Bab 50

5.5K 115 34
                                    

FARIHA memimpin Amani bangun. Pipi yang ditampar tadi dipegang tak bergerak. Namun, pedih di pipinya tidak sepedih hatinya kini. Ayat yang lelaki dihadapannya kini ungkapkan tadi begitu meyayat hatinya. Pedih! Pedih! Pedih!

Wajah Datuk Johan dipandang tak berkerdip. Seorang lelaki yang sangat disayanginya sebagai seorang ayah telah menuturkan perkataan perkataan yang begitu hina pada dirinya. Aku kotor! Asal usul aku kotor!

"Papa, kenapa papa sampai hati cakap macam tu kat Ani?" Amani akhirnya bersuara.

Datuk Johan tidak langsung beriak sedih dengan wajah murung Amani. Sebaliknya, matanya penuh dengan rasa marah. Amani memang sangat biadap pada pandangannya sekarang.

"Berapa kali aku nak cakap? Aku bukan papa kau. Keturunan aku tak berperangai buruk macam kau ni lah. Hanya keturunan asal kau yang buat benda bodoh dan biadab macam ni. Memang dah jelas sekarang, kalau darah tu asal usul kotor, selamanya memang akan berperangai kotor.

Menyesal aku bawa kau masuk dalam keluarga aku. Dengan asal usul kotor macam kau, sepatutnya aku dah boleh agak yang kau akan bawa malapetaka dalam keluarga aku. Kau memang bawa sial dalam keluarga ni." maki Datuk Johan tanpa rasa belas kasihan.

Asal usul aku kotor? Selama ni aku tak pernah nak peduli apa orang kata sebab aku sendiri tak pernah dengar cerita dari papa dan mama tentang asal usul aku. Biarlah mak cik atau pun Farah kutuk dan hina aku, aku biarkan aje sebab aku kuatkan diri aku untuk percaya bahawa semua yang mereka katakan adalah bohong.

Tapi, dihadapan aku sekarang ni, lelaki yang mengenali siapa diri aku sebenarnya mengatakan yang aku kotor. Maka, memang ternyatalah bahawa diri aku ni kotor. Diri aku dilahirkan dengan cara yang kotor. Ya, aku memang dilahirkan darah kotor. Itu kata lelaki yang aku gelar papa. Aku kotor! Aku kotor! Aku kotor! Jerit batin Amani.

"Pak cik, tak perlu pak cik nak hina Ani sampai macam tu sekali. Walau apa pun, Ani tak salah. Kenapa perlu pak cik hina dia sampai macam ni? Mana letak kasih sayang pak cik pada dia selama ni?

Hanya kerana kesalahan akibat fitnah orang, pak cik hukum dia. Pak cik hina keturunan yang Ani sendiri tak pernah tahu. Pak cik hina asal usul Ani yang mana pak cik cuba sembunyikan dari dia selama ni.

Kenapa pak cik nak sembunyikan dari dia andai selama ni pak cik pun tak dapat terima dia seadanya? Perlu ke pak cik beri kasih dan sayang kepada dia dari dia kecil, kemudian pak cik campak hati dia macam kucing kurap. Pak cik kejam dengan Ani." lebar Fariha memberi sedas pada orang tua itu.

Hatinya meruntun mendengar setiap patah ayat yang keluar dari mulut lelaki yang begitu dihormatinya. Ayat itu begitu perih untuk didengar dan disimpan.

Sedangkan ayat tu bukan untuk aku, hati aku boleh sedih dan hiba mendengarnya. Inikan pula Ani yang terpaksa menelan semua kenyataan ini. Ya Allah, kejamnya mereka yang ada dihadapan aku sekarang ini. Desis hati Fariha.

"Memang aku sayang dia. Aku jaga dia dengan ikhlas. Tapi, kau tengok apa dia balas pada aku? Dia rosakkan nama keluarga aku. Dia kurang ajar dengan aku dan keluarga aku. Kau ingat aku masih nak butakan mata untuk sayangkan budak macam ni? Aku tak nak jadi papa dia. Aku malu jadi papa dia." tinggi suara Datuk Johan.

Dadanya turun naik menahan marah. Hatinya benar-benar sakit dengan Amani. Selama ni aku boleh bertolak ansur lagi, tapi bila jadi depan mata, baru aku tahu perangai sebenar kau. Aku jaga kau dari kecil tapi sebab kau memang perangai jahat, memang aku takkan mengaku kau sebagai anak.

"Abang, kenapa cakap sampai macam tu?" Puan Latifah muncul dimuka pintu dengan linangan air mata.

Berjerut-jerut hatinya mendengar setiap patah ayat suaminya. Apa yang dimarahkan sangat sehingga sanggup mengeluarkan ayat yang begitu hina di mulutnya. Dimana iman suaminya saat ini?

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now