Cat 9

330 38 0
                                    

"Apa?! "Mata Yuta membesar. Hansol mengerut dahi. "Jadi kau memang dah tahu yang Yuta tu kucing jadian? "Tanya Hansol. Hina hanya tersenyum sambil mengangguk kepala.

"Aku dapat nampak benda yang korang tak boleh nampak. Dari first day aku nampak Yuta, aku dah nampak yang dia memang bukan manusia biasa. "Ujar Hina. Yuta hanya mengangguk kepala.

"Rantai ni boleh kekalkan kau jadi manusia. Kalau kau tanggalkan rantai ni, kau akan tukar jadi kucing terutamanya kalau kau salah timing tanggalkan rantai tu. "Ujar Hina. Yuta mengerut dahi.

Dia ni memang lembap sikit nak memproses apa yang Hina cakap.

"Apa yang kau cakap ni? Aku hanya dengan bruh bruh bruh je. "Ujar Yuta sambil ketawa terbahak bahak. Hina dan Hansol hanya menggeleng kepala.

"Patutlah tidak pernah mendapat markah yang baik dalam kelas. Ni cara dia belajar dalam kelas. "Bisik Hina pada Hansol. Hansol mengangguk kepala setuju.

"Maksud Hina, kalau kau tanggalkan rantai ni masa kau lapar, kau akan jadi kucing. Untuk keselamatan jangan tanggalkan rantai tu, kau ni cepat lapar. "Ujar Hansol. Yuta mengangguk kepala faham.

Bila Hansol explain dia faham, kalau aku explain tidak faham. Dia ni sengaja atau memang nak pecah muka, desis hati Hina. Dia menayangkan senyuman palsu pada Yuta.

"Baru aku faham. Ok! Kita mulakan kerja kita!!! "Hansol dan Hina menggeleng kepala. Mereka pun meneruskan kerja mereka.

"YUTA!! KENAPA KAU LUKIS KUBUR KAT KAWASAN TU?!? KAWASAN KUBUR TEPI GEREJA TU!? "

"EH! MAAF! "Hansol hanya menggeleng kepala melihat Yuta.

~

"Ah! "Yuta menghempaskan dirinya di atas katil. Letih rasanya. Sesekali dia berguling guling di atas katil.

Hansol mengunci pintu setelah masuk. Dia ternampak Yuta sedang berguling guling di atas katil, dia hanya menggeleng kepala melihat karenah Yuta.

Kakinya membawa dirinya ke dapur. Menyediakan makan malam mereka. Sedang Yuta berguling di atas katil, tiba tiba telefonnya berdering.

Dia mendengus dan mengambil telefonnya yang berada di dalam poket seluar. Dia menampilkan telefon tersebut pada telinganya.

"Moshi moshi... Yuta San. "Ujar Yuta.

"Woi, ni aku. Taeyong, tak payah berlagak cakap jepun dengan aku. "Ujar seseorang di seberang talian. Yuta terkekeh, dia sengaja buat macam tu sebab Taeyong gagal bahasa Jepun minggu lepas.

"Tahu, aku memang sengaja. Ha, kau nak apa? Minta kaki ker? "Tanya Yuta. Kedengaran si pemanggil mendengus diseberang talian.

"Kalau aku jumpa kau depan depan, dah lama muka kau pecah aku tumbuk. "Ujar Taeyong. Yuta tertawa.

"Okok, straight to the point. "Ujar Yuta.

"Emm.. Aku ada crush kat seseorang. "Yuta mengangkat alisnya apabila mendengar ayat Taeyong yang baru sahaja keluar dari mulutnya. Tiba tiba Yuta ketawa dan itu mengundang kemarahan pada Taeyong.

"Sial! Ingat nak tolong rupanya kau gelakkan aku! "Marah Taeyong diseberang talian. "Woi, mana tak lucu. Ice prince Kolej NCT boleh ada crush. Siapalah yang bernasib malang tu. HAHAHAHAHAH" Yuta memegang perutnya.

Dia menjauhkan telefon itu dari telinganya kerana Taeyong membebel melalui telefon itu dengan suara yang ditinggikan. Setelah Taeyong tidak membebel lagi, Yuta kembali menampilkan telefon itu pada telinganya.

"Aku dapat tolong kau, bagitau aku siapa dia. "

"Moon Taeil. "Sekali lagi Yuta ketawa terbahak bahak dan itu mengundung kehairanan Hansol yang sedang memasak di dapur. Dia hanya menggeleng kepala melihat Yuta yang sedang ketawa terbahak bahak di atas katil.

Cat {√}Where stories live. Discover now