Bab 35

3.2K 72 1
                                    

DANISH tak percaya dengan apa yang terjadi. Tak sampai sebulan perempuan tu kat rumah ni, semua orang sudah memihak padanya. Buktinya, umminya sudah melayan perempuan itu dengan mesra didepannya.

Bukan itu sahaja, umminya juga memintanya untuk membuka hati dan melayan perempuan itu dengan baik. Hilang akal ke apa nak aku layan dia dengan baik? Aku bencikan perempuan itu dan sampai bila-bila aku takkan terima dia.

"Ummi nak Danish layan dia dengan elok? Ummi dah lupa ke apa yang dia dah buat?" soal Danish sambil duduk bertentang dengan umminya.

"Danish, ummi tahu benda ni bukan senang. Lebih-lebih lagi ummi bukan kat tempat Danish. Tapi, tak salahkan kalau Danish cuba untuk buka hati Danish? Layan dia dengan elok. Mana tahu, dengan buat semua tu Danish pun akan bahagia."

Datin Fatimma sudah berlembut hati. Danish sudah buntu. Nak harapkan siapa pula lepas ni. Apa jalan untuk dia balas dendam pada perempuan bernama Amani itu.

Sudah hampir sebulan dia sah menjadi suami Amani namun dendam dan bencinya tak pernah padam. Mana taknya, setiap kali Amani ingin mendekati atau berbuat baik, pasti Danish akan menolak atau mengamuk.

Danish harus memikirkan jalan yang lain untuk menyakiti Amani. Nampaknya, hanya dia yang harus melaksanakan dendam ini. Tapi, apa yang boleh dilakukan? Sudah sebulan otaknya liat berfikir namun masih tiada rancangan.

"Encik Danish, makan malam dah siap. Ummi ajak makan." Amani mengajak dengan lembut dimuka pintu bilik tidur itu.

Dia tersedar dari lamunan. Danish memerhati wajah Amani. Berbuat baik? Perlu ke aku buat baik dengan dia? Kalau aku berbaik dengan dia, apa yang aku akan dapat?

Tiba-tiba Danish teringat akan rancangannya yang pertama dulu. Membuatkan Amani jatuh cinta lalu menghancurkan hati gadis ini seremuknya. Iya, mungkin rancangan ini akan berjaya.

Danish mengangguk dengan senyuman. Amani terkedu. Inilah kali pertama dia mendapat senyuman dari Danish sejak berada di rumah ini.

"Tak nak turun sekali ke?" soal Danish setelah berada disebelah Amani.

Entah sejak bila Danish ada di situ, Amani tak perasan. Dia terkedu di situ melihat senyuman tadi.

"Jom lah turun."

Terpinga-pinga Amani mendengarkan suara lembut Danish. Namun, laju dia membuntuti langkah suaminya itu.

Sampai sahaja di meja makan, terus Danish meminta dihidangkan nasi dan lauk oleh Amani. Datin Fatimma dan Datuk Kamal agak terkejut melihat sikap mesra itu. Mereka mengerutkan dahi sambil berpandangan.

"Kenapa ummi dan abi pandang macam tu?" soal Danish setelah melihat mata mereka memandangnya tanpa berkelip.

Datuk Kamal tersenyum memandang isterinya.

"Ummi tengok Danish nampak lain." Datin Fatimma cuba mengusik Danish.

Dia tersenyum memandang Amani.

"Nampak lain? Maksud ummi?" tanya Danish sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

Datin Fatimma sudah tersenyum lebar. Mungkin, Danish sudah mula mengikuti nasihatnya.

"Nampak macam manis dan kacak." Datuk Kamal pula menjawab.

"Habis tu selama ni Danish tak manis dan kacak ke abi?" Danish cuba bergurau.

Saat Cintaku Berbisik Rindu [Original Tajuk: Semarak Api Cinta]Where stories live. Discover now