Yuta terbangun kerana perutnya berkeroncong minta diisi. Dia memposisikan dirinya duduk. Matanya memandang sekeliling dan ternampak Hansol baru sahaja selesai mandi.
Tuala melilit pada pinggang Hansol dan dadanya terdedah. Mata Yuta membulat melihat tubuh Hansol yang ideal type. Lantas Yuta memandang ke arah lain.
Pipinya memerah. "Adoiii... "Bisik Yuta kepada dirinya.
"Oh, kau dah bangun? "Yuta merasakan seseorang melabuhkan punggungnya di sebelah Yuta. Kerana Yuta lapar, dia pun berubah menjadi kucing.
"MEOWWW!!! "Hansol menutup mulutnya menahan ketawa. Yuta mencebik, dia melipatkan tangannya pada dada. Pada pandangan Hansol, ianya sungguh comel.
Hansol mengangkat tubuh Yuta dan wajah Yuta. "Lapar ek"Yuta membuat muka comel sambil mengangguk kepala. Hansol tertawa, dia meletakkan Yuta di atas katil dan bingkas bangun lalu menuju dapur.
Tidak sampai beberapa saat, Hansol kembali dengan makanan kucing. Yuta mendengus perlahan apabila Hansol memberinya makanan kucing. Dia menolak pinggan kucing yang penuh dengan makanan kucing.
Hansol mengerut dahi. Yuta menggeleng kepala tanda dia tidak mahu makan makanan kucing. "Dah tu kau nak makan apa? "Tanya Hansol.
Yuta mengetuk dagunya. Setelah itu dia berlakon menjadi ikan. Ibarat ikan terdampar di atas tanah. Mulanya Hansol mengerut dahi dan langsung tidak faham.
Tetapi dia faham setelah Yuta melemparkan bantal bentuk ikan ke arah Hansol. Yuta mengusap perut tanda dia nak makan ikan itu.
"Baiklah, aku pergi pakai pakaian dulu. Kau tunggu kat dapur. "Ujar Hansol. Yuta terjun dari katil dan berlari ke arah dapur. Hansol hanya menggeleng kepala melihat gelagat Yuta.
~
"Sedap! "Ucap Yuta kepada Hansol sambio thumb up. Hansol hanya tersenyum memandang Yuta, dia mendekatkan dirinya dengan Yuta dan mengesat sudut bibir Yuta yang ada butiran nasi.
Sebenarny Yuta dah berubah jadi manusia kembali dan dia hanya menggunakan tuala sahaja. Tuala tersebut melilit pada pinggangnya.
Sexy huh?
Sorry he is taken, dia kepunyaan Hansol...
Pipi Yuta memerah apabila dia merasakan nafas Hansol menyapu pipinya. Hansol tersenyum memandang Yuta, dia mencubit pipi Yuta dan kembali ke tempatnya.
"Lepas ni kita tidur ok. Esok kita ada kelas. Jadi kena tidur awal. "Ujar Hansol. Yuta hanya mengangguk kepala. Dia pun menghabiskan makanannya.
Setelah itu, Yuta pun menghempaskan dirinya di atas katil sebba Hansol yang suruh. Hansol bersihkan dapur dan cuci pinggan mereka.
Sedang Yuta leka memain telefon, telefonnya dirampas oleh seseorang. Lantas dia mendongak dan Hansol tersenyum memandangnya.
"Apa ni? Aku nak main game la. "Ujar Yuta. Hansol menggeleng kepala. Dia membaringkan dirinya disebelah Yuta.
Dia menarik pinggang Yuta agar Yuta mendekat dengannya. "Tidur sayang. "Bisik Hansol pada telinga Yuta pipi Yuta memerah apabila Hansol berkata demikian.
Tetapi dalam dia tersenyum bahagia. Akhirnya mereka pun tidur sambil berpelukan.
~
"Nakamura Hina, Nakamoto Yuta dan Ji Hansol. Kamu bertiga dalam satu group untuk projek geography. "Ujar Mr. Do kepada mereka bertiga.Mereka bertiga hanya mengangguk kepala. Setelah itu, kelas pun tamat. Sedang Hansol dan Yuta hendak keluar dari kelas, Hina memanggil nama mereka berdua.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...