Cat 3

366 39 20
                                    

"Aku hantar kau balik. "Ujar Hansol apabila Yuta mendekati pintu. Dia mengerut dahi. Yuta sudah bertukar menjadi manusia kembali setelah dia memakan makanan kucing.

"Kenapa? "Tanya Yuta apabila Hansol berdiri mendekatinya. Dia menyimpan kedua dua tangannya di dalam poket seluar.

"Nanti kau jadi kucing balik macam mana? Kau ni cepat lapar tau. "Ujar Hansol. Yuta tersenyum sinis memandang Hansol. Dia menayangkan sepeket besar makanan kucing yang berjenama Peaceful cat's food pada Hansol.

"Aku tak kisah. Aku tetap hantar kau balik. Kau balik seorang diri tidak selamat. "Ujar Hansol. Yuta menyilangkan tangannya pada dada. "Aku boleh balik sendiri. Aku tidak selamat kalau kau yang ikut aku balik. "Ujar Yuta. Hansol terdiam.

Yuta tersenyum kemenangan tetapi hanya seketika kerana Hansol menarik lengannya dan membawanya keluar. Yuta semestinya hairan.

Hansol mengunci pintu apartment. Dia berdiri menghadap Yuta. "Aku hantar kau balik. "Ujar Hansol.

"Kenapa kau degil?! Aku boleh balik sendiri. "Ujar Yuta sambil memeluk sepeket makanan kucing. Sedang mereka rancak berbalahan, seorang perempuan memerhatikan kegiatan mereka.

Hina.

Itulah nama dia, dia merupakan classmate Hansol dan Yuta. Hina merupakan pelajar second top dalam kelas. Dia mengerut dahi apabila dia melihat Yuta dan Hansol bersama.

"Sejak bila mereka bersama? "Tanyanya kepada dirinya sambil menolak bingkai cermin mata oada batang hidungnya.

"Ataupun diorang couple sembunyi. Oh my goat!!! Takkan la.."ujar Hina sambil menutup mulutnya.

"Tapi kalau mereka couple, aku ship mereka. Hehehe.. HanTa couple. "Ujar Hina lalu pergi.

Setelah puas berbalahan, Yuta mengalah. Dia membenarkan Hansol menghantarnya balik ke rumah.

"Sekarang kau balik. "Ujar Yuta kepada Hansol sebaik sahaja mereka berada depan gate rumah Yuta. Hansol hanya mengangguk kepala.

Yuta masuk ke dalam kawasan rumahnya. Sebelum dia masuk, dia menjelirkan lidah pada Hansol. Hansol hanya mendengus kecil lalu pergi.

~

"Baru sekarang kamu balik. "Ujar Mr. Nakamoto apabila Yuta masuk ke dalam rumah secara senyap. Langkah Yuta terhenti. Dia memandang ke arah suara tersebut. Kelihatan Mr. Nakamoto sedang membaca surat khabar.

"Ehe.. Bila papa balik? Bukankah lama lagi papa kat tempat tu. "Ujar Yuta sambil menyembunyikan sepeket makanan kucing di belakangnya.

"Papa balik semalam. Kamu pergi mana tadi? "Tanya Mr. Nakamoto. Dia memandang sekilas ke arah Yuta. Yuta tersenyum kambing memandangnya.

"Er... Aku balik dari rumah kawan. Hehe. "Ujar Yuta sambil menggaru kepalanya. Mr. Nakamoto mengangkat alis memandang Yuta.

"Mr. Huang bagitau papa yang kamu tidak hadir ke kuliah beberapa hari ini. Kamu betul betul nak papa hantar kamu ke Kolej BTS? "Ujar Mr. Nakamoto. Yuta menelan air liurnya.

Dia tidak mahu berpindah ke Kolej BTS. Dia banyak musuh dekat KBTS. "Papa, aku busy beberapa hari ini. Buat assignment dengan kawan. Bukan sengaja tidak datang. "Ujar Yuta.

Mr. Nakamoto hanya mendengus kecil. "Yela.. "Yuta tersenyum, dia pun berlari naik ke tingkat atas.

Setelah itu, dia menjalani hidupnya seperti biasa cuma kalau dia lapar, dia akan berubah jadi kucing.

Itu menyebabkan dia membeli makanan kucing secara diam supaya dia berubah jadi manusia.

Hanya dengan memakan makanan kucing yanh berjenama Peaceful Cat's Food, dia akan kembali jadi manusia.

Yuta tahu, papa dia tidak suka dengan kucing. Kalau papa dia tahu yang ada kucing dalam rumah. Habislah dia.

~

"Yuta!!! Turun sarapan dah siap! "Laung Mr. Nakamoto dari tingkat bawah. Namun si empunya nama tidak menyahut. Mr. Nakamoto hairan, dia pun naik ke tingkat atas untuk mencari Yuta.

