CHAPTER 17: JIWA KOSONG

5.1K 307 8
                                    

2 bulan berlalu sejak kejadian di Paris. Walau apa cara sekali pun Ruth buat, penilik nasib itu tidak pernah dia jumpa. Tadi pagi dia jumpa satu nota di atas mejanya.

'Jiwa yang kosong harus diisi dengan kasih dan sayang.'

Tiada nama pengirim atau penulis nota itu. Siapa yang tulis pun dia tidak tahu. Ruth memanggil Jason lalu menyuruhnya untuk mencari siapa yang menghantar nota itu.

Dia mencapai telefon lalu menelefon Zack. Dia mahu bertanya sama ada Elizabeth sudah makan atau belum. Seperti biasa Elizabeth enggan makan. Ada pun kalau kena paksa saja.

Hubungannya dengan Elizabeth juga semakin keruh. Sudah 2 bulan mereka langsung tidak bertegur sapa. Kali ini Elizabeth memang marah.

Ruth semakin risau. Terdetik di hati untuk memujuk Trixie. Namun dia tahu yang mustahil untuk Trixie menerimanya semula. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya.

(A/n Dan penulisnya sis Eva juga bingung sama kau, wahai Mr RUDE. Kau sinta ka nda sama si Trixie ni? 😂😂 maaf... sis Eva mengantuk yini😂)

1 jam berlalu, Jason kembali semulad. Dia tidak dapat mencari siapakah gerangan yang menghantar nota tersebut. Ruth menangguk tanda faham lalu menyuruh dia keluar.

Dia menumpukan semula fokusnya kepada kerja. Sebentar lagi dia akan ada mesyuarat bersama pemegang saham syarikat. Dia tidak mahu mindahnya terganggu dengan benda lain.

Namun dia sukar untuk fokus kepada kerjanya. Fikirannya asyik menayang muka Trixie. Macam tiada benda lain sudah di dalam otaknya. Ruth melepaskan keluhan yang berat.

                           * * * *

Elizabeth merenung tajam ke arah pembantu rumah yang mengemas bilik tidurnya. Tanpa sengaja bar kaca yang hampir penuh dengan origami bintang, jatuh ke atas lantai akibat kecuaian pembantu rumah itu. Renungan tajam Elizabeth saling tidak tumpah macam renungan tajam milik Ruth. Sampai Zack pun menyorok belakang pintu.

"Cik muda! Saya betul-betul minta maaf!!" Pembantu rumah tersebut merayu melutut kepada Elizabeth. Dia tahu nyawanya dalam bahaya sekarang. Lagi-lagi apabila mata Elizabeth bertukar menjadi merah.

Tanpa sebarang amaran, Elizabeth menendang dia dengan sekuat hati. Kekuatan tendangannya umpama kekuatan beratus bala tentera walaupun dia masih kecil. Badan pembantu rumah tersebut tembus 3 bilik iaitu dari bilik tidur Elizabeth sehingga ruang belajarnya.

Pembantu lain menjadi takut. Memang sah kalau siapa cari pasal dengan Elizabeth, nyawa yang panjang menjadi pendek.

Zack pun tidak berani menahan Elizabeth. Dia sudah memberitahu Jason namun entah kenapa dia lambat datang. Elizabeth teleport ke tempat pembantu rumah tersebut lalu membunuhnya dengan kejam.

"Zack." Cara Elizabeth memanggil nama Zack membuatkan dia takut. Tulangnya menjadi lemah namun dia memberanikan diri untuk ke tempat Elizabeth. Sebaik sahaja dia melihat keadaan pembantu rumah tadi, dia terkejut. Memang mengerikan kalau Elizabeth marah.

"Get rid of this disgusting body." Arah Elizabeth. Dia sememangnya anak Ruth. Auranya sama dengan Ruth ketika mereka serius atau marah. Zack angguk tanda faham. Dia dan pembantu lain membakar mayat tersebut.

"Bikin takut oh cik muda kalau dia marah. Kuat gila lagi tu." Ujar salah seorang pembantu rumah perempuan. Pekebun mereka menggeleng kepala.

"Apa yang mau hairan. Nama pun anak pontianak kan?"

Semua orang menangguk tanda setuju. Mereka sepakat untuk menutup mulut pasal benda ni. Nanti lain jadinya.

