Cat 13

272 27 4
                                    

Hari demi hari, Pn. Ji selalu sahaja membawa perempuan untuk dijadikan sebagai isteri Hansol namun semua itu ditolak Hansol.

Hansol tidak suka dengan kegiatan ibunya. Yuta yang berada di dalam rumah itu hanya memandang kegiatan anak dan ibu.

Kadang kala perempuan yang dibawa oleh Pn. Ji itu menggoda Yuta dan itu membuatkan Yuta terpaksa menjadi kucing untuk menjauhi perempuan.

Kadang kala Yuta bersembunyi bawah katil sebab ada wanita yang gila kucing.

"Cukup eomma! "Kali ini Hansol tidak tahan dengan perasan ibunya. Pn. Ji mengerut dahi, dia dan Hansol berada di dapur. Dia sedang rancak menceritakan pasal gadis yang dia jumpa di luar.

"Apa maksud kamu cukup? Kamu tu makin tua, perlu kahwin. "Ujar Pn. Ji. Hansol memicit batang hidung.

"Eomma, Hansol tak suka dengan kerja jodoh ni. Hansol boleh cari sendiri siapa yang Hansol suka. "Ujar Hansol. Pn. Ji menggeleng kepala. Dia masih nak mencari jodoh untuk Hansol.

"Tidak, kalau tunggu kamu sampai tua kerepot eomma belum tentu lagi kamu bawa girlfriend. "Ujar Pn. Ji

"Eomma tolonglah. "

"Tidak Hansol, eomma mesti cari jodoh kamu. "

"SUDAH! "Pn. Ji menatap wajah anak tunggalnya. Hansol menatapnya dengan tatapan marah. Wajahnya memerah, dia sudah bersabar dengan ibunya dan kesabaran dia sudah mencapai limit.

"Eomma bukan Tuhan, lagipun Tuhan tidak menentukan jodoh kita dalam agama kita. Jodoh kita boleh datang sendiri, kalau orang itu setia dengan kita dan takkan tinggalkan kita sampai bila bila bermaksud orang itu jodoh kau. Tapi mama nak cari jodoh Hansol kenapa? Hansol tak suka, Hansol tak suka dengan kerja perjodohan ni eomma. Semuanya dah ketinggalan, apa eomma masih tinggal di gua? "Ujar Hansol panjang lebar dan sekali gus berjaya membuat Pn. Ji bungkam.

"Hansol dah besar dan Hansol tahu apa yang Hansol buat. "Ujar Hansol lagi. Pn. Ji masih terdiam, dia betul betul bungkam. Dia meraih beg tangannya lalu keluar dari apartment Hansol.

Yuta yang dari tadi menonton drama ibu dan anak itu menghirup tehnya. "Sampai hati kau tinggikan suara kau pada eomma kau. "Ujar Yuta sambip menghirup tehnya. Hansol mendengus perlahan lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi.

Dia memicit dahinya, pening kepala dia dengan eommanya. "Eomma sangat menjengkelkan. "Ujar Hansol. Yuta menggeleng kepalanya, dia meletakkan gelasnya di dalam singki.

"Biar aku bagitau eomma kau perkara sebenar kenapa kau tak nak dijodoh. "Ujar Yuta. Mendengar Yuta berkata begitu membuatkan Hansol memegang lengan Yuta.

"Yuta jangan. "Yuta berdiri menghadap Hansol yang sedang duduk. Hansol memposisikan dirinya berdiri dan menghadap Yuta.

"Kenapa? "Tanya Yuta. Hansol mendengus perlahan.

"Kita berdua lelaki, apa reaction dia nanti bila dia tahu kita couple. "Ujar Hansol. Yuta tersenyum memandang Hansol, dia menyentuh pipi kanan Hansol. "Kalau eomma kau sangat sayangkan kau, mesti dia terima kau seadanya kan. "Ujar Yuta, dia mengusap pipi Hansol dengan lembut.

Hansol terdiam, dengan perlahan dia mengangguk kepala. "Sekarang aku nak jumpa eomma kau. Bye sayang." Yuta mengucup pipi Hansol dan melangkah pergi. Hansol hanya tersenyum sambil memegang pipinya yang dicium oleh Yuta.

🐈

Yuta ternampak Pn. Ji sedang menuju keretanya yang berada di tempat kereta. Tanpa Pn. Ji sedar, seorang lelaki berlari ke arahnya lalu meragut beg tangannya.

Cat {√}Where stories live. Discover now