CHAPTER 22: TRAGEDI

5.6K 324 43
                                    

Kebahagiaan mereka tidak berpanjangan. Keesokannya ketika mereka sekeluarga bersarapan, Brandon menyerang. Semua orang menjadi terkejut.

Zack dan Jason sudah diserang sebelum Brandon menyerang Ruth di dalam rumah. Mereka dipengsankan.

Dia menyerang Ruth. Dia benci dengan lelaki itu dan mahu membunuhnya. Pertarungan Ruth dan Brandon amat sengit. Banyak barang-barang di rumah itu pecah dan musnah akibat dibaling atau dijadikan senjata.

Trixie cuba membuat Brandon berhenti menyerang namun, gagal. Dia ditolak dan terpelanting dengan agak jauh sehingga menyebabkan dia pengsan.

"Mummy!" Jerit Elizabeth. Dia berlari ke arah Trixie. Ruth semakin marah.

Tak guna punya pontianak!!

30 minit berlalu dan mereka masih bertarung. Brandon tahu kelemahan Ruth apa. Dia menghampiri Elizabeth dengan niat untuk mencederakan dia. Namun dengan tangkas Ruth melindungi Elizabeth dengan badannya.

Teruk dia dibelasah. Dia muntah darah beberapa kali. Badan Ruth penuh dengan luka dan lebam yang teruk. Brandon berhenti membelasah dia lalu menangkat Trixie yang masih belum sedarkan diri.

"Mummy!!" Elizabeth menjerit. Dia cuba menghalang namun dia tidak dapat bergerak kerana risau daddynya akan cedera lebih teruk. Dengan sekelip mata Brandon berlalu pergi dengan senyuman sinis di wajah.

Tiada siapa boleh miliki Trixie selain dia seorang!

Sebaik sahaja dia tiba di rumahnya, dia menggari Trixie di katil. Wajah Trixie dibelai lembut.

"Oh sayang. Semua ni nda akan berlaku kalau kau terima saya balik!" Ujarnya dengan geram. Brandon berdiri lalu ke bilik rawatan untuk merawat lukanya. Kalau bukan Ruth tidak mempertahankan anaknya tadi, sudah tentu dia yang kalah. Darah dibibir dikesat dengan ibu jarinya.

Kali ni dia menang! Brandon tersenyum puas!

                         * * * *

Beberapa jam selepas itu, Ruth sedar. Dia mengamuk habis apabila mendapat tahu yang Trixie diculik oleh Brandon. Dia mahu menyelematkan dia namun dia sukar bergerak. Badannya luka habis.

"Daddy! Jangan banyak bergerak. Nanti luka daddy bertambah." Arah Elizabeth dengan risau. Ruth diam. Dia patuh dengan arahan anaknya.

Elizabeth mencapai tangannya lalu menggenggamnya dengan lembut. Elizabeth membelai tangannya dengan lembut.

"Elly tau yang daddy sekarang risau pasal mummy. Elly pun risau tapi tolong jangan pergi selamatkan dia dalam keadaan macam ni. Nanti daddy luka lebih teruk." Ujar Elizabeth. Dia menangis. Ruth mengesat air mata anak gadisnya itu. Walaupun masih kecil, Elizabeth matang. Cara dia berfikir kadang-kadang lebih matang darinya.

Elizabeth memeluk Ruth dengan perlahan. Risau lukanya akan bertambah. Kenapa? Kenapa keluarga dia nda boleh bahagia? Kenapa mesti ada saja yang mengacau kebahagiaan diorang?

Elizabeth menangis teresak-esak. Ruth hanya mampu mengusap lembut belakang Elizabeth untuk menenangkan dia.

                          * * * *

Langit biru melabuhkan tirainya. Langit gelap mengambil tempat menandakan hari sudah malam. Selepas Elizabeth tertidur, Ruth berdiri. Dia tidak kisah dengan luka di badannya. Dia mesti selamatkan Trixie. Dia tidak mahu Brandon menyentuh dia.

Dia memakai baju yang selesa untuk bertarung. Dia tahu yang proses menyelematkan Trixie, bukanlah semudah ABC sahaja.

"Zack, Jason... Saya mau kamu jaga tempat ni. Saya akan kembali dengan Trixie." Ujarnya.

"Tapi tuan tahu mana dia tinggal?" Soal Zack. Ruth melepaskan keluhan yang berat lalu menggeleng kepalanya. Dia tidak tahu tapi dia mesti selamatkan Trixie malam ni juga!

