Puan Latifah menyibukkan dirinya dihujung minggu seperti ini dengan menyiram pokok bunga di halaman rumah banglo itu. Walaupun Pak Samad tukang kebun ada tetapi dia ingin melakukannya sendiri kerana aktiviti sudah menjadi kegemarannya sejak muda lagi. Halaman rumah itu dijaga rapi oleh Puan Latifah dari pokok sehinggalah ke design landscape.
Amani melihat mamanya yang sedang tekun menyiram bunga-bunga mekar dengan senyuman nakal. Ada satu pelan yang ingin dilaksanakannya. Pelan yang nakal.
Perlahan-lahan Amani berjengkit mendekati ibunya. Rambut yang diikat tocang itu beralun sama dengan pergerakannya.
Sampai sahaja dibelakang mamanya, terus tubuh itu dipeluk dari belakang dengan jeritan yang kuat.
"Mama!!" Jerit Amani sambil memeluk ibunya.
"Ya Allah!!" laung Puan Latifah dengan kuat.
Dia terus meleraikan pelukan Amani dan berpaling memandang anak daranya itu.
"Ani, terkejut mama! Nasib baik mama tak kena serangan jantung tahu tak. Bertuah betul budak seorang ni." Marah Puan Latifah sambil menampar-nampar lembut lengan Amani.
Amani tersengih sajalah memandang muka ibunya yang sedang marah itu. Comel sangat mama bila marah-marah manja.
"Senyum-senyum lagi dia. Kalau apa-apa jadi kat mama, siapa yang susah? Jangan main terjah dari belakang macam tu lain kali Ani." Omel Puan Latifah lagi.
Amani ketawa kecil sambil memandang ibunya. Tubuh itu dirangkul dengan lembut semula. Puan Latifah terdiam dengan tingkah Amani yang manja itu.
"Ini kenapa tiba-tiba manja semacam aje ni?" Soal Puan Latifah sambil membalas pelukan Amani.
"Ani mesti rindukan mama." Luah Amani dengan nada sedjh.
Puan Latifah tersenyum.
"Lah, semalam bukan main excited Ani cakap nak pindah ke rumah sendiri. Hari ni nak rindu-rinduan pulak."
Amani mendongak memandang ibunya yang masih didalam pelukannya.
"Memanglah excited sebab Ani nak masuk kerja sekali. Rumah situ dekat dengan office Ani. Tapi, mesti Ani rindu jauh-jauh dengan mama nanti."
Puan Latifah meleraikan pelukan Amani dan memaut kedua bahu anak gadisnya itu.
"Ani yang buat keputusan sendiri. Papa suruh Ani kerja kat syarikat dia di Kuala Lumpur tapi Ani degil nak kerja di branch Shah Alam dengan abang Mukh kamu tu. Branch yang kat Kuala Lumpur tu kan dekat sikit dengan rumah kita."
"Memanglah dekat, tapi kan branch Shah Alam tu mostly handle project besar di Semenanjung. Jadi, Ani boleh belajar tentang syarikat dengan lebih mendalam di sana. Papa pun cakap kalau nak belajar tentang syarikat dengan lebih terperinci, branch Shah Alam lah tempat yang Ani patut pergi."
Puan Latifah mendengus lembut.
"Kalau masuk lambat sikit tak boleh ke, sayang? Ani baru je graduate dari university, tak sampai sebulan pun lagi. Dah nak masuk kerja. Jauh pulak tu."
Amani pula yang tertawa.
"Aik, tadi macam tak kisah Ani nak pindah ke sana. Sekarang merayu-rayu pula."usik Amani dengan ketawa dihujung.
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
Não FicçãoAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...