CHAPTER 5: DIA KEMBALI

7.7K 362 36
                                    

Oleh kerana tindakan Trixie yang mencuba untuk mencabut nyawanya sendiri, dia ditahan lebih lama lagi di hospital. Namun bukan di bawah pantauan doktor Edgar lagi. Dia kini berada di bawah pantauan Brandon.

Sebelum bertukar ke unit kaunseling, Brandon pernah bertugas sebagai doktor pakar di hospital tersebut. Bukan itu sahaja malah dia merupakan doktor bedah yang paling disegani dan dihormati bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia.

Sudah beberapa kali Brandon cuba membuat Trixie untuk bercakap namun semua usahanya gagal. Trixie bagaikan mayat hidup. Dia juga mengesahkan Trixie kini mempunyai penyakit kemurungan tahap ekstrem.

"Nda boleh suruh doktor lain?" Soal Brandon dengan serius. Dia melepaskan keluhan yang berat. Sekali lagi dia dijemput untuk memberi ceramah kepada para pelajar di Matrikulasi yang terdekat. Namun entah kenapa dia berat hati untuk meninggalkan Trixie.

Menurut pengalamannya, pesakit seperti Trixie sukar untuk diagak. Bila-bila masa sahaja mereka boleh menarik nyawa mereka sendiri. Ditambah lagi dengan ketiadaan Lisa yang terpaksa menurut arahan bosnya untuk ke luar negara beberapa hari.

"Maaf doktor tapi diorang mau doktor juga yang datang. Kejap saja. Untuk 1 jam." Pujuk kliennya di hujung talian. Brandon mengetuk jarinya di atas meja kerjanya.

"Okay. Tapi lepas tu saya terus balik." Ujarnya.

"Terima kasih!"

                          * * * *

Trixie ditinggalkan di bawah pantauan dua orang jururawat wanita iaitu Ria dan Anne. Seperti biasa Trixie tidak mengendahkan kehadiran mereka.

"Kau tolong jaga dia. Saya ada emergency." Ujar Ria kepada Anne sebelum berlalu pergi. Anne mengeluh sebelum mengalihkan pandangannya kepada Trixie yang masih termenung ke arah luar jendela.

"Trixie, kau mau makan?" Soalnya dengan lembut. Trixie mengalihkan pandangannya ke arah Anne. Anne terkejut. Inilah kali pertama Trixie memberi respon apabila namanya dipanggil.

"Saya... mau." Ujar Trixie. Anne menjadi gembira selepas mendengar jawapan Trixie. Dia berdiri lalu mendekatinya.

"Saya beli makanan dulu untuk kau. Nanti saya datang balik." Anne berkata dengan gembira lalu keluar dari bilik Trixie. Namun tanpa disedari, Trixie mencabut wayar IV dropnya sebelum turun dari katil. Dia mendekati laci lalu mengambil pakaian yang dipakainya pada hari dia jatuh di tangga. Dia menukar pakaian.

                         * * * * *
"APA!" Brandon bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Sekali lagi Trixie hilang tanpa jejak. Dia meninggalkan dewan Matrikulasi tersebut lalu bergegas untuk mencari Trixie di bandar.

"Ada pekerja nampak dia di lobby tadi. Mungkin dia pergi bandar sebab dia naik teksi." Info yang diberi oleh Anne membantu dia untuk mencari Trixie.

Tidak sampai 30 minit, dia menjumpai Trixie berada tidak jauh dari jalan besar. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Langkah demi langkah Trixie mendekati jalan besar. Brandon dengan segera turun dari kereta.

"Trixie!!!"

                       * * * *

"Kau sendiri bingung dengan perasaan kau. Bila kau nampak dia dengan orang lain... jeles pula. Tapi kau sendiri buang dia dari hidup kau. Kau tiada bezanya dengan manusia yang tamak." Ujar individu yang berada di hadapan Ruth. Ruth menggengam tangannya namun mengekalkan riak wajah yang tenang. Dia tersenyum sinis.

"Kau sibuk buat apa? It is not related to you. Why are you so busy meddling in my life?" Soal Ruth dengan suara yang tenang. Padahal kalau diikutkan hati dia mahu membunuh individu itu pada saat itu dan di tempat itu juga.

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now