                     * * * *

Elizabeth merenung ke arah origami yang bertempiaran di lantai. Menangis tidak. Marah tidak. Gembira lagi la tidak. Dia kosong tanpa sebarang perasaan.

Satu-satunya yang mampu mengembalikan Elizabeth yang dahulu adalah Trixie. Tiada siapa yang mampu selain dia.

Zack semakin risau. Kenapalah susah betul Ruth dan Trixie berdamai ni? Dia tidak tahan lagi melihat keadaan Elizabeth. Akhirnya dia mengambil langkah yang drastik.

Dia tidak peduli kalau Ruth marah. Yang penting Elizabeth kembali menjadi dirinya yang lama.

                         * * * *

Trixie menerima panggilan dari Zack. Dia membawa dia berjumpa di salah satu restauran yang dekat dengan rumah Lisa. Sampai sahaja dia di sana, dia terus nampak Zack melambai tangan ke arah dia. Trixie mendekati Zack dan duduk di kerusi yang berhadapan dengan Zack.

"Kenapa Zack?" Soal Trixie. Zack mengambil nafas yang panjang sebelum menghembuskannya kembali.

"Kau nda rindu si Elly?" Soal Zack. Trixie diam. Sebenarnya dia rindu gadis kecil itu tapi... hatinya sakit setiap kali dia berjumpa dengan Ruth. Ada saja yang lelaki tu buat untuk sakitkan hati dia.

"Rindu tu... rindu juga." Ujar Trixie dengan perlahan. Zack memberitahu keadaan Elizabeth yang tidak sama dengan dulu. Trixie menjadi cemas. Menurut Zack, sudah beberapa kali Elizabeth pengsan gara-gara stress tahap melampau kerana tidak dapat berjumpa dengannya.

"Macam ni la. Kalau pun kau nda mau datang jumpa dia, boleh ka kau rakam video mesej? Mungkin benda tu boleh gembirakan dia." Cadang Zack. Trixie menangangguk tanda setuju. Zack mengeluarkan telefonnya lalu merakam Trixie bercakap.

                       * * * *

Setibanya di rumah mewah keluarga McKenzie, Zack terus mendapatkan Elizabeth di bilik tidurnya. Kerja-kerja pembaikkan dinding sedang berjalan.

Zack duduk di sebelah Elizabeth lalu memakaikan dia earphone. Pada mulanya Elizabeth terkejut. Namun dia menjadi tenang selepas mendengar suara Trixie melalu earphone tersebut. Zack meletakkan telefonnya di dalam genggaman Elizabeth agar dia lebih selesa menonton video tersebut.

Trixie tersenyum lembut ke arah kamera. Melihat wajah Trixie sahaja sudah cukup membuatkan Elizabeth gembira. Inikan pula kalau berjumpa.

"Hai Elly! Sorry atas percakapan kakak hari tu. Kakak stress sebab tu kakak kasar. Apa-apa pun... kakak dengar dari Zack yang Elly sekarang sudah berubah. Kenapa? Elly... kakak bukannya hilang. Jangan layan daddy Elly macam tu. Selama ini dia yang jaga Elly. Bekerja untuk mendapatkan duit."

Trixie menjadi senyap seketika. Dia menggigit bibirnya. Elizabeth tahu yang dari riak muka Trixie, dia sedang memikirkan sesuatu.

"Nanti kalau Elizabeth janji untuk berubah kepada diri Elizabeth yang lama, kakak akan datang melawat."

Video tersebut berhenti di situ. Elizabeth membuka earphone yang dipakaikan oleh Zack tadi. Dia berpaling ke arah Zack dengan air mata yang berlinangan. Baru kali ini dia mengeksperikan perasaannya.

"Janji? Mummy akan datang?" Soalnya untuk kepastian. Zack mengangguk kepala tanda ya. Elizabeth memeluk Zack dengan erat.

"Terima kasih, Uncle Zack." Ucapnya dengan gembira. Zack menjadi lega yang senyuman Elizabeth kini kembali dan dia berharap senyumannya tidak akan hilang semula.

Tanpa Zack sedari, Ruth tahu yang dia berjumpa dengan Trixie hari ini. Namun dia tidak marah. Dia rasa berterima kasih yang Zack mengambil langkah itu. Kini anak gadisnya tersenyum semula dan itu sudah cukup baginya.

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now