AMANI memandang suaminya dari tempat sujudnya dengan perasaan gementar. Subuh dah hampir menyinsing tapi Danish masih lagi lena dibuai mimpi. Nak kejutkan, takut pula dimarah dan di hentam macam malam tadi.
Amani menitiskan air mata lagi mengenangkan peristiwa semalam. Dia ditampar dan diperlakukan seperti pengemis dibilik suaminya. Dibiarkan tidur didepan pintu tandas dengan hanya berbantalkan beg pakaiannya sahaja.
Bersabarlah wahai hati. Ini dugaan yang Allah berikan pada aku. Bukan salah dia berkasar dengan aku sebab dia tertekan dan merasa terperangkap. Aku faham dan aku tak salahkan dia layan aku macam ni. Tenang Amani didalam hatinya sendiri.
Amani melihat jam di dinding. Sudah jam 7 pagi. Perlukah dia turun ke bawah dan menolong apa yang patut? Hatinya gusar untuk bertemu dengan keluarga barunya ini. Kali terakhir dia bertemu mereka adalah di pejabat agama.
Amani kuatkan hatinya. Dia turun setelah mengemas tempat solatnya dengan memakai tudung bawal yang cukup ringkas. Dia mencari arah dapur didalam banglo yang besar itu. Matanya meliar ke kiri dan kanan.
Kelibat seorang wanita yang berbadan agak gempal sedang berjalan ke belakang. Dia mengekori dari belakang dengan perlahan. Wanita itu masih tidak menyedari kehadiran Amani dibelakangnya. Dia sibuk membasuh bahan masakan di sinki.
"Mak aku beruk!" latah wanita itu bila melihat Amani berdiri dibelakangnya.
Amani menahan ketawanya. Wanita yang agak berisi itu mengurut-urut dadanya.
"Cik Amani ke?" soalnya sambil mengurut dada.
Amani mengangguk.
"Mak cik?"
"Mak cik ni orang gaji di rumah ni. Panggil aje Mak Jah."
Amani mengangguk faham. Dari raut wajah Mak Jah, jelas kemesraan walaupun dia yakin Mak Jah pasti sudah mengetahui cerita bagaimana dia boleh masuk kedalam rumah ini.
"Cik Amani buat apa turun awal sangat? Saya tak siap masak lagi."
"Mak Jah, panggil saya Ani cukup."
Mak Jah tersenyum mendengarnya. Dia mengangguk.
"Saya nak tolong Mak Jah boleh?"
"Eh, tak payah. Mak Jah boleh buat. Ani kan baru dalam rumah ni. Rehatlah dulu. Nanti dah siap, Mak Jah hidang atas meja."
"Tak apalah Mak Jah. Ani nak tolong kat dapur. Lagipun, Ani bukan ada apa nak buat pun."
"Mak Jah, dah siap masak?" suara tegas dari belakang Amani menggetarkan lututnya.
Dia menoleh. Kelihatan Datin Fatimma berdiri di pintu masuk dapur. Wajahnya langsung tidak mesra. Amani menundukkan wajahnya.
"Belum, Datin. Sekejap lagi saya siapkan dan hidang atas meja."
"Baik. Lain kali, jangan bagi orang luar masuk dapur rumah saya. Saya tak suka. Tempat ni hanya awak dengan saya aje yang boleh masuk." Arah Datin Fatimma dengan tegas.
Amani tersinggung. Dia tahu siapa orang luar yang dimaksudkan itu.
"Baik, Datin." Jawab Mak Jah sambil menatap Amani yang sedang tertunduk itu.
"Saya minta diri dulu." Pinta Amani lalu beredar dari situ.
Dia yakin memang Datin Fatimma tidak menerimanya. Yalah, siapalah yang akan menerima menantu yang ditangkap basah bersama anaknya. Amani pergi ke ruang rehat rumah diluar.
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
Não FicçãoAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...