AMANI dah menjuihkan bibirnya. Dalam hatinya tertanya-tanya kenapa dia harus mengikuti meeting bersama pekerja di Mid Valley. Walhal, dia hanyalah budak praktikal. Kalau dia tak hadir pun tak apa. Inikan meeting dengan staff sahaja.
"Awak okay ke tak Ani?" Sapa Fatin, senior executive di syarikat. Wanita yang sudah menjangkau usia lewat 40-an itu mengambil tempat duduk di sebelah Amani.
"Okay Kak. Mana staff lain kak?" Amani cuba beramah dengan Fatin.
Jam sudah menunjukkan jam 8 malam. Sepatutnya, meeting sudah boleh dimulakan. Tapi, kelibat staff lain tak jumpa pun.
"Staff lain? Akak seorang aje lah. Ini informal meeting. Meeting over dinner sebab kami jemput seorang client sekali." Jelas Fatin lalu membetulkan tudungnya menerusi cermin kecilnya.
"Huh? Encik Danish cakap ni staff meeting. Tapi, kalau meeting dengan client, saya tak diberitahu pula. Jadi, kenapa saya kena ikut sekali kak?"
"Akak pun tak tahu. Encik Danish yang minta awak ikut kan? Dia tak ada cakap kenapa dia suruh awak join meeting ni?" Soal Fatin kembali.
Amani menggeleng dengan wajah sedih.
"Anggaplah dia nak beri awak exposure tentang dunia bisnes. Jarang practical student dapat peluang macam ni. Awak patut rebut dan gunakan peluang ni betul-betul." Fatin memberi kata-kata semangat. Tetapi, hati Amani tetap berat mengatakan yang Danish sengaja menghukumnya kerana lewat pagi tadi.
Kalau dia nak bagi exposure, kenapa aku seorang aje? Fariha dan orang lain kan ada lagi. Kenapa mesti aku? Dia memang sengaja nak kenakan aku. Sudahlah di pejabat tadi, aku kena buat kerja mengemas biliknya. Itu bukan kerja akulah. Omel Amani didalam hati.
Dari pagi Danish menyuruhnya membuat itu dan ini. Sehinggakan air kopinya pun Amani terpaksa buatkan. Mak Imah, tea lady tak nak disuruh. Lagi teruk, jam sudah hampir pukul 5:30 petang, baru Danish maklumkan meeting malam ini dan menyuruhnya untuk turut serta. Dia sudah siap berkemas nak balik.
"Awak patut ambil note setiap perkara yang dibincangkan masa dinner nanti." Arahan Fatin itu membuatkan Amani tersedar dari khayalan.
"Okay, kak." Ujar Amani lalu mengeluarkan buku nota dari handbag nya.
"Eh, Ani. Jangan tunjuk sangat yang awak datang untuk meeting. Kita kena buat macam ini adalah dinner, bukan meeting. Kena selesakan client itu." Jelas Fatin dengan senyuman yang manis.
"Jadi, macam mana saya nak take note?" Soal Amani dengan dahi berkerut.
Fatin tersenyum sambil menunjukkan jarinya ke kepala. Tanda kena ingat dalam otak, bukan menulis. Amani terangguk-angguk faham.
"Tapi, kalau saya terlupa sesetengah perkara macam mana kak? Matilah saya." Resah Amani muncul. Kalau dia terlupa sesuatu, mati dia kena maki dengan Danish nanti.
"Tak apa. Ingat perkara penting sahaja." Fatin cuba menenangkan Amani yang sudah kelihatan resah. Amani tersenyum pahit sebab masalah satu lagi, macam mana nak bezakan perkara penting dengan tak penting? Baginya semua penting. Hisy, tolonglah otak aku berfungsi dengan elok malam ini.
Dinner berjalan dengan lancar selama 2 jam. Client itu merupakan Sheikh Abrar dari Saudi Arabia. Beliau bercadang untuk melabur kepada syarikat Arasy untuk projek yang baru nanti di Jalan Klang Lama. Mujur semasa di UIA, Amani belajar bahasa Arab. Bolehlah tunjukkan sedikit kelebihannya sebagai penuntut UIA.
Selesai sahaja dinner, Amani terpaksa mengikut Danish untuk pulang ke pejabat kerana dia hadir ke meeting bersama-samanya. Keretanya diletakkan di pejabat. Dalam perjalanan menuju ke parking, sempat pula Danish singgah di sebuah kedai. Mungkin waktu itulah Farah terjumpa dirinya bersama Danish. Kenapalah nasib malang sangatkan.
"Esok saya nak tengok minute meeting atas meja saya sebelum jam 12." Arah Danish sambil memandu. Amani yang duduk di sebelah mengangguk.
"Dah tak ada suara ke apa? Kenapa tak jawab?" Keras suara Danish. Amani agak terkejut lalu memandangnya.
"Baik, Encik Danish." Jawab Amani sambil memandang Danish.
Patutlah marah. Rupanya dia pandang depan saja. Mana tengok aku mengangguk tadi. Aku pun satu, kenapa angguk sahaja. Sepatutnya jawab dengan suara. Cemuh Amani didalam hati.
Sepanjang perjalanan hanya sunyi menemani. Bukan ada pasang radio ke apa. Perjalanan yang sudah mengambil masa 30 minit terasa begitu lama. Amani kekok di dalam kereta. Kejap pandang kedepan, kejap pandang ke kiri. Kalau pandang Danish, kang kena marah lagi. Dia itu bukan pernah elok perangai.
Sampai sahaja di parking keretanya, Amani bergegas keluar. Sebelum menutup pintu, dia sempat mengucapkan terima kasih dan selamat malam. Namun, ketika dia hampir membuka keretanya, Danish membunyikan hon dengan kuat. Terkejut beruk Amani jadinya. Kereta Danish menghampirinya.
"Ada apa Encik Danish?" Soal Amani setelah cermin tingkap diturunkan. Danish menunjukkan telefon bimbit di tangannya.
"My phone.." Ujar Amani lalu mengambilnya dari Danish.
"Terima ka..." Belum sempat Amani mengucapkannya, dipotong oleh Danish.
"Lain kali kalau nak buang telefon tu, beritahu. Kereta saya bukan tong sampah awak." Perli Danish.
Amani mengetap bibirnya. Macam nak meletup jantung Amani mendengar. Geram sangat. Mulut tak ada insuran.
"Macam mana awak ini. Telefon bimbit yang selalu guna pun boleh lupa. Lalai. Perangai macam ni lah yang susah nak majukan diri nanti." Marah Danish lagi.
Hati Amani memang dah berapi dah saat itu. Kalau boleh nak lemparkan telefon itu tepat pada mulut longkang itu.
"Jangan lupa jalan balik pula nanti. Susah pula orang nak cari." Ujar Danish lalu menaikkan cermin tingkap lalu meluncur laju meninggalkan Amani.
Melampau betul perangai mangkuk hayun ini. Suka-suka hati dia saja nak cakap apa yang dia suka. Aku bukan sengaja tertinggalkan telefon aku. Dah memang lumrah manusia ini pelupa. Aku ini bukanlah sempurna. Macamlah dia itu bagus sangat. Nanti kau, bila kau lupa nanti, aku perli semula. Tekad Amani didalam hati.
YOU ARE READING
Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]
No FicciónAmani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap dan dihalau oleh keluarga yang memungutnya dahulu, dia akur dan reda. ******** "Papa,.." dia masih setia memanggil dengan panggilan itu wal...