CHAPTER 13: MASA BERSAMA

6.2K 295 7
                                    

Ruth mencari Trixie. Dia menjadi risau kerana jam sudah menunjukkan jam 9 malam, namun Trixie masih belum balik. Dia berusaha untuk mencari aura Trixie di sekitar bandar.

Aduh! Mana dia ni? Jangan dia buat sesuatu yang bodoh sudah! Ah sudah! Rimas kepala saya.

Ruth berhenti berjalan buat seketika. Kalau dia kecewa, selalunya dia ke mana? Ruth berfikir seketika. Selang beberapa minit kemudian dia mendapat jawapan.

Dia memeriksa di semua bar yang dia tahu di bandar itu. Namun semuanya tidak menunjukkan aura Trixie berada di situ. Namun dia tidak putus asa. Dia teruskan mencari.

1 jam mencari akhirnya dia menjumpai Trixie. Dia mabuk teruk dengan beberapa tin arak di hadapannya. Ruth menghampiri meja Trixie lalu duduk di hadapannya. Trixie mengangkat wajahnya dari meja lalu tersenyum.

"Pelayan... satu lagi." Ujar Trixie dengan mabuk sambil mengangkat jari telunjuknya. Dia melihat ke arah Ruth dengan teliti lalu ketawa terbahak-bahak.

"Maaf tuan! Saya ingat tuan ni pelayan tadi." Ujar Trixie dengan gembira. Namun kegembiraannya bertukar kepada kesedihan. Dia menangis teresak-esak.

"Sakit hati saya! Apa salah saya, tuan? Kenapa dia buat saya macam ni? Kenapa? Kenapa!!!" Jerit Trixie dengan sedih. Ruth berdiri lalu berjalan ke arah Trixie. Dia meletakkan beberapa helai RM100 di atas meja, entah berapa pun dia tidak tahu.

"Mari balik. Kau mabuk sudah ni." Arah Ruth. Trixie menggeleng kepala lalu mengesat air matanya. Dia tersenyum.

"Siapa mabuk? Kaulah mabuk. Pelayan!!" Jelas sekali yang Trixie sudah mabuk teruk. Ruth mengambil keputusan untuk mengangkat Trixie. Pada mulanya Trixie melawan namun lama-lama dia menjadi tenang. Trixie mendekatkan wajahnya ke dada Ruth.

Dia mendengar degupan jantung Ruth yang berdegup kencang. Dia tersenyum.

"Tuan, tau ka perasaan dikhianati?" Soal Trixie.

"Kenapa?" Soal Ruth.

"Sebab itulah yang saya rasa sekarang. Hati saya rasa sakit betul. Macam kena pijak, eh nda. Lebih teruk dari tu. Lucu kan? Saya sendiri nda dapat jelaskan rasa sakit dia macam mana." Trixie tergelak kecil. Dia meletakkan tangan kanannya di dada Ruth.

Keadaan menjadi senyap. Oleh kerana Ruth tidak membawa kereta, dia terpaksa berjalan kaki. Dia tidak membawa Trixie balik ke rumah kerana risau Elizabeth akan nampak. Jadi dia ke hotel 5 bintang yang berada agak jauh dari bar tadi.

Dia tidak kisah dia terpaksa menggendong Trixie. Baginya Trixie tidaklah seberat mana pun. Sampai sahaja di hotel tersebut, dia terus check in.

Dia membaringkan Trixie di atas katil. Namun baru sahaja dia hendak melangkah pergi, Trixie menahan dia. Dia merayu agar Ruth tidak meninggalkan dia seorang diri.

Malam itu dia tidak sedar dia dikuasai nafsu lelakinya semula. Dia melebihi batasnya. Dia dan Trixie melakukannya sekali lagi. Namun kali ini dia tidak mabuk dan dia melakukannya dengan kehendaknya sendiri.

                        * * * *

Brandon yang memerhati dari jauh menjadi sangat marah dan cemburu. Namun dia tahu inilah yang berlaku. Dia berpusing ke arah belakang dan terus balik ke rumah.

Dia memakai pakaian serba hitam dan topeng muka untuk menyorokkan identitinya. Satu-satu tempat yang selalu dia lepaskan perasaan marah adalah penjara.

Dia akan membelasah banduan yang ada di dalam tanpa belas kasihan sehinggalah marahnya reda. Namun malam ini seperti agak berbeza. Marahnya tidak pernah surut.

