Disebabkan Trixie tidak dapat melihat proses pembesaran Elizabeth dari baby hingga sekarang, Ruth menceritakan kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang Elizabeth membesar.
"Lepas tu... kau nda cuba sudah kasi sekolah dia di sekolah awam?" Soal Trixie. Ruth menggeleng kepalanya. Dia tidak sanggup melihat Elizabeth dibuli di sekolah.
Trixie merasa sedih sikit. Mesti Elizabeth rasa sunyi sebab tiada kawan. Bagaikan mampu membaca fikirannya, Ruth berkata sesuatu yang menenangkan hatinya.
"Jangan risau. Walaupun Elly nda dapat kawan yang seumur dengan dia, Zack ada. Dia yang selalu teman Elly." Ujar Ruth. Trixie tenang sedikit mendengar kata-kata Ruth itu.
"Tiada video masa di kecil?" Soal Trixie. Ruth mengangguk kepala. Dia memanggil Jason lalu menyuruh dia membawa pendrive-pendrive yang penuh dengan video Elizabeth masa kecil. Semuanya ada 15 batang. 1 batang pendrive mempunyai saiz sebesar 75 mb.
Zack banyak memgambil video Elizabeth masa kecil. Menurutnya video tu nanti boleh jadi kenangan. Apa yang dia cakap memang betul. Sebab itu Ruth beli kamera HD untuk rakam setiap perbuatan Elizabeth yang dia terlepas.
Ruth dan Trixie mula menonton video yang dirakam oleh Zack. Bermula dari umur Elizabeth 2 tahun hingga 6 tahun.
* * * * *
Umur Elizabeth masa ini ialah 2 tahun setengah. Namun dia sudah lancar berbicara. Dia dan Zack berada di dalam dapur.
"Elly want beer!" Ujar Elizabeth yang masih kecil. Zack tergelak. Masa kecil Elizabeth terus dibiasakan dengan bahasa inggeris dan bahasa melayu serentak. Sebab itu bahasa mereka sering bertukar-tukar.
"What did you say?" Soal Zack sambil tergelak. Elizabeth memandang ke arah dia dengan riak muka tidak puas hati.
"I want my beer! You shtihead!" Elizabeth berkata. Zack ketawa terbahak-bahak.
* * * *
Video berhenti di situ. Trixie memandang ke arah Ruth. Ruth pula memandang ke arah lain. Dia takut untuk bertentang mata dengan Trixie.
"Kenapa umur si Elly masih kecil tapi minta beer sudah?" Soal Trixie dengan tegas.
"Urmm... I kinda always say that. Because... I love beer." Ujar Ruth. Telinganya dipulas dan ditarik oleh Trixie. Dia menjerit kesakitan.
"Contoh yang saaaaaangaaat baik." Trixie melepaskan tangannya dari telinga Ruth. Padan muka sebab cakap benda bukan-bukan depan anak sendiri! Nasib Elizabeth nda membesar macam tu. Video seterusnya dimainkan.
* * * *
Masa ini umur Elizabeth ialah 3 tahun. Dia ditangkap bermain krim untuk mencukur misai Ruth di dalam bilik mandi. Habis seluruh bilik mandi dan badannya penuh dengan krim pencukur. Termasuk dalam mangkuk tandas.
"Elly." Ujar Zack. Elizabeth memandang ke arah mangkuk tandas dan berpura-pura terkejut.
"Oh no. How did that happen? Elly nda buat tu. No no no." Elizabeth menggeleng-geleng kepalanya. Dia cuba menipu namun Zack tahu yang Elizabeth yang buat semua ni. Sebab siapa lagi kalau bukan dia. Buktinya seluruh badan Elizabeth penuh dengan krim pencukur dan di tangan kanannya juga ada sebotol krim pencukur yang sudah habis.
"Elly, apa uncle cakap pasal menipu?" Soal Zack.
"Menipu is good for you." Ujar Elizabeth dengan senyuman lebar di muka. Kedengaran Zack mengeluh.
"Who said?"
"Daddy."
* * * *
YOU ARE READING
MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔
Vampire[ #2 Vampire ] 💕 [ #1 boss ] 💕 [ #5 Fantasy] 💕 [ #61 Love ] 💕 《Start: 31/10/2018》 💕 《End: 31/12/2018》💕 Ruth McKenzie waris pontianak atau Vampire keluarga McKenzie. Siapa tahu arak bukan sahaja membuatkan manusia biasa hilang arah tapi boleh b...