Bab 16

2.6K 70 0
                                    

Fariz, Farah dan Amani bertolak satu kereta ke tempat bakal tunang Mukhlis manakala ahli keluarga tertua yang lain dibawa oleh Mukhlis. Tak semena mereka kena jadi dulang girl dan boy. Mujur exam baru saja habis beberapa hari yang lalu. Jadi, tak adalah kusut sangat fikiran dia nak jadi dulang girl.

"Kau exam macam mana, Ani?" Soal Farah dari tempat duduk belakang. Amani duduk disebelah abang Farah.

"Alhamdulillah, semua dapat jawab. InsyaAllah, result akan elok. Berdebar pulak bila ingat pasal result sebab ni last sem dan last exam aku. Kalau boleh, tak nak repeat lah." Adu Amani dengan wajah yang takut.

"Aku yakin kau boleh, Ani. Kau kan tak pernah repeat lagi kan paper sebelum ni?" Farah memberi semangat kepada Amani.

Sejak Farah berdamai dengannya, banyak perubahan yang Amani nampak. Dulu, tak pernah walau sedikitpun soalan khabar atau senyuman dihadiahkan. Tetapi sekarang, kerap pula Farah bertanya tentang dirinya melalui telefon atau berjumpa. Syukurlah Farah sudah berubah sikap terhadapnya.

"Thanks, Farah. Doa-doa aje lah semoga lulus semuanya."

"Ani sekarang pointer berapa?" Soal Fariz ingin tahu.

"Eh, abang ni. Tak naklah Ani disclose pointer. Itu maklumat sulit ya. Jangan nak ambil tahu sangat."

Fariz tergelak dengan jawapan Amani. Dengan ekor mata, Amani menjeling. Sibuk aje nak tahu pointer aku. Itukan hal peribadi aku. Ceh, apalah kau ni Ani. Bukan sebab hal peribadi, tapi sebab kau malu dengan pointer yang tak berapa nampak macam pointer tu. Nyawa-nyawa ikan aje nak masuk pointer 3.0. Kalau aku beritahu diorang ni, kang malu pulak jadinya. Gerutu Amani didalam hati.

Kereta Honda Civic warna putih yang dipandu Fariz berhenti dibelakang Vellfire hitam Mukhlis. Disebelah mereka, tersergam indah sebuah banglo berwarna putih. Sebagai dulang girl and boy, mereka terus bergegas keluar dan mengangkat semua dulang sambil berjalan dibelakang ahli keluarga yang lebih tua.

Apabila pintu dibuka, bermulalah secara rasminya adat meminang. Kedua ibu bapa bakal tunang Mukhlis tampak begitu lembut dan penyayang. Datin Fatimma dan Datuk Kamal bertanya dan berbual dengan begitu sopan. Selesa rombongan meminang jadinya.

"Hajat kami dah kami sampaikan. Jadi, macam mana dengan jawapan pihak perempuan?" Datuk Ramli menyuarakan soalan muktamad.

"Kami ni tak ada masalah dengan pertunangan ini. Malah, kami gembira dan menerima pinangan ini dengan senang hati. Tapi, kita kena lah tanya empunya badan dulu. Bukan apa, inikan masa depannya juga." Ujar Datuk Kamal lalu memberikan isyarat kepada isterinya untuk pergi kedalam bertanya dengan bakal tunang Mukhlis.

"Mana bakal tunang abang Mukh ni? Ani tak nampak lagi. Nak tengok jugak muka." Bisik Amani pada Fariz disebelahnya.

"Abang pun tak tahu lah Ani." Jawap Fariz acuh tak acuh.

Amani menjeling tajam.

"Hah, saya nak kenalkan seorang lagi anak saya. Mari sini, rombongan dah lama sampai." Datuk Kamal memanggil seseorang yang berdiri dipintu rumah.

Semua mata memandang orang yang dipanggilnya itu. Membulat mata Amani apabila melihat Danish berjalan kearah mereka dengan perlahan-lahan lalu bersalam dengan semua hadirin. Sempat pula senyuman manis dihadiakan pada Amani apabila mereka bertentang mata. Seperti Danish sudah tahu tentang dirinya yang merupakan wakil rombongan Mukhlis.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now