaja mengigit pipinya. "Ada, aku minum air. "Ujar Yuta. Hansol mengangkat kepala kerana Yuta berbicara dalam bahasa korea menjawab pertanyaan Lay.
"Aku rasa kau tersalah minum. Air tu untuk experiment kita masa tu. Kau kenapa minum tu, kang dah jadi kucing. "Ujar Hansol, dia menggaru kepala. Yuta tersenyum kekok manakala Lay pula menggeleng kepala.
"Bahaya kau ni, kalau terminum bahan kimia yang lain, kang kau mati katak situ. "Ujar Lay. Dia bangkit dari tempat duduknya dan menuju rak buku.
Dia mencari buku untuk membuatkan Yuta menjadi manusia selamanya dan tidak bertukar kepada kucing lagi.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...