"Mana Ruth?!!" Jerit Trixie kepada Romeo. Romeo hanya tersenyum sinis. Boleh tahan juga taste Ruth ni.
"Mana dia? Mampus." Romeo ketawa terbahak-bahak. Trixie hanpir sahaja mahu menyerang Romeo tapi Jerrico halang. Mustahil Trixie dapat melawan Romeo.
"Kenapa sampai sekarang kau berdendam dengan dia? Perkara tu sudah lama berlalu." Ujar Jerrico dengan tenang. Romeo berpaling ke arahnya dengan jelingan.
"Kenapa? Suka hati sayalah! Saya benci dan saya tidak akan pernah berhenti membenci dia!" Jerit Romeo. Elizabeth menjadi takut sedikit. Dia memeluk Trixie dengan erat.
"Kau memang childlish. Kau tau?!" Ujar Trixie dengan geram.
"Diam!! Jangan menyibuk!!" Romeo cuba menyerang Trixie namun gagal. Jerrico menahan dia. Dia ditendang sehingga terpelanting.
"Company. Now." Arah Jerrico kepada Trixie. Tanpa sebarang bantahan Trixie mengangguk kepala. Dia mengangkat Elizabeth lalu teleport ke belakang rumah Jerrico.
Dia berlari ke arah ibu pejabat Jerrico. Semua orang tahu di mana tempat itu terletak jadi senang dia ke sana. Namun oleh kerana dia masih belum hafal selok belok Kota Paris, dia menahan teksi.
"Is everything going to be okay?" Soal Elizabeth dengan risau kepada mummynya. Trixie mencium dahi Elizabeth.
"Yes. Jangan risau." Walaupun Trixie berkata begitu, dia sendiri tidak yakin. Dia berharap semuanya tamat dengan segera.
---
Jason kini berdiri di hadapan mayat Brandon. Sebaik sahaja Romeo meninggalkan dia bersama dengannya, dia terus menyerang Brandon.
Jason mengambil kunci lalu melepaskan Ruth. Sebaik sahaja Ruth terlepas, dia membelasah Jason. Jason tidak melawan.
"That's for Zack." Ujar Ruth dengan jelingan tajam. Jason mendiamkan diri.
Ruth mahu membelasah Jason lebih lagi namun dia perlu kembali ke rumah Jerrico dengan pantas. Dia risau kalau apa-apa jadi dengan orang-orang di sana.
---
Apabila dia tiba di sana dengan Jason, Jerrico sedang berlawan dengan Romeo. Terdapat kesan tikaman di badan Jerrico. Jason menjadi panik.
"Dia kena racun." Ujarnya. Ruth memandang ke arah Jason dengan pandangan panik.
"Macam mana kau tau?"
"Sebab saya yakin yang pisau Romeo guna untuk tikam Jerrico adalah pisau yang ada racun. Saya nampak dia buat benda tu." Jawab Jason. Tanpa membuang masa, Ruth membantu Jerrico.
Jason mahu membantu namun dia risau dengan Elizabeth dan Trixie. Jadi dia mencari mereka di sekitar rumah itu. Beberapa minit mencari, dia tidak menjumpai mereka. Dia mengambil keputusan untuk mencari di luar.
Manakala di ruang tamu, keadaan di sana sudah separuh hancur. Ruth mengelak serangan dari Romeo. Dia menumbuk kepala Romeo membuatkan Romeo terpelanting.
Racun yang berada di dalam badan Jerrico mula memperlahankan dia. Jerrico jatuh rebah di lantai.
"Hahahaha! Lamanya racun tu ambil masa." Romeo ketawa jahat. Ruth menggengam tangannya. Dia berlari ke arah Romeo lalu menyerang dia.
Serangan demi serangan dielak dan dibuat. Masing-masing tidak mahu menyerah kalah.
---
Semasa mencari Trixie di bandar, dia terserempak dengan seseorang. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia nampak. Mustahil.
"Zack?"
"Saya bukan Zack. Nama baru saya adalah Davien." Ujar Davien dengan serius. Dia menjeling ke arah Jason.
"Tapi... bukan kau-" Jason dipintas oleh Davien.
"Mati? No. Jerrico hidupkan saya balik." Jawab Davien. Dia berpeluk tubuh lalu menyoal Jason. "Kenapa kau buat macam tu?"
