"Mummy!!" Elizabeth melompat-lompat di atas katilnya. Trixie membuka matanya dengan perlahan. Budak ni kan.
"Mummy bangun!!" Jerit Elizabeth dengan gembira. Trixie duduk di atas katil lalu menguap. Dia menggeliat sedikit. Tiba-tibanya tangannya ditarik hingga ke bilik mandi.
"Mummy, mandi and tukar baju. Elly sudah kasi sedia. Mummy pakai k?" Ujarnya sebelum berlari meninggalkan Trixie. Trixie hanya menggeleng kepalanya.
Elizabeth masuk ke dalam bilik Ruth. Niat dia untuk mengejut Ruth terbatal apabila dia melihat Ruth sudah siap berpakaian pejabat. Elizabeth memuncungkan bibirnya. Ruth mengangkat kening kanannya. Aik? Kenapa sudah dia ni.
"What?" Soalnya.
"No! Bad daddy! Daddy janganlah pergi kerja. Nanti kalau mummy lari lagi macam mana? Nanti Elly merajuk lagi terus daddy stress lagi mau pujuk." Elizabeth 'menceramah' daddynya. Ruth hanya menjulingkan matanya ke atas. Mentang-mentang Trixie sudah ingat siapa dia. Elizabeth menghampiri Ruth lalu menyuruh dia membuka kot kerjanya. "No working! Daddy pakai baju yang Elly sediakan di bilik mandi."
Oh rupanya baju tu dia yang kasi sedia. Ingatkan pembantu rumah silap letak tadi.
Melihat gaya Elizabeth yang bercekak pinggang membuatkan dia tersenyum. Macam mak-mak marah pun ada hehehe.
"Nanti daddy turun tau." Elizabeth berkata lalu ke dapur semula. Dia bangun awal hari ini lalu mengejutkan Jason dan Zack. Dia mahu bersarapan sebagai satu keluarga bersama daddy dan mummynya.
Elizabeth memasak sarapan menggunakan resipinya sendiri. Tugas Jason dan Zack hanyalah memotong sayur dan mengemas dapur. Bab memasak, Elizabeth yang buat.
Dia menyediakan meja makan dengan penuh kasih sayang. Dia berpuas hati dengan hasil kerjanya. Sebelum daddy dan mummy sampai, dia menghalau Jason dan Zack.
"Rupanya kita nda ada bahagian. Berlaparlah kita." Ujar Zack. Jason berpaling ke arahnya dengan senyuman jahat. Zack menunjuk penumbuk.
"Kau hisap darah saya, siap kau." Ugut Zack sebelum berlalu pergi.
"Ceh! Macam tau-tau ja."
* * * *
Setibanya Ruth dan Trixie di ruang makan, mereka terkejut yang mereka bertiga memakai baju yang sama. Nampak sangat yang Elizabeth sengaja rancang semua ini. Elizabeth berlari mendapatkan mereka lalu menarik tangan mereka. Dia menyuruh mereka duduk di kerusi yang disediakan.
Elizabeth duduk di kerusinya dengan perasaan gembira. Sudah lama dia mengimpikan untuk makan bersama daddy dan mummynya seperti keluarga biasa. Hari ini impiannya tercapai.
Ruth tidak sampai hati merosakkan kegembiraan anak gadisnya. Begitu juga dengan Trixie.
Elizabeth menyuruh mereka menjamah makanan yang dimasaknya. Trixie kagum dengan masakan Elizabeth yang umpama masakan chef yang profesional. Dia memuji Elizabeth dengan ikhlas.
"Thanks, mummy. Dulu masa di Amerika Syarikat, daddy selalu lambat balik. Elly ingat daddy di hotel G. R. O tapi sebenarnya dia bekerja. Jadi Elly selalu tengok rancangan masterchef terus berlatih sendiri."
Hampir tersembur wine a.k.a darah yang diminum oleh Ruth. Sampai begitu tanggapan Elizabeth kalau dia lambat balik. Dan dari mana dia tau G. R. O tu apa. Ni mesti Zack punya kerja ni!
Trixie menahan gelaknya. Kesian kena anggap macam tu dengan anak sendiri.
Elizabeth tidak henti-henti bercakap. Moodnya hari ini sangat baik! Tiba-tiba sesi memalukan Ruth bermula.
"Mummy! Dulu kan Elly jeles nampak orang yang ada mummy terus bila Elly soal daddy di mana mummy, dia jawab mummy kena telan dinosour." Ujar Elizabeth dengan ceria. Ruth menampar dahinya. Nda sangka dia masih ingat jawapan dia masa tu.
