Bab 49

3.1K 65 0
                                    

AMANI mengerutkan dahinya sambil memandang Fariha di sebelah. Nombor yang tak dikenali itu menghubunginya saat dia dan Fariha sedang berbual di restoran.

"Assalamualaikum." ucap Amani kali kedua selepas suara disebelah tak membalas.

"Tak payah nak bersalam bagai lah. Aku takkan percaya perempuan hipokrit macam kau ni." Kasar Farah membalas.

Huh! Dasar biadap!

Amani dapat meneka suara itu. Siapa lagi kalau bukan musuh utamanya. Mulut busuk tu pun dah boleh bau melalui telefon.

"Kau nak apa?" Amani acuh tak acuh bertanya.

"Aku straight to the point aje. Aku bengang betul dengan kau ni. Tak habis-habis nak menyusahkan keluarga aku. Boleh tak kalau kau jangan nak buat huru hara kat keluarga aku lagi?"

Amani mendengus geram.

"Apa yang kau tak puas hati lagi? Semuanya berpunca dari kau, Farah. Kau jangan nak salahkan aku." Amani membentak.

Fariha disebelah sudah mengecilkan mata. Berani perempuan tak tahu malu tu telefon Ani. Nasib baik dia telefon aje. Kalau dia muncul depan-depan aku ni, aku silat muka dia. Aku ni belajar silat okay masa sekolah menengah dulu. Desis hati Fariha.

Farah mencebik geram.

"Kau memang segala punca masalah kat keluarga aku. Kau tak payah nak pusing cerita lagi. Aku telefon ni pun sebab nak beritahu apa yang kau dah buat kat keluarga aku. Aku tak nak kau senang-senang huru harakan keluarga aku.

Kau tahu tak Mak Ngah macam mana sekarang? Ada kau peduli pasal dia? Kau memang tak kenang budi betul. Sia-sia mereka jaga kau, bagi makan minum, pakaian dan sekolahkan kau. Tapi, kau balas macam ni." Farah tersenyum diakhir ayatnya.

Amani kelihatan resah. Apabila nama mamanya disebut, terus gundah hatinya. Apa yang dah jadi kat mama? Semoga mama sihat dan baik-baik.

"Kenapa dengan mama aku?"

Farah tergelak besar.

"Mama? Hei, sedar lah diri tu sikit. Tu bukan mama kau. Dari kau lahir sampai bila-bila, tu bukan mama kau."

Berdesing telinga Amani mendengarnya namun disabarkan hati. Dia masih ingin tahu apa yang terjadi pada mamanya.

"Untuk pengetahuan kau, Mak Ngah dan Pak Ngah gaduh besar sebab kau. Sampai sekarang mereka memang dah renggang. Pak Ngah dah tak benarkan Mak Ngah keluar dari rumah. Untuk berjumpa dengan Mak Ngah, kena pergi rumah.

Hubungan mereka makin hari makin renggang dan semua tu disebabkan kau. Sebab Mak Ngah nak bela kau sangat sampai dia sanggup jadi isteri derhaka. Dia lawan cakap Pak Ngah. Dia tinggikan suara dia sebab kau.

Sebab tu Pak Ngah kurung dia kat rumah. Biar dia sedar, siapa diri dia sebenarnya. Pak Ngah dah tak balik rumah berhari-hari sebab marahkan isteri dia. Keluarga aku dah merana sebab kau, perempuan!" Farah dengan cerita bohongnya.

Memanglah hubungan pak ngahnya tidak seakrab dulu tapi bukan bermakna pak ngahnya akan mengabaikan isterinya begitu sahaja. Kasihnya pada Puan Latifah sangat tinggi sehingga ke hari ni.

Tapi, sebab nak umpan perempuan ni punya pasal, dia kena cipta cerita ni. Dia yakin, Amani pasti akan termakan punya.

Amani diserbu rasa bersalah. Dia tidak mahu rumah tangga papa dan mamanya retak hanya kerana dirinya. Wajah Fariha disebelah dipandang dengan wajah resah.

Berkerut dahi Fariha. Dia nak sangat tahu apa yang perempuan jahat tu cakap tapi dari reaksi Amani, mana boleh dia mengagak. Dia tu bukannya ahli nujum boleh agak-agak.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now