Mr. Nakamoto mendekati pintu bilik Yuta. Kelihatan pintu bilik Yuta terbuka sedikit dan dia dapat melihat sesuatu di dalam bilik itu.

Sesuatu yang berbulu dan kelihatan comel. Ia seperti kucing sedang bermain telefon Yuta di atas katil. Mata Mr. Nakamoto membulat.

Dia menutup pintu bilik lalu turun ke tingkat bawah. "Yuta!! Mana kamu!! Kenapa ada kucing dalam bilik kamu? Kamu tahu kan papa tidak suka ada binatang dalam rumah! "Laung Mr. Nakamoto. Dia mencari keberadaan Yuta di dalam rumah kecuali bilik Yuta.

"Mana budak ni. Menghilang lagi. "Ujar Mr. Nakamoto sambil bercekak pinggang.

"Papa, itu kucing liar tadi. Aku dah halau dia. "Ujar Yuta dari tingkat atas. Lantas Mr. Nakamoto naik ke tingkat atas dan menuju bilik Yuta.

Dia masuk ke dalam bilik Yuta dan hanya menemui Yuta tersenyum sambil berdiri disisi tingkap.

"Tak ada kucing la papa. Yuta dah halau dia tadi. "Ujar Yuta. Mr. Nakamoto memandang sekeliling bilik. Tiba tiba satu kotak yang mengandungi sesuatu menarik perhatian dia.

Mr. Nakamoto mencepetkan matanya. Setelah itu matanya membulat apabila dia mengetahui benda dalam kotak itu ialah makanan kucing.

"NAKAMOTO YUTA!!! EXPLAIN THIS!! "ujar Mr. Nakamoto sambil menunding jarinya pada sekotak makanan kucing yang berada di bawah meja belajarnya. Mata Yuta membulat apabila dia ternampak makanan kucing itu.

"Alamak. "Ujar Yuta dengan suara perlahan. "Papa, biar aku explain. "Ujar Yuta.

"Nak explain yang kamu bela kucing? Yuta tahu kan papa sangat tidak suka dengan kucing. "Ujar Mr. Nakamoto.

Yuta mengusap wajahnya. Dia cuba untuk memberitahu hal sebenar tetapi Mr. Nakamoto sudah mencelahnya.

"Pack semua barang kamu dan keluar dari rumah ni. "Ujar Mr. Nakamoto. Mata Yuta membesar.

"WHAT?!? Takkan sebab ni je papa nak Yuta keluar dari rumah n!?! "

"Keluar"

"Tapi... "

"Keluar NAKAMOTO YUTA!!!! "

"Okok, aku keluar. "Ujar Yuta. Dia mengemas semua barangnya. Dia mendengus, papanya meroyan hanya disebabkan kucing.

"Setelah kamu keluar jangan datang kembali. "Ujar Mr. Nakamoto. Yuta mengusap wajahnya. Setelah semua selesai, Yuta pun keluar dari rumah tersebut.

Mr. Nakamoto terus menelefon maid rumah untuk mencuci rumah.
"Pastikan tiada tinggal satu bulu kucing pun. "Ujar Mr. Nakamoto.

"Baik tuan. "

~
Hansol terbangun dari tidurnya apabila dia terdengar ada orang mengetuk pintunya. Hansol menggosok matanya dan bangkit dari tempat tidurnya.

Dia menuju pintu apartmen, tangannya memulas tombol pintu dan pintu pun terbuka.

Hansol mengedipkan matanya berkali kali apabila dia melihat seseorang depannya.

"Aku nak jadi roommate kau boleh? "Tanya Yuta.

"Kenapa? "Tanya Hansol. Yuta terus memeluk kakinya. Dan membuat muka menangis. "Papa aku halau aku dari rumah hanya disebabkan kucing je?!??! "Ujar Yuta sambil pura pura menangis.

"Oh... Dah jangan nak berdrama. Bangun"ujar Hansol. Yuta pun memposisikan dirinya berdiri. Dia tersenyum memandang Hansol.

Tiba tiba satu bunyi yang dihasilkan oleh perut Yuta . Mereka saling berpandangan. "Aku lapar. "Ujar Yuta.

Hansol menepuk dahinya. Tidak sampai beberapa saat, Yuta berubah menjadi kucing.

"Meow.. "Ujar Yuta. Hansol terkekeh dan membawa bagasi Yuta masuk ke dalam apartmennya. Yuta pun mengikut dari belakang.

"Kau tunggu, aku buat makanan untuk kau. "Ujar Hansol lalu menuju dapur.

"Meow. "Ujar Yuta lalu melompat atas katil Hansol.

To be continue.....

Cat {√}Where stories live. Discover now