"Bangun. "Yuta menepis tangan yang menyentuh bahunya. Dia sedang lena tidur dalam kelas. Semalam dia tidur lambat sebab layan drama.
Drama 2gether the series.
"Bangun, Miss Irene pandang kau. "Ujarnya, Yuta masih tidak mahu bangun. Malah dia membenamkan wajahnya pada lengan. Hansol yang menjadi tablematenya hanya menggeleng kepala.
Tiba tiba.
TOK!
BUNGH!
Yuta meringis, tangannya mengusap punggungnya yang selamat mendarat di atas lantai yang sejuk. Dia mengusap rambutnya, ada serbuk putih pada tapak tangan.
"Beraninya kamu tidur semasa saya mengajar. "Ujar Miss Irene, dia bercekak pinggang di depan. Yuta nengusap kepalanya dan kembali duduk di tempatnya.
"Sekali lagi kalau saya nampak kamu buat hal, kamu dipersilakan keluar dari kelas saya. "Ujar Miss Irene serius.
Namun Yuta ialah Yuta. Dia tidak pernah serius dalam hal ni. Jadi dia sekali lagi tidur di dalam kelas.
Dia betul betul mengantuk dan kali kedua pemadam papan hitam landing atas kepalanya. Dan sekali lagi dia terjatuh dari kerusi.
Bontotnya landing atas lantai yang sejuk. Hansol hanya menahan ketawa melihatanya sambil menggeleng kepala.
"Sukalah. "Bisik Yuta pada Hansol. Hansol mengangkat bahu dan beralih memandang ke depan.
"Keluar kamu sekarang, Nakamoto Yuta. "Ujar Miss Irene. Dengan langkah yang berat, Yuta bangkit dan melangkah pergi. Dia sempat memberitahu Hansol untuk jumpa dia di makmal Encik Zhang.
Setelah Yuta keluar, barulah kelas bermula dengan aman.
Jangan harap Yuta nak berdiri di luar kelas. Baginya itu sangat membuang masanya, jadi dia meroda satu universiti ala ala pak guard.
Sedang dia meroda, ada beberapa pelajar perempuan fangirl melihatnya.
"NOTICE ME SENPAI! "
"NAKAMOTO SENPAI! AISHITERU! "
namun semua ucapan manis itu hanya diabaikan oleh Yuta. Sedang dia meroda, dia ternampak ada seekor kucing berada di tepi tangga.
Lantas Yuta mendekatikan kucing itu. Semasa dia mendekati kucing itu, kucing itu ketakutan dan berundur. "Hey, jangan takut. Aku tak jahat. Mari. "Ujar Yuta, kucing itu memandangnya was was.
Yuta tersenyum melihat kucing itu. Kucing itu dengan perlahan mendekatinya. Yuta mengusap kepala kucing itu sayang, kelihatan kucing itu suka dengan usapan pada kepalanya.
"Kenapa kamu ada di sini? Mana tuan kamu? "Tanya Yuta, kucing itu semakin manja dengannya. Dia menggeser badannya pada tangan Yuta. Cair hati Yuta melihat kecomelan kucing itu.
"Nana mana kamu? " Yuta mengangkat kepalanya apabila dia terdengar seorang gadis kecil. Kelihatan dia sedang mencari sesuatu. Kucing tersebut menoleh ke arah gadis itu.
Lantas kucing itu berlari ke arah gadis itu. Gadis kecil itu kelihatan gembira apabila kucing yang dipanggilnya Nana berlari ke arahnya. Dia terus mendakap kucing tersebut.
Senyuman kecil muncul pada wajah Yuta. Gadis itu pun pergi bersama kucingnya.
"Sini pun kau. "Yuta menoleh ke belakang apabila dia terdengar seseorang bersuara dari belakang. Kelihatan Hansol mendekatinya. "Kau buat apa kat sini? "Tanya Yuta.
"Aku minta kebenaran dari Miss Irene untuk keluar. "Ujar Hansol, Yuta hanya mengangguk kepala. Dia baru teringat pasal Encik Zhang, jadi dia menarik lengan Hansol dan membawa Hansol ke makmal Encik Zhang.
YOU ARE READING
Cat {√}
FanfictionSaat Yuta membuka matanya, dia mendapati dirinya berada di atas katil. Tetapi itu bukan katil miliknya. Lagi mengejutkan dirinya, dia bukan dalam bentuk manusia melainkan dia dalam bentuk binatang iaitu kucing. Yuta teringat yang dia bergaduh deng...