"Terus daddy pernah jatuh di tangga di rumah lama. Sebab dia lambat sudah pergi kerja. Nasib gigi taring dia nda patah tapi lucu la dia cium lantai."
Trixie menahan gelaknya. Dia menutup mulut. Ruth diam sambil menjamah makanannya.
"Daddy hari tu mabuk teruk. Dia balik-balik teleport dari tandas rumah sama laman belakang rumah. Sambil menjerit yang rumah dia hantu tandas sudah rampas. Siap menangis lagi."
Trixie tidak dapat menahan gelaknya lagi. Dia ketawa terbahak-bahak sehingga air mata keluar.
"Lepas tu daddy hilang. Nda lama lepas tu daddy muncul balik di ruang tamu rumah dengan patung yang selalu kena guna di kedai untuk pamer baju. Dia cuba hisap darah patung tu tapi nda dapat. Terus dia belasah itu patung."
Ruth tidak tahan lagi. Dia mengambil makanan dari pinggan Elizabeth lalu menyumbatnya di dalam mulut Elizabeth.
"Makan." Arah Ruth. Telinga Ruth menjadi merah sebab malu. Haihh ni anak. Tau la happy. Janganlah sampai kasi malu saya.
"Sorry daddy." Ujar Elizabeth dengan mulut yang penuh. Dia mengunyah makanannya dengan gembira lalu mengambil cawannya yang berisi darah. Trixie hanya memerhati.
Elizabeth meminum darah itu bagaikan dia meminum jus biasa. Terbayang Elizabeth meminum darahnya. Berdiri tegak bulu romanya akibat takut.
Elizabeth mencapai jus tembikainya lalu minum. Macam manalah dia boleh ada anak dengan pontianak. Eh sebab dia mabuk. Baru dia ingat. Tapi apa rasa darah ah?
"Daddy, why no O blood? AB blood is not good." Elizabeth komplen. Aik? Ada beza ka rasa darah? Fikir Trixie. "I want O blood!"
"Elly... AB atau O yang bezanya cuma jenis darah. Jangan komplen." Ruth berkata dengan tegas. Elizabeth memuncungkan bibirnya. Darah kegemarannya sememangnya O dari dulu lagi. Trixie rasa dirinya tidak sesuai di sana.
Ya la. Mana dia tau beza rasa darah ni? Aduhhh! Entah dari mana diorang dapat bekalan darah pun, dia nda tau.
* * * *
Selepas bersarapan, mereka ke ruang tamu. Elizabeth menunjukkan mata merah kepada Trixie. Memang diakui mata merah mereka mengerikan. Dia memberitahu semua maklumat pasal pontianak kepada dia.
"Oh and kami sebenarnya nda mati kalau kena bawang putih. Manusia biasa cuma buat teori tu suka-suka saja. Sebab diorang mana tau pasal kami." Ujarnya dengan senyuman di muka.
Tiba-tiba terdetik hati Trixie untuk bertanya satu soalan. Kalau pontianak wujud, maknanya makhluk lain juga wujud? Dia menyoal itu kepada Ruth.
"Yes. Diorang wujud. Serigala jadian wujud. Tapi diorang lebih prefer memencilkan diri."
"Macam Twilight pula." Bisik Trixie.
"Daddy! Mummy! Jom picnic belakang rumah!" Ajak Elizabeth. Trixie tidak sampai hati untuk menolak ajakkan Elizabeth. Dia mengangguk tanda setuju.
Mereka bersama-sama ke dapur untuk menyediakan apa yang patut. Ruth tersenyum lembut. Dia harap tiada apa yang akan berlaku selepas ini. Dia mahu mereka bertiga hidup gembira bersama.
Namun dia tahu yang Brandon akan menyerang bila-bila masa sahaja. Dia akan buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Ruth mesti berhati-hati. Dia tidak boleh lepas pandang.
"Daddy! Stop being such a lazy butt! Come here and help us!" Ujar Elizabeth dari dapur. Ruth menampar dahinya.
"Coming!"
YOU ARE READING
MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔
Vampire[ #2 Vampire ] 💕 [ #1 boss ] 💕 [ #5 Fantasy] 💕 [ #61 Love ] 💕 《Start: 31/10/2018》 💕 《End: 31/12/2018》💕 Ruth McKenzie waris pontianak atau Vampire keluarga McKenzie. Siapa tahu arak bukan sahaja membuatkan manusia biasa hilang arah tapi boleh b...