Bab 11

3K 80 5
                                    


SAYUP kedengaran bacaan surah yasin memenuhi disegenap rumah Datuk Johan. Hari ini merupakan kenduri arwah untuk ahli keluarga yang telah lama meninggalkan dunia yang fana' ini. Semoga mereka dirahmati dan aman di alam sana.

Setiap tahun, Datuk Johan dan adik beradiknya yang lain akan menganjurkan kenduri arwah dan menjemput jiran serta anak-anak yatim untuk memberkati lagi majlis ini. Memang sudah menjadi tradisi dari dahulu lagi.

Selesai majlis, ahli keluarga akan berkumpul di ruang tamu rumah banglo itu. Datuk Ramli duduk disamping isteri tersayang, Datin Rohaya. Manakala, di kerusi sebelah, adik bongsu mereka, Datin Safiah bersama suami, Datuk Jamal. Puan Latifah memang akan setia disebelah suami yang tersayang.

Farah dan Fariz duduk di bersila di depan kedua ibu bapa mereka. Mukhlis pula berdiri dibelakang ibunya, Datin Rohaya. Hanya Amani yang duduk di hujung kerusi sambil bersandar di sebelah ibunya. Seperti biasa, saat inilah keluarga akan bertanya dan bercerita. Ini juga sudah menjadi seperti tradisi mereka setelah majlis.

Papanya memang terkenal dengan sikap tegas termasuk dalam percakapan. Selalunya, Datuk Johan akan bercerita soal agama apabila keluarga berkumpul. Baginya, agama adalah satu perkara yang perlu diambil berat didalam keluarga. Setiap patah bicaranya pasti akan jelas tanpa perlu menggunakan perumpamaan.

Manakala, Datuk Ramli, abang sulung yang memang terkenal dengan sikap diam dan berlembut dalam percakapan dan tingkah laku hanya mengangguk dan kadang kala menambah apabila adik-adiknya bercakap. Mungkin, sikap itulah yang diwarisi oleh Mukhlis. Datin Safiah yang mulut celoteh memang selalu bercakap dan menambah. Amani dapat lihat kemanjaan Mak sunya itu.

Papanya sering menasihati Farah yang tidak bertudung dengan cara yang agak kasar. Di hadapan semua ahli keluarga, Datuk Johan bertanya Farah kenapa hanya menutup separuh rambutnya dengan selendang. Tersengih-sengih Farah dibuatnya. Datin Safiah memang akan back up anaknya dengan alasan masih muda.

Amani tidak mahu menghakimi sesiapa. Hak masing-masing sama ada bertudung atau tidak. Aurat itu adalah kewajipan. Tiada paksaan dalam melaksanakan agama. Sebagai muslim, kita perlulah berdoa untuk kebaikan orang lain tanpa mencerca mereka.

Amani perasan wajah Farah agak merah ketika ditegur papanya. Yalah, disitu, hanya dia seorang sahaja yang bertudung separuh jalan. Datin Safiah memang dari dulu lagi bertudung litup kerana dipaksa Datuk Johan sejak kecil.

Malam itu, Amani menyaksikan perdamaian antaranya dengan Farah. Dalam kesibukan melayan tetamu, Farah menghampirinya dengan senyuman manis. Inilah kali pertama Farah tersenyum begitu setelah hampir 8 tahun.

"Ani, aku ada perkara nak cakap kat kau." ujar Farah sambil memegang tangannya.

"Apa dia?"

"Aku nak minta maaf atas layanan aku terhadap kau selama ni. Apa kata kita lupakan semua perkara buruk yang terjadi masa lalu? Aku nak kita berbaik."

Amani membalas pegangan tangan Farah dengan lembut.

"Aku pun sama, Farah. Kalau boleh, aku nak kita sentiasa berbaik untuk kita teguhkan lagi keluarga kita. Segala kesilapan lalu, kita lupakan."

Farah mengangguk dengan senyuman yang manis lalu memeluk Amani dengan erat.

Sudah lama rasanya kemesraan mereka hilang sejak peristiwa itu. Farah sentiasa menyimpan dendam atas peristiwa itu. Namun, Amani lega kerana sekarang Farah sudah melupakannya. Iya, inilah jalan yang terbaik untuk bahagia. Kemaafan.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now