Bab 43

3.2K 71 0
                                    

"BERHENTI salahkan diri sendiri, Ani. Awak tak bersalah langsung pada apa yang terjadi Danish. Jadi, berhenti lah dari merasakan yang awak bersalah mulai sekarang ye." Najiha cuba untuk menasihatkan Amani yang kelihatan diam setelah habis makan malam itu.

Mereka berjalan beriringan ke bilik Najiha. Amani diam sepanjang jalan dan sebab itulah Najiha sudah dapat mengagak apa yang berlaku.

"Tapi, kak. Disebabkan saya, Danish terpaksa kahwin dengan perempuan yang dia tak suka. Saya yang jadi penyebab kenapa dia tak boleh kahwin dengan perempuan yang dia suka."

"Siapa perempuan yang Danish suka sebelum dia berkahwin dengan awak?"

Najiha menghentikan langkahnya. Dia memandang tepat ke dalam mata Amani.

"Danish tak pernah cintakan mana-mana perempuan pun sebelum dia berkahwin dengan awak. Akak kenal dia dan akak tahu dia bukan jenis fikir nak bercinta semua ni. Dari dulu lagi dia memang tak pernah nak bercinta ataupun jatuh cinta."

Amani terdiam sejenak. Najiha tak mungkin tahu semuanya pasal Danish sampai boleh cakap sampai macam ni. Danish pernah melamarnya dahulu tetapi ditolak.

"Ani, akak nampak yang Danish dah bukakan hati dia untuk terima awak. Walaupun kebenaran tentang apa yang dah jadi tak terungkai lagi, dia tetap sudah boleh terima awak. Jadi, berhenti salahkan diri sendiri dan nikmati setiap saat dalam hidup awak."

Danish sudah membuka pintu hati untuknya? Kalau benar, dia sepatutnya merasa gembira kerana suaminya sudah mulai berubah. Namun, hati dia masih lagi merasa bersalah.

"Terima kasih kak. Saya akan cuba." Amani beralah.

Dia tahu, Najiha mesti akan selalu menasihatkan dia supaya melepaskan rasa bersalah ini namun dia tetap tak boleh. Jadi, mungkin, dengan setuju dengan Najiha saja akan membuatkan topik ini tamat.

Najiha mengangguk.

"Akak harap awak akan bahagia dengan Danish. Akak nak awak bahagia, Ani."

Amani tersenyum manis.

"Terima kasih, kak. Dah lewat sangat dah ni. Jom lah ke bilik."

"Eh, bilik awak depan tu aje. Akak sebelah kiri ni. Awak baliklah bilik awak. Akak boleh ke bilik sendiri."

Amani mengangguk perlahan.

Najiha berlalu pergi. Amani juga mengorak langkah ke biliknya.

Kenapa aku macam ni? Betul juga kata kak Jiha tu. Aku tak patut rasa bersalah sebab ini memang bukan salah aku. Perlu ke aku pentingkan diri aku dan lepaskan sahaja rasa bersalah ni?

Tapi, kalau bukan sebab aku, Farah takkan gunakan Danish untuk perangkap aku. Danish memang dah jadi mangsa. Dalam masa yang sama, bukan aku yang nak semua ni. Kalau ikut logik, memang aku tak salah pun kan? Ke aku ada salah juga dalam hal ni? Sangsi benak Amani.

"Kenapa termenung tu?" suara Danish menyedarkan Amani dari lamunan.

Amani baru sedar yang dia sudah duduk di birai katil biliknya. Danish baru saja keluar dari bilik air. Kelihatan seperti baru selesai mandi.

"Ah, tak ada apa. Saya mandi dulu ye."

Amani terus meluru ke bilik air. Sampai saat ini, apabila Danish keluar dari bilik air dengan tak berbaju saja, dia akan gelabah. Danish pula senyum nakal melihat reaksi Amani.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now