PULAU Langkawi. Tak sangka ini lah tempat percutian kali pertama Amani setelah bergelar isteri. Mungkin, ini akan jadi honeymoon pertama dia dan Danish?
"Ani, ni kunci bilik ye." Najiha menyerahkan kunci dengan senyuman nakal.
Amani mengambil kunci itu dengan dahi berkerut. Kenapa tersengih-sengih macam tu. Pelik bin hairan betul.
Amani berlalu pergi ke biliknya bersama-sama Danish.
"Ummi dan Abi satu bilik. Jiha tinggal bilik seorang diri. Bilik kita semua sebelah menyebelah aje tau." Najiha memberitahu dengan ringkas.
Datin Fatimma memaut lengan suaminya sambil menjinjing bag tangan. Kakinya sudah seperti ingin tercabut berjalan dari jeti ke resort ini.
"Ummi nak rehat dulu lah. Tak larat." Datin Fatimma mengeluh.
"Aik, kita baru aje sampai. Takkan dah tak larat dah. Lagipun, ni idea siapa nak melancong bagai. Jadi, kalau ummi tak join bercuti elok-elok, kita balik aje lah." Najiha cuba mengusik umminya.
Datin Fatimma mencebik geram.
"Awak tu muda lagi. Ummi ni dah tua. Nak rehat kejap." adu Datin Fatimma dengan muncung.
Datuk Kamal dan Najiha tergelak melihat muncung yang sedepa itu.
"Kasihannya ummi Jiha ni. Penat ye. Jiha lupa yang ummi semakin hari semakin tua." usik Najiha lagi sambil memeluk lengan Datin Fatimma.
"Budak ni kan." Datin Fatimma bernada geram.
Terus dikatuk kepala Najiha dengan tangannya. Terhambur gelak Datuk Kamal.
Amani dan Danish muncul dengan berbaju ringkas.
"Aik, pasangan sejoli ni dah nak berjalan ke pantai ke pakai macam ni? Tak sabar benar gayanya." Najiha mengusik Amani pula.
"Ani nak jalan-jalan tepi pantai sekejap aje. Kepala pening sikit sebab naik bot tadi." ujar Amani.
Danish tertawa melihat wajah Amani. Teringat pula peristiwa sepanjang perjalanan dari lapangan terbang sehinggalah ke resort ini.
"Ani, awak okay ke tak?" soal Danish yang duduk disebelah Amani.
Kapal terbang seperti sudah mahu bertolak. Wajah Amani pula pucat lesi.
"Awak takut ke?" Danish bertanya lagi apabila Amani dia tanpa reaksi.
Amani menoleh dengan mata yang layu. Ya, memang dia takut naik kapal terbang. Setiap kali enjin kapal terbang berbunyi seperti mahu bertolak, jantungnya terus berdegup kencang.
Danish mengelap manik-manik peluh di dahi isterinya. Kasihan pula apabila melihat Amani dalam keadaan seperti ini.
Apabila kapal terbang mula naik ke udara, terus Amani menggenggam tangan Danish dengan kuat sambil memejam mata. Danish menggengam tangan Amani dengan dua tangannya pula.
Apabila kapal terbang sudah mulai stabil, Amani sedar yang tangannya sedang erat memegang tangan Danish. Tangannya ditarik dengan pantas.
"Maaf, saya tak sengaja." ujar Amani sambil membetulkan dudukannya.
Danish hanya tersenyum memandang wajah isterinya.
"Saya memang tak biasa naik flight. Jadi, saya takut sikit." Amani memberi alasan.
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
Non-FictionAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...