Warn!
18+,if rasa bawah umur jangan baca yer.. Takut kau horny. HAHAHA... Kk, joke je. Aku bagi warn je, kalau tak suka jgn baca, kalau kau x suka tapi still baca dan bagi komen toxic, aku hack acc kau. Tahulah apa aku bt ngn acc kau. Sekian🐈
Hina mengetuk pintu apartment Hansol dan Yuta. Disebelahnya ialah sangkar haiwan dan di dalam sangkar tersebut ialah seekor kucing.
Tidak mengambil masa yang lama, pintu pun terbuka. Muncul Hansol dengan rambut serabai. Dia menggosok matanya.
"Oh, hi Hina. Kenapa datang pagi pagi ni? "Tanya Hansol sambil menguap. Hina tersenyum memandangnya. "Ni hah, aku nak kau dan Yuta jaga si Jojie ni. "Ujar Hina. Hansol mengerut dahi.
"Jojie? "Tanya Hansol, matanya terpandang ada sangkar kucing. Matanya terus bersinar apabila nampak seekor kucing yang berwarna coklat berada di dalam sangkar.
"Boleh, aku boleh tolong jagakan. "Ujar Hansol, dia mengangkat sangkar kucing itu. Hina tertawa melihat Hansol. Dia dah agak yang Hansol memang suka kucing. Jadi dia berikan kepercayaan pada Hansol untuk jaga kucing itu.
"Aku tahu kau suka kucing. Sebab tu aku nak kau jaga dia. "Ujar Hina. Hansol tersenyum melihat kucing yang berada di dalam sangkar. Dia beralih memandang Hina. "Sebenarnya kau nak pergi mana? "Tanya Hansol.
"Oh, aku balik kampung. Tolong jaga Jojie selama seminggu ni ek. Nanti aku beli hadiah untuk korang masa aku balik dari Jepun. "Ujar Hina.
"Untuk aku je ok, Yuta tak payah. Dia dah biasa dengan barangan Jepun. "Bisik Hansol pada Hina. Hina hanya tertawa. Setelah itu, dia mengucapkan selamat tinggal untuk Hansol dan Jojie.
Hansol membawa Jojie masuk ke dalam bilik. Dia membuka sangkar itu dan kucing itu pun keluar dari sangkar. "Hi Jojie. "Sapa Hansol. Kucing itu hanya memandangnya. Setelah itu Jojie membaringkan diri dan menayangkan perutnya.
"Aw... Comel"Hansol mengusap perut Jojie, Jojie mengeluarkan bunyi khas seekor kucing. Kelihatan Jojie suka dengan Hansol, buktinya dia menggeselkan kepalanya pada lengan Hansol.
"Comel"ujar Hansol.
"Kucing siapa tu? "Hansol mendongak, kelihatan Yuta dengan rambut serabainya. Dia sedang duduk di atas katil. Yuta nenguap kerana dia baru sahaja bangun dari tidur.
"Kucing Hina. Comel kan. "Ujar Hansol sambil mengusap perut Jojie. Jojie mengeluarkan lidahnya tanda dia selesa dengan Hansol. Yuta merasakan dirinya jeles apabila dia melihat Hansol begitu suka dengan kucing itu.
"Aku lagi comel. "Ujar Yuta dengan suara perlahan supaya Hansol tidak dengar. Dia pun bangkit dari tempat tidur dan menuju dapur.
🐈
"Nah Jojie. "Hansol meletakkan semangkuk kecil makanan kucing di atas lantai untul Jojie. Jojie berlari ke arah mangkuk itu dan makan dengan lahap. Hansol hanya tersenyum melihat Jojie. Dia mengusap kepala Jojie dengan lembut.
Tidak jauh dari situ, kelihatan seseorang sedang dilanda rasa cemburu.
Yuta.
Dia sekarang dalam bentuk seekor kucing. Dia sedang duduk di atas palang yang ada di beranda apartment itu. "Berlagak, mentang mentanglah dia kucing betul dan aku kucing jadian. "Ujar Yuta sambil menggorek hidungnya.
"Ach! Sakit. "Yuta menggosok hidungnya kerana kuku kucing dia terkena pada lubang hidungnya.
"Yuta turun dari palang tu. "Ujar Hansol, dia memandang Yuta dengan bercekak pinggang. Yuta mengangkat alis. "Tak nak. "Yuta memandang ke arah lain.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...