Farah terus menari dengan gembiranya ditengah-tengah lautan manusia didalam kelab malam itu. Bunyi muzik yang kuat terus mematikan ingatan manusia di situ tentang akhirat. Yang mereka tahu hanyalah menghayunkan badan pada alunan muzik yang rancak.
Sedang Farah leka menari, seorang lelaki menghampirinya sambil menari-nari. Farah perasan dengan kelibat lelaki itu. Wajahnya kacak dan badannya tinggi. Memang taste Farah.
Lelaki itu berada dibelakang Farah lalu menari bersamanya dengan rapat. Tubuh meraka bersentuhan dan makin rancak mereka menari. Farah memang tak kisah dengan lelaki ini.
Setelah penat menari, Farah membawanya ke meja rakan-rakannya. Sampai sahaja di meja, terus kawan-kawan Farah berteriak gembira. Yalah, Farah dapat 'tangkap' seorang mamat kacak malam ini.
"Guys, jangan teruja sangat, okay?" ujar Farah sambil tangan lelaki itu merangkul pinggangnya dengan rapat.
Kawan Farah sudah tersenyum lebar.
"You, boleh dapatkan minuman I tak?" pinta Farah dengan manja sambil menyentuh dada bidang lelaki itu.
"Okay." Jawab lelaki itu lalu membelai lembut rambut Farah sebelum berlalu pergi.
Farah melihat lelaki sasa itu berjalan lalu duduk dengan lemah di kerusi.
"Amboi, kau Farah. Dapat mamat sado malam ni." Usik Sally.
"Sally, mamat macam tu senang aje aku nak dapatkan." Bangga Farah.
Gina menjuihkan bibirnya.
"Untunglah kau. Kami malam ni, tak seorang pun yang kami jumpa." Gina mengadu.
"Macam mana kau nak dapat kalau duduk kat meja aje. Pergilah menari ke apa." Arah Farah macam seorang expert.
"Malas lah nak menari. Penat." Alasan Gina.
"Weh, aku nak tanya sikit. Kau bukan cakap kau dah jatuh cinta kat someone ke? Kenapa kau still nak dengan orang lain lagi?" soal Sally.
"Aku memang dah jatuh cinta tapi tu tak bermakna yang aku kena stop someone from nak apa yang aku nak. Aku dengan mamat tu, sama-sama nak benda yang sama. So, hal jatuh cinta tu, hal lain."
"Kau pasti ke kau tak bertepuk sebelah tangan? Kami pun tak pernah jumpa lelaki yang kau cakap tu." Gina pula bersuara.
Farah berang dengan soalan Gina.
"Gina, aku tahu yang lelaki tu takkan tinggalkan aku. Kau nak tahu sebab apa? Sebab dia dah janji dengan aku akan kahwin dengan aku. Jadi, kau tak payah nak sibuk boleh tak?" marah Farah.
"Aku bukan nak sibuk, tapi dia akan okay ke kalau dia tahu yang kau buat semua ni kat belakang dia?" Gina bertanya lagi.
"Hei, kau jangan jadi bodohlah. Aku takkan biarkan dia tahu lah. Lagipun, kalau dia tahu apa salahnya, dia tetap kena terima aku sebab hanya aku yang layak untuk dia dan hanya aku yang tahu rahsia dia."
"Rahsia? Rahsia apa?" Sally mengerutkan dahinya.
Farah mengerling.
"Kau tak payah nak tahu. Yang penting, dia akan ada dalam genggaman aku tak lama lagi. Bila dia dah jadi milik aku, takkan ada orang boleh rampas dia dari aku." Yakin nada Farah.
Gina dan Sally saling berpandangan.
"Kau tak payah nak sibuk hal aku. Jaga kau punya sugar daddy sudah." Perli Farah pada Gina.
"Hei, sugar daddy aku tu tak kisah kalau sekali sekala aku dapat merasa selain dia. yang penting, time dia nak, aku layan dia." ujar Gina lalu ketawa bersama Sally.
"Aku tak faham dengan kau lah. Kenapa kau lain sangat dengan Ani."
Kata-kata Sally mematikan senyuman Farah. Terus tajam dia memandang Sally.
"Kau jangan nak samakan aku dengan dia. Kami tak sama. Macam langit dengan bumi tahu tak? Dia tu tak setaraf dengan aku. Entah asal-usul dari mana, boleh pula dia masuk dalam keluarga aku. Sekali lagi kau bandingkan kami, aku blacklist kau dari jadi kawan aku."
Sally terdiam. Dia tahu sangat Farah bencikan Amani sejak dari sekolah menengah. Sally dan Farah kenal dari zaman sekolah lagi. Dia mengenali Amani juga kerana mereka satu kelas.
"Sorry lah aku ter mention nama dia. Aku tahu kau tak sukakan dia. Tapi, dia tu dah jadi macam keluarga kau kan. Semua orang dalam keluarga kau anggap dia ahli keluarga yang sebenar. Jadi, memang orang akan selalu bandingkan kau dengan dia."
Farah senyum sinis.
"Tak lama lagi, dia takkan jadi ahli keluarga aku. Aku akan pastikan yang dia takkan boleh masuk semula dalam keluarga kami." Ujar Farah dengan senyuman yang sinis.
"Maksud kau?"
"Kau tengoklah nanti. Akan ada berita yang mengejutkan. When that happens, I'll let you guys know."
Sally dan Gina saling berpandangan lagi sambil melihat Farah yang tersenyum sinis.
Lelaki sasa kembali dengan segelas minuman untuk Farah. Terus tubuh lelaki itu ditarik duduk disebelahnya. Minuman ditangan lelaki itu diambil dan diletakkan di meja. Lantas, lengan lelaki itu dipeluk dan Farah melentokkan kepalanya dilengan itu.
"Kau rasa apa yang dimaksudkan Farah tadi?" soal Gina dengan perlahan.
"Aku tak pasti. Tapi, selama aku kenal Farah, benci dia pada Ani tak pernah padam. Jadi, aku rasa dia akan buat sesuatu pada budak tu."
Gina mengangguk.
"Kita tak payah nak fikir pasal diorang lah. Lantaklah apa yang dia nak buat kat budak tu. Bukan hal kita." Ujar Sally dengan selamba.
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
No FicciónAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...