SUASANA pagi di rumah Datin Safiah dipenuhi dengan ketukan pintu bilik yang kuat. Datin Safiah mengetuk pintu dengan kuat sekali sampai boleh didengar sehingga ke tingkat bawah.
"Farah!! Bangun!!" jerit Datin Safiah dengan kuat sambil mengetuk pintu bilik.
Farah yang memang sudah tidur nyenyak tidak berganjak langsung dari katilnya.
Datin Safiah mendengus geram.
"Bibik! Ambil kunci bilik Farah ke sini!" jerit Datin Sofia dengan lantang. Suara wanita ini memang nyaring.
Seketika kemudian Bibik berlari-lari kearahnya dengan kunci ditangan.
"Sudah!! Pergi sambung kerja." Arah Datin Safiah dengan kasar setelah mengambil kunci dengan kasar dari tangan bibik.
"Kenapalah susah sangat nak bangun budak ni. Matahari dah memacak kat kepala dah tu." Gerutu Datin Safiah sambil membuka pintu bilik Farah.
Dibuka sahaja pintu bilik, terserlahlah betapa berseleraknya bilik Farah. Dengan hati yang panas, dia mengampiri Farah yang masih tertidur.
Terus sahaja punggung anak daranya itu ditampar. Terbangun Farah dengan sendirinya walaupun masih mamai.
"Sakitlah mama.." serak suara Farah mengadu.
"Tahu pun sakit. Mama kejut dari pagi tadi tak bangun-bangun. Ni semalam pergi mana? Clubbing?"
Farah duduk menghadap mamanya dengan wajah mamai.
"Mama tanya ni." Satu penampar hinggap dibelakang Farah pula.
Farah mengaduh sakit.
"Ya, Ya.. Farah pergi club semalam. Kenapa? Macam tak biasa. Papa kan outstation, so, Farah pergi la. Dah lama tak pergi. Farah bosan kalau duduk kat rumah aje."
Terjegil mata Datin Safiah.
"Hey, kau jangan nak rosakkan plan mama. Papa kau pergi outstation tu lantak dia lah. Tapi, jangan sampai Pak Ngah kau tahu. Habis rosak rancangan mama."
Farah mencebik geram.
"Tak habis-habis dengan plan mama. Sampai bila Farah nak berpura-pura jadi baik depan Pak Ngah ni?"
"Sampai Pak Ngah serahkan 5% saham syarikat dia pada kita. Pada kau, Farah."
Farah mendengus geram.
"Tapi, perlu ke Farah berpura-pura baik dengan minah tu? Mama tahu kan Farah bencikan dia sangat. Setiap kali tengok muka dia, Farah rasa macam nak tampar aje muka perempuan tu. Ni kena buat-buat baik pula depan dia."
Datin Safiah menghela nafas lalu duduk dihadapan puterinya itu.
"Sabar. Mama pun tak sukakan budak tu tapi nak buat macam mana, dah Pak Ngah kau anggap dia macam anak kandung. Kita kenalah bersabar. Mama yakin, tak lama lagi Pak Ngah akan serahkan saham itu sebab tak lama lagi mesyuarat agung akan dijalankan. Waktu itu, selalunya Pak Ngah akan serahkan saham tu pada ahli keluarga.
Jadi, kau kena behave. Jangan buat perangai yang bukan-bukan sampai Pak Ngah tak percayakan kau. Kau tahu kan Pak Ngah kau tu macam mana. Dia nak kau jaga akhlak dan peribadi yang elok. Itu saja yang kau kena tunjuk depan dia." ujar Datin Safiah.
Farah diam. Dia tahu betapa pentingnya saham ini supaya keluarganya akan lebih berkuasa didalam syarikat HQ Holdings. Perih hatinya setiap kali berbuat baik pada Amani harus ditahan.
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
Non-FictionAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...