Bab 2

5.4K 141 1
                                    

"TUNGGU!!" Amani menjerit sambil berlari mendekati lif. Pintu lif yang sedang tertutup ditahan dengan tangannya. Penumpang lif agak terkejut dengan aksi Amani. Ada yang tergelak di belakang. Pintu lif terbuka semula dan Amani masuk dengan muka merona merah.

Bukan kerana penumpang yang sedang terkekek mengetawakannya tetapi sebab orang yang berada dibelakangnya, Adam Danish. Kenapalah boleh terjumpa di dalam lif ini. Amani menundukkan wajahnya.

Lif berhenti di tingkat 16. Amani meluru keluar dengan laju macam kena kejar dengan singa. Memang baginya, Adam Danish itu singa.

"Amani." Seru Danish dengan nada keras. Amani berhenti di pintu masuk pejabat. Saat itu, hatinya berdebar bagai nak tercabut dari jantung. Mampus aku...

"Ya, Encik Danish?" Jawab Amani dengan perlahan sambil menoleh kepada Danish.

Danish menghampirinya dengan wajah yang kelat.

"Awak tahu dah pukul berapa sekarang?" Soal Danish dengan nada keras.

"Ta..tahu." Jawab Amani terketar-ketar. Peluh-peluh kecil menghiasi dahinya.

"You are late!" Danish memandangnya dengan mata yang tajam. Amani dah tertunduk macam orang sakit belakang. Kalau boleh, sikit lagi dah sama macam ruku' dalam solat.

"I'm sorry, Encik Danish. Tapi, tadi ada emergency. Itu yang saya lambat." Amani membela dirinya tapi dengan nada yang perlahan.

"I don't like this kind of behaviour. Apa pun alasan awak, you should always be prepared. Jangan jadi orang yang tahu bagi alasan aje. Elakkan dari benda-benda macam ini."

Amani mengangguk. Wajahnya masih tertunduk.

"Sudah. Masuk pejabat sekarang." Arah Danish lalu membuka pintu dan masuk dahulu. Amani mengangkat mukanya dengan wajah mencuka. Yalah, baru kena marah. Mana taknya muka macam itu.

Amani meletakkan begnya di bawah meja kerjanya. Fariha, seorang lagi practical student yang duduk di meja sebelah menghampirinya.

"Wey, kenapa kau lambat? Dah 10:30 pagi dah ni." Soalnya.

Amani menghela nafas panjang sebelum membuka komputer. Lalu dipandangnya Fariha dengan wajah sedih.

"Tadi, masa aku on the way, ada seorang mak cik kena langgar dengan motorsikal masa dia nak melintas jalan. Waktu itu, jalan memang tengah jem. So, aku turunlah dari kereta tolong mak cik tu yang tengah terbaring di sebelah kereta aku.

Lamalah juga nak tunggu ambulan datang. Itu yang aku lambat masuk kerja hari ini. Bukan aku sengaja, Riha. Selama kita praktikal kat sini, pernah kau tengok aku lambat tak? Aku selalu jaga disiplin tahu." Amani menjelaskan kejadian pagi itu kepada Fariha. Tangannya menaip password komputer dengan laju.

"Tapi, kau nak tahu apa yang paling aku buat aku sedih tadi?" Soal Amani lalu mendekatkan dirinya dengan Fariha. Dengan riak ingin tahu, Fariha menolak kerusinya juga.

"Aku terserempak dengan Encik Danish di dalam lif."

Fariha membuntangkan matanya. Mulutnya agak terlopong. Yalah, Danish memang terkenal dengan sikap tegas dan mematuhi waktu. Perkara paling dipantang bos besar itu adalah waktu berkerja.

"Dia marah aku di luar tadi. Manalah aku tahu dia masuk office jam begini. Bukan selalu dia masuk dalam pukul 12 ke? Malangnya nasib aku hari ini. Kau tahu sajalah Encik Danish tu. Bukan nak cakap elok-elok." Omel Amani dengan nada sedih.

"Nak buat macam mana, Ani. Dah kita ni intern. Nak tak nak, kena hadam sajalah apa yang dia cakap. Tak apa, tinggal sebulan aje lagi. Lepas ini, kita dah free dari pejabat ni." Pujuk Fariha, selaku kawan baiknya dari kecil sampai besar.

"Itulah Riha. Menyesal pun ada sekarang ni buat internship kat sini." Amani memandang sayu sahabatnya itu.

"Kau yang nak sangat kita praktikal sini. Syarikat ayah kau yang punyalah besar kau tak nak. Syarikat orang lain juga yang kau pilih." Perli Fariha.

Amani tahu, dia boleh selesaikan latihan praktikalnya di syarikat milik papanya, HQ Holdings. Tetapi, kerana ingin menimba pengalaman dari syarikat yang tidak ada kena mengena langsung dengan dirinya, dia memilih jalan ini. Dia mahu pekerja melayannya sebagai budak praktikal, bukan anak kepada pemilik syarikat.

"Eleh, cakap kat orang. Kau tu pun sama. Bapak kau bukan ada company besar ke kat Malaysia ni? Siap ada branch lagi di setiap daerah. Kenapa kau tak nak buat latihan kat situ?" Balas Amani kembali.

Fariha juga berasal dari keluarga yang kaya. Tetapi, dia melihat sahabatnya ini dengan mata hati. Tidak pernah sedikit pun Fariha menunjukkan dirinya kaya. Keluarganya mempunyai nilai aset berbilion tetapi, Fariha masih menganggap dirinya tiada apa-apa. Mungkin, kerana sikap mereka hampir sama, Amani mudah berkawan dengannya.

"Sebab aku nak teman kau lah. Kau kan sahabat aku dunia akhirat." Ujar Fariha membuahkan senyuman di bibir Amani.

Iya, Fariha dan Amani sudah berkawan sejak tadika lagi. Mereka berjiran dan bersekolah dari kecil sehinggalah ke alam univerisiti. Mereka juga mengambil jurusan kewangan islam di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dialah satu-satunya kawan yang boleh memahami dan menghargai dia seadanya.

"Thanks, sayangku. Kau pun sahabat aku dunia akhirat." Balas Amani dengan senyuman lebar lalu memeluk lengan Fariha dengan manja. Mereka ketawa kecil bersama.

"Ehem, Ehem." Bunyi itu membuatkan Amani dan Fariha terkejut. Terus badan mereka berpusing.

"Encik Danish.." Amani bernada perlahan sambil memandang wajah Fariha. Danish dengan wajah ketatnya memandang mereka satu persatu.

"Dah tak ada kerja ke borak-borak macam ni?" Soal Danish.

Amani dan Fariha tersengih macam kerang busuk sambil memandang wajah masing-masing. Bukan tak biasa kena soalan macam ini. Dah lumrah praktikal. Memanglah kena hadam apa yang orang maki.

Sudah 2 bulan dia melakukan prakital di syarikat Arasy Berhad, sebuah syarikat yang agak besar di Malaysia. Fariha yang memperkenalkan syarikat ini kepadanya. Mereka memohon bersama-sama dan diterima serentak untuk menjalankan praktikal.

Tapi, sejak dari hari pertama, dia memang tak sukakan sikap Danish. Baginya, Danish seorang yang baran, tidak memahami situasi orang lain dan suka bercakap kasar. Dia memang tak boleh pandang wajah Danish. Mendadak naik darahnya. Tapi, hakikatnya, Danish adalah bosnya. Nak tak nak, kena hadap juga.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now