"Saya perlu buat sesuatu. Saya mahu tamatakan semua ni. Percayalah yang saya bukan mahu mengkhianati Ruth. Kau tau siapa saya. Saya perlu tahu rancangan Romeo dan satu-satunya jalan untuk saya buat tu adalah dengan mengkhianati. Sumpah yang saya juga tidak suka buat macam tu." Jason cuba mempertahankan dirinya. Davien memandang ke arah Jason. Dia tahu yang Jason bukan pengkhianat jadi dia percaya dengannya.
"Saya tahu tu. Tapi nda boleh ka kau kasi tau dulu plan kau kepada saya?" Davien berkata dengan serius. Jason mengeluh berat.
"Mana diorang semua?" Soal Davien kepada Jason.
"Ruth sedang berlawan dengan Romeo. Jerrico pula hampir tumbang. Saya sedang cari Elly dengan Trixie." Jason berkata. Dia menjelaskan semua yang berlaku kepada Davien. Davien mengangguk kepala.
"Mari cari diorang."
---
Tekaan Jason betul. Trixie memang lari ke ibu pejabat Jerrico. Elizabeth kini sedang memeluk Zack dengan erat.
"Hey. Don't cry." Ujar Davien dengan lembut.
"I miss you so much! Elly ingat uncle sudah mati!" Elizabeth menangis teresak-esak. Davien mengusap lembut belakang Elizabeth untuk menenangkan gadis itu.
"I'm here right. I'm okay." Davien berkata. Selang beberapa minit kemudian, Elizabeth menjadi tenang. Jason menerangkan keadaan semasa kepada Trixie.
"What?! Habis kenapa kau nda tolong dia?" Soal Trixie dengan geram kepada Jason setelah mengetahui yang Jerrico mungkin akan mati diracun. Jason hanya mendiamkan diri.
"Saya perlu pastikan yang kamu selamat!" Jason berkata dengan serius.
"Still! Sepatutnya kau tolong dia!" Trixie menjeling ke arah Jason. Jason melepaskan keluhan berat. Kepalanya mula pening.
"Guys, jangan bergaduh. Sekarang ni kami perlu kembali ke rumah tu balik. Memandangkan kamu dua selamat, kami perlu tolong diorang." Ujar Davien.
"Saya ikut." Ujar Trixie dengan serius. Walaupun ditegah oleh Davien dan Jason, dia tetap berkeras. Akhirnya terpaksa dua orang sahabat itu membenarkan mereka.
----
Apabila tiba di sana, mereka terkejut yang hampir separuh dalaman rumah itu musnah. Ruth dan Romeo masing-masing menunjukkan kekuatan mereka. Davien berlari mendapatkan Jerrico.
Bahagian abdomen Jerrico kini menjadi biru di sekeliling tempat yang ditikam. Trixie menjadi panik.
"Apa perlu kita buat?" Soalnya. Bunyi kuat kedengaran di belakangnya. Dia berpaling ke belakang. Ruth melekat di dinding. Apabila Romeo berlari ke arahnya dengan penumbuk, dengan pantas Ruth lari.
Perlawanan di antara mereka berdua sangat sengit. Trixie semakin risau.
"Jerrico nda dapat diselamatkan. Racun yang ada dalam badan dia sudah merebak jauh. Mungkin sudah menyerang organ penting." Davien berkata dengan serius. Jason rasa bersalah sebab tidak membuang senjata Romeo yang beracun itu. Demi penyamarannya, dia tidak berani untuk membuang senjata itu.
"Satu cara pun tiada?" Soal Trixie. Davien menggeleng kepala. Dia harap yang ada cara lain untuk menyelamatkan Jerrico namun tiada. Jerrico pula sudah pengsan akibat racun itu.
"Semua ni salah kau!" Trixie menolak Jason dengan sangat kuat. Jason terpelanting ke belakang.
"Mummy so scary." Elizabeth menyorok di belakang Davien. Davien menggeleng kepala.
"Ini bukan masa untuk kita bergaduh. Kita perlu bantu Ruth." Davien berdiri lalu memandang ke arah Ruth dan Romeo yang masih bertarung. Jason muncul sebelahnya. Mereka saling berpandangan.
Tanpa berkata apa-apa mereka terus membantu Ruth. Masalah ni harus selesai sekarang!
---
Mau Final sudah ni gais😅 sorry lambat update!
YOU ARE READING
MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔
Vampire[ #2 Vampire ] 💕 [ #1 boss ] 💕 [ #5 Fantasy] 💕 [ #61 Love ] 💕 《Start: 31/10/2018》 💕 《End: 31/12/2018》💕 Ruth McKenzie waris pontianak atau Vampire keluarga McKenzie. Siapa tahu arak bukan sahaja membuatkan manusia biasa hilang arah tapi boleh b...