Habis dua orang banduan menjadi mangsa dia sehingga meninggal dunia. Apa yang mangsa lain boleh ingat malam itu adalah matanya yang merah menyala sahaja.

Hampir semalaman Brandon di sana barulah dia balik. Sebaik sahaja di sampai ke rumah, terus dia tidur. Dia stress dan boleh meletup pada bila-bila masa!

                           * * * *

Awal pagi lagi Ruth sudah terbangun. Dia panik. Kenapa dia tidak dapat mengawal dirinya semalam? Kalau Trixie mengandung lagi? Ah!

Ruth menjadi stress. Dia marah dengan dirinya sendiri. Dia berpaling ke arah Trixie yang masih lena dibuai mimpi. Wajahnya yang tenang sedikit menenangkan hatinya juga.

Namun ada satu perasaan yang menyuruh dia untuk meninggalkan Trixie seorang diri. Tangan kanannya mencapai pipi Trixie lalu membelainya dengan lembut. Tanpa disedari wajahnya mendekati wajah Trixie namun berhenti di tengah jalan. Dia menjauhkan semula wajahnya dari Trixie.

Dia bangkit berdiri dari katil lalu membetulkan semula selimut di badan Trixie. Badan Trixie tidak mempunyai sehelai benang pun. Dia ke bilik air lalu mandi. Usai mandi, dia memakai pakaian lengkap. Dia memakai semula pakaiannya semalam.

Sebaik sahaja dia melangkah semula ke dalam bilik, Trixie menegurnya. Serta merta dia berpaling ke arahnya. Trixie membalut badannya dengan selimut.

"Apa yang tuan buat dengan saya?" Soalnya dengan panik. Air mata jatuh berguguran. Ruth mengeluh. Menangis lagi! Manusia memang lemah!

"Apa yang saya buat? Persoalan sebenar di sini, kenapa kau goda saya semalam?" Ruth memandang ke arah Trixie dengan wajah ketat. Raut wajah Trixie dari sedih dan panik bertukar kepada marah.

"Kenapa pula saya perlu goda tuan?! Tuan ingat saya ni perempuan murahan?!!" Jerit Trixie dengan geram. Dia menjeling ke arah Ruth. Namun sikit pun Ruth tidak takut. Dia membalas jelingan maut Trixie dengan tenungan yang tenang.

"Kenapa? Because you are slut. That's why."

Kata-kata Ruth tadi tertanam jauh di dalam hati Trixie. Rasanya sakit sangat. Ruth keluar dari bilik hotel tersebut lalu pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia sampai di rumah, Elizabeth berlari mendapatkan dia.

Niat Elizabeth tadi untuk bertanya di mana Trixie, terbatal apabila melihat wajah bengis daddynya. Dia melangah selangkah ke belakang dan menundukkan wajahnya. Selepas dia bangun tadi, dia panik apabila mendapat tahu yang Trixie masih belum balik ke rumah. Begitu juga dengan daddynya.

Mujur Jason dan Zack dapat memujuk dia untuk bersabar. Mereka memberitahu yang daddynya akan pulang bersama Trixie nanti. Namun malar. Ruth balik bersendirian.

Jason dan Zack saling berpandangan. Mereka menjadi hairan. Di mana Trixie?

Persoalan mereka terjawab apabila Trixie masuk ke dalam rumah. Sekali lagi niat Elizabeth untuk menegur, terbatal. Trixie juga masuk dengan wajah yang sangat merah kerana marah. Tangannya digenggam dengan erat.

Elizabeth berjalan mendekati Jason dan Zack. Dia menarik lengan baju Zack dan memandang ke arahnya dengan wajah sedih. Elizabeth merasakan ada sesuatu berlaku kepada daddy dan mummynya.

Dia menangis teresak-esak. Zack menangkat dia dan menepuk-nepuk belakangnya dengan lembut. Zack tidak berkata apa-apa. Begitu juga dengan Jason. Entah apa lagi yang berlaku kepada dua insan berlainan kaum itu.

Elizabeth takut... sangat takut. Dia takut yang dia akan kehilangan mummynya lagi. Dia takut yang dia akan menjadi anak tanpa kasih sayang seorang ibu kembali. Pelukkannya di badan Zack dieratkan dan dia menangis lebih kuat lagi.

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now