Sebelum dia berlalu pergi, dia melihat ke arah Elizabeth untuk kali yang terakhir. Dia melihat ke arah kedua-dua pembantunya lalu angguk kepala dan berlalu pergi.

Zack dan Jason saling berpandangan. Mereka risau dengan Ruth. Jauh di sudut hari mereka, mereka berharap yang akan ada bantuan datang. Mustahil Ruth dapat berlawan dalam keadaan begitu.

                        * * * *

1 jam berlalu dan Ruth masih belum menjumpai jejak Brandon. Dia semakin stress. Tiba-tiba seseorang muncul.

"Mr. McKenzie." Jerrico muncul dengan baju bergayanya. Dia tersenyum lebar. Dia tahu apa yang Ruth sedang cari namun dia mendiamkan diri.

"I have no time for you." Ujar Ruth dengan geram. Senyuman di bibir Jerrico semakin lebar.

"Oh really? Okay." Jerrico berlalu pergi. Namun tanpa Ruth sedari, dia tetap mengekori Ruth. Melihat Ruth yang bagaikan orang kuran waras mencari Trixie, menghiburkan hatinya.

Ruth menjerit marah. Kenapa susah betul dia cari Brandon ni!

Jerrico muncul lagi dengan gelak ketawa yang kuat. Ruth menahan diri dari membelasah lelaki itu. Dia perlukan tenaganya nanti.

"Apa yang kau cari ni? Tulang?" Soalnya dengan senyuman sinis. Ruth menggenggam tangannya. Dia tidak mengendahkan Jerrico yang berada di sebelahnya.

"Hmmm tecik hati titew tau." Rajuk Jerrico. Meluat Ruth dengar. Kalau la dia boleh tendang lelaki ni!

Langkah Ruth berhenti apabila Jerrico berkata sesuatu.

"Saya tau mana Trixie sekarang tapi... kau nda mau saya ada di sini. Oh well." Baru saja Jerrico hendak berlalu pergi dengan pantas Ruth menahannya. Dari reaksi muka Jerrico, dia tahu yang lelaki ini tidak menipu. Dia perlu informasi. Dia perlu tahu di mana lelaki jahanam tu sorokkan Trixie!

"Tolong... saya perlu info tu." Ruth merayu.

Jerrico tersenyum puas. Dia menepuk-nepuk kepala Ruth sambil tersenyum lebar. Dia membetulkan postur berdirinya.

"Follow me." Ujarnya sebelum lari. Ruth mengejar dari belakang. Siap kau Brandon!!

                         * * * *

Trixie cuba melepaskan dirinya namun gagal. Brandon tiada di rumah. Entah ke mana pun Trixie tidak tahu dan dia tidak mau tahu!

Trixie menarik-narik tangannya dengan harapan gari yang diguna rosak. Namun usahanya sia-sia. Dia tidak berputus asa. Dia tetap mencuba. 

Tiba-tiba pintu dikuak buka perlahan. Brandon masuk dengan senyuman yang menakutkan di wajah. Sebaik sahaja dia berada di sebelah katil, dia duduk di sebelah Trixie.

Dia cuba membelai pipinya namun gagal. Trixie mengelak dari disentuh. Tenungan mata Trixie penuh dengan kebencian.

"Oh sayang... kau buat la muka macam mana sekali pun. Saya nda akan takut." Ujar Brandon lalu ketawa terbahak-bahak bagaikan orang gila. Trixie menjadi takut. Ini bukan Brandon yang dia kenal. Brandon yang dia kenal adalah seorang yang baik dan peramah. Bukannya macam dia ni!

                         * * * *

Ruth berhenti melangkah. Begitu juga dengan Jerrico.

"Kau cuma tipu kan?" Soal Ruth kepada Jerrico. Jerrico berpaling ke arahnya dengan senyuman di bibir. Selang beberapa saat, wajahnya bertukar menjadi serius. Senyumannya tadi pudar.

"Hm? Kenapa pula saya mau tipu kau? Tiada faedahnya." Jerrico menjawab soalannya dengan serius.

"Habis kenapa sampai sekarang kita nda sampai?"

"When did I say that she is near again? Oh never. If you want to save her then shut that mouth."

Ruth mendiamkan diri. Mereka meneruskan perjalanan. Dia betul-betul berharap yang Trixie akan okay. Dia harus okay!

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now