"KENAPA awak tak dengar cakap abang langsung?" Datuk Johan menyoal Puan Latifah yang sedang duduk di sofa dengan wajah tegang.
Datin Safiah sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan Farah disebelah. Sampai sahaja di rumah, Datin Sofiah menghamburkan segalanya pada abangnya.
Puan Latifah diam tanpa reaksi.
"Abang dah cakap, jangan jumpa ataupun bercakap lagi dengan budak tu. Awak tak faham ke? Tengok apa dah jadi kat Farah dan Piah? Awak tahu budak tu hanya bawa kesedihan dan malang buat kita."
Puan Latifah mengangkat wajahnya dengan mata tajam.
"Budak yang abang cakap tu, anak saya. Anak yang saya jaga dan susukan dari kecil." Puan Latifah cuba melawan suaminya.
"Argh, pedulilah semua tu. Dia bukan ada kaitan darah dengan kita pun." Datuk Johan sedikit menjerit.
Datin Sofiah tersenyum sinis bersama Farah. Inilah yang mereka mahu Puan Latifah dengar dari mulut suaminya sendiri. Kemudian, Datin Sofiah berlakon menangis semula.
Puan Latifah berdiri tepat dihadapan suaminya.
"Abang boleh lah cakap tu sebab bukan abang yang susukan dia. Bukan abang yang sayangkan dia macam Pah sayang dia. Bagi Pah, sampai bila-bila Ani akan jadi anak Pah. Bukan anak abang." tegas suara Puan Latifah.
Datuk Johan agak terkejut dengan wajah dan suara Puan Latifah namun dia tetap beriak biasa. Isterinya sangat emosional apabila hal Amani dibangkitkan. Tapi, dia juga tak akan mengalah.
"Pah, aku dah cuba cakap dengan kau elok-elok. Kau jangan lawan cakap aku lagi. Jangan sampai aku tak bagi kau keluar dari rumah ni." Datuk Johan cuba mengugut.
Puan Latifah tersenyum sinis.
"Saya dah tak kisah. Untuk apa saya keluar kalau anak saya sendiri saya tak boleh nak jumpa. Abang jangan risau, saya akan tinggal kat dalam rumah. Saya tak akan keluar ke mana. Abang kan suami Pah." Puan Latifah sengaja menekankan perkataan suami itu.
Dia mahu Datuk Johan tahu yang pangkat suami itu selalu digunakan oleh Datuk Johan untuk memaksanya ikut pada semua arahan.
"Kalau itu yang kau nak, aku lebih suka Pah. Mulai hari ni, kau tak payah keluar dari rumah ni tanpa kebenaran aku lagi. Aku tak akan benarkan kau jumpa budak tu lagi." Datuk Johan mengeraskan nadanya.
Langsung tidak terkesan sindiran Puan Latifah tadi. Mereka memandang satu sama lain dengan mata yang tajam.
Datin Sofiah memandang Farah dengan senyuman puas.
"Kalau itu yang abang nak, Pah ikut. Abangkan suami Pah. Semua arahan abang, Pah kena ikut." sindir Puan Latifah.
Diambil bag tanganya dan meluru kebilik setelah menghadiahkan jelingan maut pada Datin Sofiah dan Farah.
Datuk Johan duduk dengan helaan nafas yang berat. Datin Sofiah segera melabuhkan punggungnya disebelah Datuk Johan.
"Abang kena tegas dengan akak pasal budak tu. Kalau tak, nanti budak tu akan basuh kepala akak sampai akak berani untuk derhaka pada abang. Tengoklah akak sekarang ni, berani melawan abang kan?" Datin Sofiah mencucuk jarum dengan pantas.
"Aku pun tak tahu nak buat apa lagi, Piah. Kak ngah kau tu degil bila bab budak tu." Datuk Johan mengeluh.
"Abang kena tegas lah macam apa yang abang cakap tadi. Jangan bagi akak keluar ke mana pun. Supaya, akak tak jumpa budak tu."
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
Non-FictionAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...