"Terima kasih sebab dah tolong jagakan Jojie ya. "Hina tersenyum manis memandang Hansol, dia mengusap bulu Jojie dengan lembut dan itu membuatkan si comel menguap. Dia berasa selesa dengan usapan lembut yang diberi oleh tuannya.
"Itu tiada masalah. "Ucap Hansol. Hina meminta diri untuk balik ke biliknya. Hansol hanya mengangguk kepala dan menutup pintu biliknya. Senyuman mula terbit apabila dia ternampak Yuta sedang tidur nyenyak di atas katil.
Dalam masa yang sama, dia mendengus dengan perlahan. Mana tak. Yuta tidur dengan posisi tertonggeng.
Kau rasa?
Dia menggeleng kepala. Kadang dia terfikir juga bagaimana dia boleh terpikat dengan budak acah acah pembuli tetapi sebenarnya hati tu ada taman
Bab gaduh ngan pelajar dari Bts kolej tu, ingat dia boleh handle rupanya dia cabut lari lepas buat masalah dengan budak dari kolej Bts.
"Kek cheese tu aku punya... Jangan ambik Raksasa Rap. "Hansol mengangkat alisnya, dia terdengar Yuta mengigau. Mengigau pasal kek cheese pula tu.
Dan siapa Raksasa Rap? Oh, Rap Monster.
Hansol duduk di birai katil. Dia menggoncang bahu Yuta dengan perlahan berharap Yuta bangun. Namun tidak berjaya, Yuta menarik selimutnya hingga menutup seluruh badannya.
"Budak ni. "Ujar Hansol. Dia mengetuk dagunya, berfikir hendak membangunkan Yuta.
Satu idea gila muncul dalam mindanya. Senyuman sinis mula menghiasi wajahnya. Dia menarik selimut dan terexposed wajah Yuta. Matanya meliar mencari keberadaan rantai Yuta.
Senyuman jahat semakin lebar apabila dia menemui rantai Yuta, dia memusingkan bead yang ada pada rantai dan dalam sekelip mata Yuta bertukar menjadi kucing.
"Siap kau. "Ujar Hansol, dia mengangkat tubuh Yuta dan dibawanya ke bilik air. Dengan perlahan dia meletakkan Yuta yang tidur nyenyak di dalam tab mandi. Dalam tab tersebut tiada air.
Yuta masih tidak bangun, dia lagi sedap tidur di dalam tab mandi. "Siap kau lepas ni. Kau akan menjerit. "Ujar Hansol, dia memutarkan pili paip shower dan keluar air sejuk dari shower.
Air sejuk tersebut terkena pada pada badan Yuta dan dalam hitungan satu
Dua
Tiga..
"MEOWWWWWWW!!!!!! "
"PADAN MUKA!! HAHAHHAHA"
🐈
Yuta menyimpan barangnya di dalam loker. Dengan perasaan sisa sisa kemarahannya, dia menutup lokernya dengan kasar. Dia masih sakit hati dengan Hansol.
Ada ke patut dia buat aku macam tu?!? Memang nak nahas dia ni. Desis hati Yuta.
"Hi senpai! "Yuta menoleh ke belakang. Kelihatan seorang gadis tersenyum manis memandangnya. Dia seperti pernah melihat gadis itu tetapi di mana ya.
Dia sendiri tidak ingat.
"Maaf, aku kenal kau ke? "Tanya Yuta, gadis itu tertawa kecil. Dia masih tersenyum memandang Yuta dan itu membuatkan Yuta berasa tidak selesa dengan gadis itu.
Senyuman gadis itu mengingatkan dia pada entity 303. 24 jam senyum tapi nampak creepy. (Kalau kau peminat game Minecraft, mesti kau kenal entity 303)
"Takkan kau tak kenal. Aku Myoui Mina. Kita sama kelas la. "Ujar gadis itu dengan mengelarkan dirinya sebagai Mina. Yuta mengangkat alisnya.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...