"APA? Ummi nak kita semua pergi bercuti?" soalan Najiha memecah suasana pagi rumah itu.
Datin Fatimma mengangguk dengan senyuman.
"Kenapa tiba-tiba Ummi?" soal Najiha lagi.
Sarapan pagi di meja itu penuh dengan soalan Najiha.
"Saja. Kan dah lama kita tak pergi bercuti. Jiha kan tak lama lagi nak jadi isteri orang. Ummi nak pergi bercuti dengan Jiha lah sebelum Jiha tamatkan zaman bujang." alasan Datin Fatimma.
Najiha mengecilkan matanya. Susah nak percaya apa yang mak aku seorang ni cakap. Mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan.
"Bila cadang nak perginya?" soal Datuk Datuk Kamal pula.
"Cadang nak pergi dalam masa 2 minggu dari sekarang. Kita bercuti 3 hari 2 malam ye. Jadi, kalau ada plan atau meeting, tolong cancel semuanya."
Datuk Kamal tergelak. Isterinya bila buat plan dia, semua plan orang lain kena cancel. Memang tak pernah ubah perangai ni. Tapi, mujur jarang sekali isterinya buat perangai macam ni.
Datuk Kamal memandang anak gadisnya di sebelah.
"Jiha okay aje. Tapi, wedding Jiha lagi 2 bulan. Kita kena plan juga ye." Pesan Najiha.
"Ummi tahu lah. Takut sangat kita tak ingat. Anak perempuan ni kan ada seorang aje. Tapi, ummi perlukan bantuan Jiha."
"Bantuan apa?"
"Tolong plan percutian ni ye. Ummi kan tak pandai bab komputer atau booking atau plan semua ni."
Najiha tertawa bersama ayahnya. Datin Fatimma menjeling geram.
"Okay, Ummi. Nanti Jiha tolong plan semunya ye. Ummi beritahu aje nak ke mana." ujar Najiha dengan ketawa dihujungnya.
"Ummi nak ke mana?" Danish menyapa dari belakang mereka.
Semua mata menoleh padanya. Amani berdiri di sebelah Danish.
"Danish, duduk lah sarapan dulu. Dah okay ke?" Datuk Kamal menyapa.
Danish dan Amani duduk bertentangan Datuk Kamal.
"Alhamdulillah, abi. Danish dah sihat. Ummi nak kemana?" soal Danish sekali lagi kerana soalannya masih tidak dijawab.
"Ummi tu rancang nak kita semua pergi bercuti. Katanya sebab nak luangkan bersama aku sebelum aku ni tamatkan zaman bujang. Betul kan, ummi?" Najiha menjawab bagi pihak umminya.
"Betul tu. Ummi rasa dah lama kita semua tak bercuti bersama-sama. Jiha tak lama lagi akan jadi isteri orang. Mesti dah susah untuk luangkan masa ni."
"Eh, ummi ni. Jiha akan selamanya jadi anak ummi. Jiha jadi isteri orang ke tak jadi isteri orang ke, tetap Jiha ni anak ummi. Takkan lah Jiha tak nak luangkan masa untuk ummi. Tak payah nak fikir yang bukan-bukan sangat. Makin berkedut kang wajah tu bila fikir benda buruk sangat." Najiha menenangkan umminya yang tiba-tiba touching sangat pagi ini dengan gurauan.
Datuk Kamal tersenyum.
"Ummi awak tu memang macam tu. Risau pada benda yang tak patut." Datuk Kamal pula menambah.
Datin Fatimma mengetap bibirnya. Geram. Anak beranak ni suka sangat menyakatnya.
"Ummi cadang nak pergi mana? Bila?" soal Danish lagi.
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
Non-FictionAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...